31

10.9K 407 1
                                    

Rizqy berdiri kaku di sisi katil. Masih merenung wajah isterinya. Wajah yang penuh kerutan seolah-olah memberitahu hatinya sangat sarat dengan masalah. Terbit keluhan kecil dari bibir Rizqy. Dulu isterinya tak selemah ini. Qaseh yang ceria.. Qaseh yang suka bercakap.. Qaseh yang sentiasa berseri wajahnya.. Tapi kini segalanya seakan hilang. Qaseh yang dulu dah tak ada.. Yang tinggal hanya Qaseh yang sentiasa muram.. Wajah yang sentiasa dibasahi air mata..

Kerusi ditarik perlahan. Takut mengganggu lena isterinya. Kasihan Qaseh. Dah berapa malam tidurnya seringkali terganggu. Setiap malam bibirnya meracau menyebut nama adik tersayang. Sesukar itukah hati Qaseh untuuk lepaskan Izlan pergi? Kadang-kadang Rizqy terfikir.. Kalau lah dia yang ditakdirkan pergi, bukan Izlan.. Adakah Qaseh akan seteruk ini? Mungkinkah rasa patah hati Qaseh makin dalam? Rizqy tak punya jawapan. Kasih sayang Qaseh pada Izlan tak dapat dibandingkan. Kasih sayang seorang kakak.. Begitu juga kasih sayang seorang adik pada kakaknya. Ikatan kasih sayang mereka begitu kuat. Tak dapat dipisahkan walau badai menimpa. Walau pernah berselisih faham, tapi tak akan lama. Dua-dua tak mampu untuk berjauh hati. Seperti sang kekasih yang sedang bercinta. Tapi hakikatnya hubungan ini lebih daripada sepasang kekasih! Hubungan adik beradik.. Yang tak pernah akan putus walaupun salah seorang telah pergi jauh..

Susah payah Izlan.. Pengorbanan Izlan.. Tak mampu dia balas. Zaman sekarang susah nak jumpa adik yang sebegitu baik. Penuh di dada akhbar betapa ukhuwah di antara keluarga sangat pincang. Sanggup berbunuhan demi wang. Semuanya pentingkan diri sendiri. Apa yang ada pada keluarga? Bagi mereka keluarga itu menyusahkan. Ada ibu dan ayah dihantar ke rumah orang-orang tua. Ada anak dihantar ke nursery. Seibuk mengejar dunia sehinggakan keluarga diabaikan. Lalu, mana datangnya ukhuwah sedangkan masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Tiba-tiba hati Rizqy jadi sayu. Rasa rindu pada kakaknya mula bertamu. Berpuluh tahun kakak pergi meninggalkan mereka satu keluarga. Waktu itu Rizqy masih kecil. Apa sangat yang dia faham tentang kematian? Yang dia tahu kakaknya dah pergi. Tak akan balik semula. Makin dia membesar perasaan sedih itu tetap ada tapi semakin berkurang.

Mungkin rasa hatinya ketika kehilangan kakaknya tak sehebat apa yang Qaseh rasa sekarang. Sebab itu Qaseh begini. Terus menangis. Hidupnya hanya ditemani sepi. Meskipun ada Rizqy sebagai suami. Tetap tak dapat pujuk lara di hati Qaseh.

Tangan Qaseh dia genggam kemas. Sayangnya dia pada Qaseh hanya Tuhan yang tahu. Tengok Qaseh begini buat hatinya tambah terluka. Tak ada orang yang boleh bergurau senda. Dia sepi tanpa tawa Qaseh. Setitik air mata jatuh terkena pada tangan Qaseh. Ingatannya kembali pada perbincangan dengan Doktor Syuhada sebentar tadi.

"Boleh saya tahu.. ada apa-apa ke yang berlaku pada isteri encik? Nampak macam dia terlalu tertekan.." tanya doktor muda itu.

"Isteri saya baru kehilangan adiknya..."

Doktor Syuhada mengangguk. "Patut lah.. Muka dia nampak tegang.. Pernafasan pun seakan tak teratur... Isteri encik, Puan Qaseh mengalami stress yang agak teruk."

"Maksud doktor?" Rizqy resah tiba-tiba. Teruk sangat ke sakit Qaseh? Sedangkan isterinya cuma pengsan.

"Encik tahu kan stress? Reaksi atau gerak balas fisiologi individu terhadap tekanan. Ada jenis stress. Eustress adalah stress di mana tekanan intu menjadikan manusia lebih baik dan bersemangat dalam hidup. Stress ini kita namakan sebagai stress positif. Satu lagi adalah Distress atau dikenali sebagai stress negatif. Stress ini merupakan stress yang berpanjangan yang boleh menghakis tenaga individu bahkan boleh menimbulkan masalah lain. Untuk kes Puan Qaseh, saya dapat kategorikan dia dalam kes yang kedua. Puan Qaseh nampak terlalu lemah untuk atasi tekanan yang menimpa. Stress yang Puan Qaseh hadapi agak kronik kerana ia disebabkan satu kejadian buruk. Tengok keadaan Puan Qaseh, saya boleh rasa Puan Qaseh mendapat tamparan yang hebat. Mungkin disebabkan hubungannya yang terlalu rapat dengan si adik?"

Encik GulaWhere stories live. Discover now