Bingung

492 19 3
                                    

"Ayah telefon lagi?"

"Ya. Dia minta duit untuk betulkan bumbung dapur."

"Awak. Benda tu awak janji pada ayah dulu lagi kan. Bila awak nak tunaikan?"

Dia tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh isterinya. Ya. Berbelas tahun dahulu, dia pernah berjanji dengan ayahnya jika dia berjaya menjadi seorang doktor dia akan membaiki dapur rumah mereka. Dia mahu rumah itu berlantaikan marmal bukan simen. Dia mahu buatkan dapur memasak yang moden bukan yang uzur.

Ironinya semua itu semakin dilupakannya seiring hari berganti hari dan tahun berganti tahun.

Dia hanya pulang ke kampung setahun sekali itupun bila hari raya aidilfitri. Duit belanja untuk ayahnya hanya dikirimkan melalui pos.

Benar sekarang dia sudah menjadi seorang doktor. Namun dua minggu lepas, satu aduan terhadapnya telah dikemukakan oleh seorang pesakit yang mendakwa dia melakukan gangguan seksual pada pesakitnya.

Dia tidak mengaku. Katanya tiada gangguan seksual cuma dia hilang pertimbangan apabila sengaja mencurahkan air kepada pesakitnya.

Katanya pesakit itu gila. Namun nasib dia tidak baik. Pesakit itu ialah anak kepada seorang ahli politik pencen yang sangat berpengaruh. Jadi bila aduan dibuat siasatan harus dijalankan. Maka sekarang dia digantung kerja. Lebih malang pesakit itu yang juga seorang penganggur telah memfailkan saman setengah juta terhadapnya.

*******

"Lembaga displin mendapati kamu, Doktor Hafizi bersalah kerana dengan sengaja bertindak di luar batasan terhadap pesakit kamu. Lesen amalan perubatan kamu digantung untuk tempoh setahun."

Dia baring di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Dia kebuntuan. Sekarang sumber pendapatannya terjejas. Bahkan lebih teruk, namanya menjadi viral di media sosial.

Dia dikritik dan dihina oleh pengguna media sosial yang kebanyakkan daripada mereka menggunakan gambar profil monyet dan artis luar negara.

Kelmarin ketika ayahnya telefon minta wang, dia hilang pertimbangan. Secara tidak sedar dia mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati ayahnya itu.

*******

"Lambat awak balik?"

"Saya kerjakan. Bukan macam abang makan tidur"

"Hoi! Kau ingat aku suka makan tidur hari-hari macam ni? Cakap ikut sedap mulut!"

"Betul apa saya cakap. Abang tu ketua keluarga. Carilah kerja. Bil semua kena bayar."

"Otak kau kat lutut ke apa?. Aku kan kena gantung kerja."

"Oh kena gantung kerja maknanya kena duduk merenung siling je hari-hari ya?"

Dia naik geram dengan perangai menjawab isterinya itu. Sebegitu juga satu tamparan hinggap ke pipi kiri isterinya.

*******

Petang yang sepi buat dirinya. Dia duduk di hentian bas bukan kerana menunggu bas. Tapi dia mengenang nasib sendiri.

"Apa malang sangat aku ni?"

Dia mula terfikirkan bekas isterinya dan anaknya. Selepas perceraian dia tinggal berseorangan di rumah yang sudah dua bulan tidak berbayar.

Dia teringatkan ayahnya.

"Hafizi, mari pulang nak. Ayah bantu kamu. Mari."

Dia melihat ayahnya memanggil-manggil betul betul di tengah jalan. Dia bingung. Kereta lalu lalang tapi ayahnya teguh berdiri tidak pula dilanggar.

Perlahan-lahan dia bangun kemudian berjalan ke arah ayahnya. Rasanya sudah lama dia tidak menguntum senyuman buat ayahnya.

Sebuah lori yang mana pemandunya sedang leka bermain Twitter menuju ke arahnya. Ironinya dia tidak sedar kerana masih berasa dipeluk ayahnya.

PutihWhere stories live. Discover now