Rambut gadis itu ditolak kebelakang telinga sebelum mencubit lembut pipi Saejin dan keluar dari kereta untuk mengeluarkan bag baju dari boot kereta. Beg bajunya dan Saejin dibawa ke dalam camp site itu tanpa mengejutkan Saejin yang tidur mati itu.

"Yo! Oh Sehun!" Tegur Tao yang berada bersama rakan kelas yang lain di tengah kawasan camp itu.

"Yo!" balas Sehun.

"Oi! mana Isteri aku?!" soal Seungcheol apabila tidak melihat Saejin dimana-mana.

"Entah." balasnya acuh tak acuh sebelum meletakkan beg baju itu di tempat yang disediakan dan berlari ke keretanya semula untuk mengejutkan Saejin.

"Saejin-ah!" Panggilnya tetapi tiada balasan dari gadis itu.

"Kim Saejin?"

"..."

"Woi!"

"... erm.."

"Wei gemuk!" Jerit Sehun.

"Siapa gemuk ha?" Suara Saejin yang kuat secara tiba-tiba itu mengejutkan Sehun. Sehun mengetuk kepala gadis itu dan menggeleng.

"Tahu pulak nak bangun. Orang panggil elok-elok tak nak bangun." bebel Sehun. "Dah keluar. Kita dah sampai." ajak Sehun dan Saejin hanya mematuhinya.

"Betul ke aku gemuk?" soal Saejin sambil mengekori langkah Sehun.

"Eo.. Gemuk sangat." Tipu Sehun sambil tertawa kecil.

"Betul-betul lah!" marah Saejin.

"Ish! kau ni banyak mulutlah! Tak! kaulah orang paling kurus kat dunia ni. Puas hati?" Ujar Sehun.

"Mwoya? Jangan cakap.. kau.. Kau.. dah tergoda dengan badan seksi aku ni." gurau Saejin dan tertawa jahat.

"Hahahahaha! Yelah. Aku dah tergoda!" kata Sehun membuatkan Saejin berhenti tertawa serta merta apabila Sehun tiba-tiba berhenti berjalan.

"Kau ni buat terkejut aku je-- Sehun?" Saejin Menelan air liurnya yang terasa payau apabila Sehun tiba-tiba memeluk pinggangnya dan merapatkan dirinya kepada Saejin.

"So.. are you free tonight?" Soal Sehun dengan suara yang saja-saja dibuat seksi membuatkan air liur Saejin terasa pahit tiba-tiba.

"K-kau bergurau ke?"

"Ani. I want.. you Kim Saejin." sehun membisik dan meniup telinga gadis itu.

Saejin mengetap bibirnya apabila Sehun merapati lehernya. Matanya di tutup rapat, perasaan takut dan excited bercampur baur sehingga membuatkan dia tidak dapat bergerak. Sehun berhenti secara tiba-tiba dan ketawa mengejek. Saejin membuka matanya dan mendengus kasar sebelum menumbuk bahu Sehun untuk melepaskan geram.

"Baka! Hentai! (Stupid! Pervert!)" Saejin menolak tubuh Sehun dan terus berlari ke dalam camp site. Pasti sahaja wajahnya sudah semerah cili. 'Semua salah dia!! Oh Sehun Moron!'

"Tahu takut.. Tch.. Sampai keluar bahasa jepun dia. Dah terpengaruh dengan Baekhyun apa? BTW.. apa maksud dia?" Sehun menggaru kepalanya dan mengangkat bahunya sebelum mengekori langkah Saejin.
_____

Saejin melangkah keluar dari biliknya setelah selesai menukar bajunya kepada baju kasual setelah mereka semua membuat keputusan untuk bermandi manda di sungai yang berdekatan. Sebaik sahaja dia berada diluar dia bertemu dengan Sehun yang sempat wink kepadanya sebelum beredar.

"What was that? c-cute nya." Saejin tersenyum dengan wajah blushnya.

"Siapa cute? aku?" Suara Mingyu yang tiba-tiba muncul disebelahnya membuatkan Saejin melompat terkejut.


"Ah! Kau ni Mingyu buat nyawa aku jadi pendek je!" rungut Saejin sambil mengurut dadanya.

"Siapa yang kau cakap comel? aku kan! erm?erm? Akukan?!" Mingyu menyoal sambil mencebirkan bibirnya.

"Kau ni macam perempuan tahu tak? Yelah! Kaulah yang comel! Kim Mingyu so cutee!!" Pipi Mingyu dicubit dan Mingyu mula tertawa dengan gembira sebelum mereka mula beredar ke sungai.

"Ah.. MinHyun hyung cakap dia nak datang melawat apartment kitorang minggu last summer break nanti. Kalau kau free datanglah nanti aku bagi alamat." jelas Mingyu.

"Ji Eonnie dengan Hyemin ada sekali?" soal Saejin dengan suka sekali.

Dahinya tiba-tiba dijentik dari belah kanannya dan apabila dia menoleh Seungcheol berada disitu dengan wajah tidak bersalahnya. "Pabo! Takkan dia nak tinggal Isteri dia dengan anak dia pulak?" ujar Seungcheol.

"Sakit tahu tak?" Saejin pout sambil menggosok dahinya.

"Tulah.. Pabo sangat siapa suruh?"

"Say the one who got all subject failed in last year final exam." Perli Mingyu.

"Masuk campur pulak kau ni! kau pun banyak gagal jugak? dua tiga subjek lagi cukup-cukup makan je.." balas Seungcheol.

"At least better dari kau."

Saejin membuat muka menyampahnya lalu beredar meninggalkan pergaduhan mulut yang mungkin tidak akan habis sampai bila-bila itu. Saejin tersenyum apabila melihat Sehun berada diatas batu melihat yang lain bermandi manda sebelum menyedari kehadiran Saejin.


"Kau pakai baju tu ke? Mana bikini kau?" Soal Sehun dengan senyuman sinisnya.

"Byuntae." Ujar Saejin dan menjeling Sehun. Nasib baik dia mengambil keputusan untuk memakai baju T-shirt dan short pant sahaja.

"Bukan kau ke yang cakap badan kau Seksi? so tunjuklah." perli Sehun.


"Kau nak tengok sangat? ok aku buka baju aku---" Saejin menarik baju Tshirtnya keatas sehingga menampakkan perutnya tetapi Sehun dengan pantas melompat turun dari batu itu dan menghalangnya.

"Jangan.."

"Kenapa pulak? bukan kau nak tengok ke? " usik Saejin.

"Memang aku nak tapi kalau nak tunjuk pun biar depan aku je." Sehun wink.

"Nak termuntah pulak tengok muka byuntae kau ni." Saejin memusingkan matanya, menyampah lalu menolak kepala Sehun.

"Juliet!" Jerit Baekhyunyang berada di dalam sungai dan memanggil gadis itu supaya join bersama rakan yang lain bermain air.

"Romeo!" jerit Saejin dan berlari terjun ke dalam sungai. Sehun memeluk tubuhnya dan tertawa kecil melihat Saejin.

"I like you... Kim Saejin. I really like you." luahnya perlahan.
________

TBC...

Thank you to everyone who read and vote this story :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now