Dalam tak sedar Qaseh mengangguk. Sedikit sebanyak dia mula mencerna kata-kata si adik. Ada benarnya juga kata-kata Izlan. Sampai bila dia harus menidakkan perasaannya pada seorang lelaki. Nak kata hati Qaseh pernah dilukai, dia tidak pernah bercinta pun. Macam mana nak terluka.

Izlan tersenyum senang. Dia tahu kak longnya serba sedikit termakan dengan nasihatnya. "Kak long fikir lah ya. Lan naik dulu, ada kerja sikit", ujar Izlan lantas berlalu meninggalkan Qaseh keseorangan. Sengaja dia mahu memberi ruang untuk Qaseh memikirkan dengan lebih dalam soal masa depannya.

"Superman...Jodoh??...Hmm...". Terbayang seraut wajah lelaki di mindanya.

"Muhammad Ammar Rizqy...", Qaseh tersenyum sendiri sebaik saja nama itu meniti di bibirnya.

**********

Qaseh meringankan tulang membantu si ibu menyiapkan sarapan untuk adik-adik. Hujung minggu begini Qaseh lebih suka memanjakan dirinya di rumah. Lagipun, tak ada kawan yang boleh diajaknya keluar hujung minggu begini. Maklum lah, kebanyakan teman baiknya sudah pun berumah tangga.

Selesai saja menghidangkan makanan di atas meja, kedua-dua adiknya sudah bersedia di meja makan. 'Pandai pula turun sendiri', desis hati Qaseh.

"Qaseh, hari ni Qaseh jangan pergi mana-mana ya", pesan Puan Hanna.

"Kenapa bu?"

"Ibu ada ajak Encik Gula datang sini untuk makan tengah hari"

"Hah, Encik Gula. Encik Gula mana pula ni bu?"

"Alahai. Rizqy la. Rizqy tu kan suka senyum. Okey apa ibu panggil dia Encik Gula"

"Em ye lah bu", jawab Qaseh. Mi goreng yang mahu ditelan terasa tersekat di tekak.Sebenarnya banyak pertanyaan yang mahu disuarakan oleh Qaseh pada Puan Hanna. 'Mana ibu dapat nombor dia? Takkan macam tu je dia setuju bila ibu ajak makan tengah hari di rumah?' Segala pertanyaan itu dipendamkan saja dek kerana memikirkan nasihat si Izlan kelmarin.

Izlan menunjukkan ibu jari pada Puan Hanna yang berada di sebelah. Nampaknya kakaknya sudah mula membukakan pintu hatinya untuk berkenalan dengan Rizqy dengan lebih rapat lagi.

"Terer la Lan. Lan cakap apa kat kak long sampai dia senyap macam tu je bila ibu cakap Encik Gula tu nak datang?", bisik Puan Hanna perlahan.

"Ada lah bu", ujar Izlan sambil mengenyitkan mata.

Dalam masa yang sama Qaseh sibuk bermain-main dengan sudu dan garfu di pinggan. Qaseh teringat pertemuannya secara sengaja dengan Rizqy sebagai penghargaannya pada Rizqy kerana telah lima kali menjadi penyelamat tidak bertauliah untuk Qaseh. 'Haisy, kenapa la aku boleh buka pintu hati untuk mamat tak cukup umur tu. Dah la lurus. Aku pesankan Nescafe tanpa gula pun dia sanggup telan. Eh, tapi kan. Dia kan lagi muda dari aku. Agak-agaknya ibu tahu ke tak eh usia budak tu lagi muda dari aku?'. Qaseh berteka-teki dalam hati. Kepalanya diangkat. Terkejut dia melihat tiga pasang mata sedang tepat memandang wajahnya.

"Apa hal?", tanya Qaseh.

"Yang kak long main-main dengan mi goreng tu dari tadi kenapa? Makan lah", ujar Ilham.

"Ye eh... Hehehe", Qaseh tersenyum malu. Kantoi melayan perasaan seorang diri tadi.

Tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam. Mereka berempat berpandangan sesama sendiri. 'Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Baru pukul 10.30 pagi. Kacau betul, baru nak breakfast dengan tenangnya', desis hati Qaseh.

"Tak apa, biar Am yang buka", ujar Ilham sambil berlalu ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Tersembul wajah si Rizqy yang sentiasa tersenyum manis.

Encik GulaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora