Part 1

30.2K 864 45
                                    



Selepas 3 tahun, akhirnya. Inilah hari  yang dia nanti-nantikan. Adellya memandang skrin besar yang terpampang di hadapannya itu. Dia ingin tahu sama ada pesawat yang membawa si dia sudah mendarat atau belum. Seketika, dia terdengar pengumuman bahawa pesawat dari London itu sudah selamat mendarat. Dia tersenyum lebar. Teruja untuk berjumpa empat mata dengan si dia setelah 3 tahun tidak bertemu. Beberapa saat kemudian, dia mengerutkan dahinya. Ibu angkatnya, Puan Iman memandang anak yang dijaganya sejak bayi itu dengan aneh. Dah kenapa pulak ni? Kerana risau, cepat tangannya mencuit bahu Encik Hisyam, suaminya itu.

"Kenapa?" Soal Encik Hisyam dengan riak blur.

"Adel, kenapa ni?" Soal Puan Iman risau. Dia memandang Encik Hisyam. Yelah. Takut anaknya itu sakit ke. Apa ke. Adellya bukannya pandai nak maklumkan pada sesiapa yang dia tengah sakit ke a pa ke. Semuanya dia pendam.

"Adel, rasa macam nak..."

"Nak apa sayang? Cuba beritahu ibu." Gesa Puan Iman.

"Adel? Kenapa ini?" Giliran Encik Hisyam pulak bertanya. Dah kenapa dengan anak gadisnya ni?

"Adel rasa macam nak pergi toilet lah, ibu." Sengih Adellya.

"Ya Allah! Budak ni. Suka sangat buat orang risaukan." Marah Puan Iman lalu menepuk bahu Adellya pelahan. Tergelak Encik Hisyam dengan gelagat anak angkatnya itu.

"Dah, pergi cepat. Nervous lah tu." Usik Puan Iman.
Adellya hanya tersengih dan berlalu pergi menuju ke tandas yang berhampiran.

****************************************

"Ibu, ayah!" Jerit seorang lelaki.

Encik Hisyam dan Puan Iman tercari-cari wajah yang menjerit itu tadi. Selepas ternampak wajah yang di carinya muncul, senyuman mula terhias di wajah pasangan suami isteri itu.

"Hareez." Panggil Puan Iman dengan sebak. Mana taknya. Sudah 3 tahun anak tunggalnya itu pergi bekerja di London. Bekerja untuk memnuhi permintaan sebagai seorang pilot. Dan selama 3 tahun itu jugalah dia tidak balik kerana sibuk dengan pekerjaannya itu.

Mereka saling berpelukkan. Melepaskan rindu yang sudah lama terpendam itu. Akhirnya, anak mereka sudah pulang ke pangkuan mereka.

"Rindunya ibu dengan kamu, Reez." Ucap Puan Iman sambil mengucup wajah anaknya itu. Encik Hisyam hanya tersenyum melihat gelagak isterinya itu.

"Reez pun rindukan ibu dan ayah. Rindu sangat." Balas Hareez dengan memeluk ibu dan ayahnya kejap.

"Kalau dah tahu rindu, kenapa tak rajinkan diri balik sini? Jeguk ibu dan ayah?" Laju Puan Iman menyembur anaknya itu selepas pelukkan mereka dirungkai.

"Ala, ibu ni. Kan Reez dah cakap. Reez busy dengan kerja, bu. Lagipun, tiket flight kan mahal. Manalah Reez nak cekau duit nak beli tiket tu." Jawab Hareez. Kalau ibunya dah membuka mulut, hah. Ayahnya pun boleh terdiam.

"Eh, kamu tu kan pilot. Free je kan kalau nak terbang ke sini kalau kamu yang terbangkan. Ah. Macam ibu tak kenal kamu ni, Reez. 28 tahun ibu besarkan kamu. Kamu ni memang pandai cari alasan. Kalau malas tu cakap je lah malas. Bukannya susah." Puan Iman menjeling anaknya itu.

"Hah, lupa pulak nak kenalkan ibu dan ayah dengan seseorang." Tersenyum lebar Hareez. Sudah lama dia menunggu saat ini.

"Siapa, Reez? Kawan Reez ke?" Terjungkit kedua-dua belah kening Encik Hisyam. Siapa pulak manusia yang Hareez nak kenalkan pada mereka ini?

"Kejap eh. Leena!" Jerit Hareez memanggil seseorang.
Puan Iman berpandangan dengan suaminya itu. Siapa pulak gadis yang berjalan menuju ke arah mereka itu? Jangan-jangan? Ya Allah! Hareez jangan cari pasal, nak. Bisik hati Puan Iman.

"Ibu, ayah. Ni, Hareez kenalkan. Eleena. My special one." Hareez memperkenalkan gadis yang berdiri di sebelahnya itu kepada ibu dan ayahnya. Sebenarnya, cuak juga dia dengan reaksi Puan Iman dan Encik Hisyam.

"What?!"

Mereka berempat mengalihkan pandangan pada gerangan yang tiba-tiba menjerit itu. Ya Allah! Lupa pulak dia pada Adellya. Macam mana ni? Kata hati Puan Iman.

**********************************

Encik Hisyam mengeluh perlahan. Dia memandang anak lelakinya itu dengan pandangan tajam.

"Sekarang ni, macam mana?" Soal Encik Hisyam tegas.
Hanya dia dan anaknya saja di ruang tamu itu. Eleena sudah pulang ke rumah orang tuanya. Bagus juga kalau gadis itu tidak ada di sini. Dia tidak berapa gemar akan gadis itu. Sombong. Berlagak. Isterinya pula, masih di atas sedang memujuk anak mereka seorang lagi.

"Macam mana, apa?" Selamba saja Hareez menjawab pertanyaan ayahnya itu.

"Hareez. Sebelum kamu buat keputusan nak bercinta dengan Eleena, kamu tak fikir ke, siapa yang sedang menunggu kamu di sini?" Encik Hisyam geram dengan sikap anak lelakinya ini. Senang dia je nak ambil sambil lewa mengenai hal ini.

Hareez faham apa yang ayahnya mahu bincangkan. Tapi, dia tidak berminat mahu berbincang mengenai soal itu.

"Siapa yang Reez perlu fikirkan?"

"Adellya, Reez. Adellya. Isteri kamu yang sah. Yang kamu kahwin 4 tahun dulu." Encik Hisyam kembali bertenang. Dia perlu bertenang untuk menguruskan sikap anak lelakinya ini.

"Reez, Adel. Dia menunggu kamu dah 3 tahun. Kenapa kamu sanggup buat dia macam tu, Reez?  Masa kamu di sana, apa kamu lupa yang kamu masih ada seorang isteri di sini? Hah?" Sambung Encik Hisyam apabila Hareez hanya mendiamkan dirinya.

"Ayah. Reez cintakan Leena, yah."

"Ohh. Kamu cintakan Eleena. Habis tu, isteri kamu pulak macam mana? Apa kamu dah lupa macam mana kamu melutut, merayu dengan ayah dan ibu supaya kahwinkan kamu dengan Adel 4 tahun yang lalu? Kamu paksa Adel untuk terima kamu. Kamu pujuk kami suruh buat Adel terima kamu. Dan, sekarang. Bila dia dah dapat terima kamu, sayang kamu, cintakan kamu, sanggup kamu buat dia macam ni pulak? Eh, Hareez. Kamu tahu tak? Seminggu selepas kamu pergi tinggalkan dia. Dia demam panas. Sebab apa? Sebab dia rindukan kamu. Suami dia. Suami yang dia cinta. Yang dia sayang." Kata Encik Hisyam. Dia yang menjadi saksi di mana Adellya menangis.Terseksa sebab rindukan Hareez.

"Ayah, itu dulu. 4 tahun yang lalu. Sekarang, Reez dah tak cintakan dia lagi ayah. Hanya Eleena di hati Reez. Apa yang Reez nak ada dalam diri Eleena. Dan semua tu tak ada dalam diri Adel. Dan tujuaan Reez balik sebenarnya ada sebab. Reez dah buat keputusan. Reez nak berpisah dengan Adellya."

"Hareez!"

Encik Hisyam dan Hareez memandang Puan Iman yang berdiri di atas tangga dengan riak yang marah. Selepas itu, Hareez perasan seseorang berdiri di belakang ibunya. Adellya! Gadis itu hanya berdiri terkaku dengan wajah yang pucat. Mungkin dia sudah dengar bicara Hareez sebentar tadi. Hareez hanya terdiam. Terkaku seperti isterinya itu.

Bersambung...

So, how? Sekarang, Sya tengah berusaha cari idea untuk siapkan semua cerita cerita ni semua. So, harap bersabar ye sayang-sayangku semua. Teruslah setia bersama Sya Mohammad. Acececeh! Haha! Muahhh! ;*

Setia Itu MenyakitkanWhere stories live. Discover now