Bab 18

2.1K 93 0
                                    

Zaharah menapak ke arah kereta dengan hati yang geram. Lelaki ini yang abah nak jadikan menantu. Har har har kelakar abah. Dia membetulkan rambut menggunakan cermin sisi.

"Kakak, nanti kalau datang lagi pakai seluar panjang yang longgar ya."

"Oh ya, tambahan. Sila pakai tudung ya, Puan Zaharah."

Argh! Shut up lah! I know what I'm doing. Tapi, sampai bila aku nak biarkan abah tanggung dosa aku? Takkan aku nak mati dalam kemurkaan Allah? Hatinya bermonolog sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Qhalif!" Aliyah memanggil. Qhalif memberhentikan lariannya. Dia memandang ke arah Aliyah sambil mengambil botol mineral.
"Nanti Qhalif tegur lah elok elok Kak Ara tu. Ni main terjah je, kan dah terasa dia." Muka Qhalif dipandang tajam. Geram dengannya yang bersikap sembarano sahaja.

"Mengarut ah, Ali. Orang tengok sendiri Qhalif tegur biasa je. Tak marah pun, Li. Ala, siapa makan cili terasalah pedasnya." Asraf pula menyokong Qhalif. Pandangan tajam Aliyah dialihkan ke arah Asraf. Asraf buat buat tak tahu sahaja.

"Qhalif cakap biasa sahaja. Macam ni, intonasi biasa sahaja." Botol mineral dicampak ke arah Aliyah.

"Ei, apa ni?"

"Sebab tuduh Qhalif, tolong refill air." Ujarnya.

"No way. Bye nak gi butik." Botol mineral diletakkan di atas kerusi. Aliyah terus menapak keluar daripada gim.

"Hi, Ali." Ish lelaki ini lagi. Dia nak apa ni sebenarnya, getus hati Aliyah. Dia sudah seringkali terserempak dengan lelaki ini namun dia tidak mengenali lelaki ini.

"Awak ni siapa ya, awak nak apa?" Aliyah bersuara sedikit keras. Dia membuat muka serious agar lelaki itu tidak mengesan kegusaran di hatinya.

"Joe nak minta maaf dengan Aliyah. Joe dah sedar kesalahan Joe. Joe nak tahu apa kaitan An eh Qhalif dengan keluarga Ali?" Lelaki itu menapak ke arah Aliyah membuatkannya menapak selangkah ke belakang.

"Aku keluarga dia. Aku abang dia. Kau jangan kacau adik aku. Kau pergi sekarang! Pergi!" Qhalif yang berada di belakang Aliyah segera menerpa ke arah Joe. Joe tersenyum sinis. Mata Qhalif dipandang tepat.

"Qhalif. Aku keluarga kau. Sekarang kau nak deny kitorang keluarga kau lah? Kau sedarlah sikit, kau pun terlibat juga dalam hal ni. Kau tu sebenarnya sama macam aku!" Joe meludah ke arah Qhalif namun cepat cepat Qhalif mengelak. Qhalif memandang ke arah kayu kecil yang terletak di tepi dinding. Dia ingin segera mencapai kayu itu namun Joe lebih pantas. Joe menghentak kayu itu ke kepala Qhalif. Darah segar mengalir menuruni kepalanya. Qhalif yang sudah jatuh terlentang di atas lantai simen itu segera bangun dan menumbuk muka Joe. Aliyah yang sedari tadi berdiri kaku terus menendang kaki Joe.

"Kau nak sangat kan, Qhalif. Kau ambil ni!" Joe menjerit kuat. Dia menghayun kayu itu laju ke arah Qhalif namun Aliyah sempat memeluk Qhalif lalu kesakitan yang amat dirasainya. Aliyah jatuh menyembah bumi.

"Ni semua pasal kau, Joe! Kau berambus lah! Pergi dekat ayah, kata kat dia, yang kau dah dapat bunuh anak Ibrahim! Ayah mesti happy! Pergilah, Joe! Pergi!" Qhalif menjerit kuat ke arah Joe. Joe merasakan badannya bergetar lalu menerpa ke arah Aliyah. Muka Aliyah yang pucat dipadang lama. Badan Aliyah ingin dipeluknya namun dia berhenti dan memandang Qhalif.

"Aku...." Muka Qhalif dipandang. Qhalif menolak bahu Joe kasar.

"Pergilah, Joe. Aku taknak Aliyah kenal kau. Kau dah musnahkan hidup dia. Kau sedar tak betapa sakitnya kau nak hidup tanpa orang yang kau perlukan. Kau bunuh ayah dia kan, Joe! Kau pergilah, Joe!" Qhalif memandang sekeliling. Dia menjerit memanggil nama Kak Nad. Kak Nad, Husain dan Asraf segera keluar.

"Husain, tolong drive ke hospital. Sekarang!" Ibu yang terkejut melihat keadaan Aliyah bergegas mengangkat Aliyah bersama sama Kak Nad.

"Bro, tolong pergi sebelum kami report polis ya." Asraf berpesan kepada Joe lalu bergegas menutup gim dan butik.

"Hello, Abang Khai. Aliyah...Aliyah..." Qhalif terdiam. Ini kali kedua menangis selepas mendengar kenyataan ibu bapanya akan bercerai.

"Qhalif, please bagitahu Abang."

"Aliyah kena pukul."

"Ya Allah!" Bibir Khairil kaku.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now