Bab 1

10.3K 368 2
                                    


AD bergelak ketawa dengan Farid selepas pulang dari mengutip hutang. Terhibur AD dengan cerita Farid tentang anak sulungnya. Farid menceritakan bagaimana anaknya Irsyad mula belajar betatih.

" Kau bila nak berkahwin ? " tanya Farid. AD mula menjuih bibir tanda tak suka akan soalan itu. Dia dengan Farid tidak pernah berahsia. Bagi AD, hanya Farid ahli keluarganya.

" Farid, don't start again. You know my answer, right.. ?" jawab AD dengan malas.

" tapi sampai bila kau nak hidup sendirian ? Sampai bila kau nak kerja macam ni ?Aku kalau diberi pilihan, aku tak nak hidup macam ni. Kau tahu kan sebab apa ? Aku terpaksa jadi gengster sebab aku bayar perubatan anak aku... " bebel Farid.

" Kau kalau dah bebel, macam perempuan. Aku tak nak terluka lagi. Aku lagi selesa hidup macam ni...aku tak perlu fikir sesiapa pun, Aku jadi diri aku yang sebenar..." luah AD.

Farid menyambung... " at least..bukak pintu hati kau untuk orang lain. Aku sedih tengok kau macam ni...Aku tak nak... " AD memotong kata Farid, "aku lapar, jom makan.." Sambil mengheret Farid ke kereta. Farid mengeleng kepalanya. Dia tahu hati AD masih keras setelah apa yang berlaku pada dirinya tiga tahun lalu. Farid menyesal. Kerana diri dia juga, AD menyertai kongsi gelap. Farid berharap satu hari akan ada wanita akan buka pintu hatinya.

" Cepatlah masuk...Johnny nak jumpa lepas ni, ada tugas baru untuk kita... mengelamun pulak "Bebel AD. Farid menjelingnya tanda tak puas hati.

Johnny memanggil AD dan Farid masuk biliknya.

" Aku dapat tawaran dari Dato' untuk tangkap seorang perempuan. Dia nak kahwin dengan perempuan tu...selepas Mat dan Sapek tangkap perempuan tu, aku nak korang yang jaga dia sampai tarikh pernikahan diorang. Bayaran yang ditawarkan agak lumayan,..boleh ?" tanya Johnny.

Farid berkata, " Kalau nak kahwin, kenapa kena tangkap ?? bukan kahwin atas dasar cinta ke ? Lagipun boss, perempuan zaman sekarang suka dengan lelaki dengan gelaran Dato' ni".

AD menjeling tanda suruh diam.

"Apa ? Aku cuma nak taw kot .." Farid faham tanda jelingan tersebut.

" Tak semua perempuan macam tu... Perempuan yang Dato' suruh kita tangkap ni dia nak jadikan isteri keduanya sebab perempuan tu berhutang dengannya. Walaupun tempoh hutang masih ada lagi setahun, Dato' tak nak tangguh sebab baru-baru ini Dato ada terjumpa dengan perempuan tu, dia dah mula jatuh hati. Jadi, ada apa-apa lagi nak tanya ?" jelas Johnny.

Farid bertanya lagi. "Dia berhutang berapa banyak boss sampai Dato' nak kita tangkap dia ? Kenapa dia berhutang ? ". AD mengeleng tanda tak puas hati dengan sikap ingin tahu Farid.

" Farid, to much word...tak payah nak tahu sangat hal orang...boleh tak ? just do your job ?" kata AD.

" Eh, aku punya mulut lah...aku nak tanya...aku kena tahu latar belakang kerja kita.. tak pasal-pasal balik nanti, ada yang kejar aku dengan kapak. Aku jaga perempuan kot.." bebel Farid.

AD ketawa padanya.

Johnny melihat keletah anak buahnya. Perangai macam budak-budak tapi umur dah dekat 30 lebih. " Dah..jangan gaduh..macam budak-budak. For your information, perempuan tu berhutang hampir RM 500 ribu. But I don't know for what she make a loan for that a bigger money. Setakat ni, yang perempuan tu bayar, baru separuh. There half more. Tapi Dato' dah berkenan, so dia tak nak kehilangan perempuan tu."

AD menyambung " kalau macam tu, kami ambil tugas ni. Lagipun Farid dengan saya dah pokai ni boss. Nanti apa-apa bos updatelah tentang rancangan ni dengan kami."

" Bagus, kalau macam tu nanti, aku akan inform bila kita akan laksanakan rancangan ni.." kata Johnny.

Dia dan Farid mengangguk tanda setuju.

Johnny tersenyum. Dia yakin mereka mampu membuat kerja dengan baik. Kerana mereka berdua orang kedua kepercayaan Johnnny selepas Sapek. 


Gengster TergurisWhere stories live. Discover now