Adakah itu pandangan benci?

Adakah lelaki itu akan menjadi dingin semula terhadap dirinya selepas ini?

Adakah persahabatan mereka yang semakin hendak erat ini akan terlerai begitu sahaja?

'Siapa aku bagi Isyraf Nazran?'

'Kau jiwa aku.'

'Isy memang memaksudkan ke?'

Hatinya kini makin meronta-ronta inginkan jawapan dari remaja lelaki itu. Tika ini, soalan sahaja yang ada, cuma jawapannya entah ke mana. Luncurannya di lantai berais itu juga telah mati, sama dengan perasaannya tika ini.

Zariff Isaac hanya mampu tersenyum pasrah. Kedua mereka saling mencintai namun keegoan dan kepercayaan membataskan segalanya. Mana pergi sikap jujur dan sabar dalam diri keduanya? Mengapa tidak ada seorang pun yang hendak memulakan dengan kata maaf? Bukankah kata maaf akan melembutkan hati yang sarat dengan rasa kecewa?

Dia terus menepuk bahu Ilya Nasuha lembut. Dia tahu, fikiran gadis itu kini makin menjauh memikirkan perihal Isyraf Nazran. Sebelum fikiran itu menjauh ke serata dunia, elok dia menghalangnya.

"Kenapa?" Tanyanya lembut.

Sebenarnya, dia sengaja mengajak Ilya Nasuha keluar pada hari ini agar gadis itu akan terserempak dengan Isy di sini. Dia ingin lelaki itu meluahkan rasa secepat yang mungkin pada jiwanya itu.

Ilya Nasuha hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kelat. Dia cuba untuk menutup rasa dari diketahui oleh lelaki romeo juliet ini. Dia tidak mahu rakannya itu tahu bahwa Isyraf Nazran turut berada di sini sebentar tadi.

"Jum?" Ajaknya pula.

Ilya Nasuha diam. Matanya hanya melirik pandang pada huluran tangan rakannya itu. Ditempat ini, dimasa ini, semuanya seperti terlayar kembali dan sungguh mengacau emosinya.

Tangan yang dihulurkan oleh Isyraf Nazran disambut olehnya. Tangannya dilepaskan dan dia terus sahaja terlanggar akan seorang gadis gergasi hingga jatuh Dan gadis itu marah macam nak gila. Waktu itu, Isy bela aku seadanya, kemudian membalas katanya dengan perlian dan akhirnya gergasi itu jatuh menyembah bumi dengan skirt paras lututnya.

Ilya Nasuha makin tersenyum kelat bagai tercekik biji kuaci. Air liur yang menuruni di lorong trakea terasa amat payah sekali. Namun, dia tidak mahu mengecewakan rakannya itu. Huluran tangan itu bersambut jua. Dengan perlahan, Ilya Nasuha mula meluncur di gelanggang ais skate itu dengan adanya Zariff Isaac sebagai pengawalnya.

Isyraf Nazran hanya mampu menahan rasa kecewa yang semakin bersarang di hatinya. Di sebalik cermin kaca lut sinar itu, dia telah melihatkan segalanya. Namun bayang lelaki itu tetap jua tidak dapat dia kenali siapakah gerangannya. Dengan perlahan, dia terus berlalu pergi membawa dirinya yang sudah penuh dengan rasa merana.

'Dia dah bahagia.'

Iman Naim menggarukan kepalanya berkali-kali. Aku dah sesat ke? Pertanyaan itu sering berlegar-legar di fikirannya tika ini. Sudah dua tiga kali dia berjalan di sekitar kawasan ini tetapi hasilnya tetap sama. Dirinya masih di tempat sama dimana dia mula-mula berada. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya dicapai pula. Dan dan pula bateri telefon bimbitnya itu hendak habis. Dia sudah gelisah.

Takkanlah aku yang besar panjang ini hendak ke kaunter pertanyaan bagi menyerahkan diri? Tidak pasal-pasal nanti dirinya ini akan menjadi bahan ketawa oleh kakak kaunter itu. Ada ke nanti kakak kaunter itu akan buat pengumuman seperti ini.

"Ding dong ding ding."

"Sesiapa yang kehilangan abang berumur lingkungan belasan tahun dan masih remaja. Memakai baju hitam dan seluar hitam sila ke kaunter pertanyaan sekarang. Sekian, terima kasih."

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu