Part 2

1.5K 35 0
                                    

Kyne? Kyne…what happened? Are you drunk? Can you stand…walk?” Tanya Azita.

Tangan Azita sudahpun melambai-lambai di hadapan wajah Kyna. Azita merampas botol wine ‘Sonoma County Chardonnay’ daripada gengaman tangan Kyne. Si Kyne, sudah mabuk-mabuk pun masih tak mahu lepaskan botol itu juga. Mata Kyne sedikit terbuka saat botol itu dirampasnya.

Azita…is that you? Give me that bottle….be..a good girl…and hand it over to me…its not Halal okey,” dalam keadaan mabuk, boleh pulak dia mengingatkan tentang halal haram.

Azita melontarkan botol itu ke hujung, sememangnya isi botol itu sudah hampir habis.

No!” Teriak Kyne.

Baru sahaja Kyne hendak menapak mengambil botol itu, di sudahpun muntah. Nasib baik dia tidak muntah ke Azita. Eeeeee, geli betullah! Azita memapah Kyne lalu menahan taksi. Entah apakah nasibnya hari ini, sudahlah tadi dia ‘dibuang’ keluar dari kereta Ikhsan, kini berjumpa dengan Kyne dengan keadaan sedemikian. Dia kemudian membawa masuk Kyne dengan dibantu oleh pemandu taksi berbangsa India itu.

He certainly seem that he can’t hold his liquor,” sindir si pemandu taksi itu.

Azita hanya tersenyum, diarahkan agar pemandu taksi itu singgah ke Mandarin Oriental Hotel sebentar. Kerana tidak mengetahui rumah jejaka itu, Azita menggambil keputusan untuk meninggalkan Kyne di Hotel sahaja kerana mana mungkin dia boleh membawa Kyne pulang. Bukan sahaja mengikut kata melayu, tidak manis dipandang orang, namun dia seorang Muslim dan agama itu ada pantang larang yang wajib di patuhi. Dalam Kyne berkeadaan berpejam mata, Azita melihat wajah putih Kyne yang sedikit kemerah-merahan, mungkin disebabkan dia terlalu banyak minum mungkin. Wajah itu tampan, kelihatan sedih tiada keceriaan yang dilihat. Kyne yang dikenalinya sebagai yang pemurah dengan senyuman, namun wajahnya pada malam itu memperlihatkan segalanya. Di sebalik topeng yang di pakainya sebagai uniform kerja, kelihatanlah sebuah kisah sedih yang tertulis pada wajah Kyne.

Kyne di papah oleh pemandu taksi itu ke lobby, sementara Azita ke counter untuk check-in. Azita menempah sebuah bilik Deluxe.

I’m checking in on the behalf of a friend, which he will do the checking out. Tomorrow, I need your staff to wake him at 7.30am, get him a formal wear and breakfast to his room. Once he check out, get him a taxi to this address,” kata Azita bagaikan bullet train lajunya dia bercakap.

Azita menghulurkan sekeping kad, di mana alamat syarikat mereka bekerja tertera di situ. Kemudian dia menghulurkan kad kreditnya untuk membuat pembayaran. Azita kembali di mana Kyne sedang duduk bersama pemandu taksi itu. Di minta tolong seorang karyawan hotel tersebut dan pemandu taksi itu agar memapah Kyne yang jalannya terhuyung-hayang. Sesampainya di kamar, Kyne di baringkan. Azita dengan perlahan membukakan kasut jejaka itu, kemudian di selimutkannya layaknya seorang budak kecil. Di tatap wajah Kyne dalam-dalam. Entah apa istimewanya tentang lelaki itu sehinggakan dia sanggup bersusah payah untuk menolongnya. Azita mencapai notpad dan pen yang terdapat pada meja kecil bersebelahan dengan katil lalu di tuliskan nota untuk ditinggalkan kepada Kyne.

Well, you got drunk…I don’t know where to put you up…so I brought you here,”

Ditinggalkan Kyne sendirian di kamar itu lalu memberikan tip kepada karyawan hotel. Selalunya tip di berikan apabila beg di bawakan, ini tidak. Malam ini orang mabuk yang dipapah, tak ke aniaya di buatnya? Azita pulang ke rumah. Rumahnya sunyi. Bukankah sebuah rumah itu dilengkapi dengan seorang ibu yang setia menyambut kepulangan seorang anak walaupun lewat bagaimanapun? Manakah tidak, Ibunya sudah bernikah dengan lelaki lain, sementara semenjak bercerai ayahnya sudah merantau ke Negara UK dan tak pulang-pulang sejak itu. Hanya ada kalanya sahaja mereka berbual di telefon. Jam sudah menunjuk jam satu pagi. Azita masuk ke kamarnya, dia menanggalkan tudung. Hatinya berasa sedikit sedih.

Tersilap CintaWhere stories live. Discover now