Uqasha Senrose

14.6K 293 45
                                    

17 Oct 2015, petang

Aku di bilik darjah, menunggu waktu rehat tiba. Apabila loceng berdering, terus aku angkat kaki ke kantin. Gelap. Hanya beberapa lampu kalimantang menerangi ruang itu.

Meja dan bangku kayu panjang menghiasi segenap ruang kantin itu. Pelajar mula beratur untuk membeli makanan. Aku turut sama masuk barisan yang dahagakan mee sup.

Setelah membayar harga mee sup 50 sen, aku pusing dan mencari tempat untuk duduk. Lain macam penuh kantin sekolah hari ini. Akhirnya, aku duduk di hujung meja kantin, tetapi di lantai.

Seorang perempuan yang wajahnya cukup aku kenali duduk di bangku tepiku. Dia perasan aku duduk di lantai, lalu dia mempelawa duduk bersama. Tapi, apabila wajahnya aku tatap, itu Uqasha Senrose!

"U-Uqasha!!" Jeritku teruja. Dia menarik senyum manis.

"Uqasha! Saya kena beritahu awak sesuatu!" Aku mula menelan liur, gugup mahu memberitahunya. Dia masih sabar menunggu. "Em, sebenarnya, saya ada tulis satu buku. Saya pinjam nama dan appearance awak untuk watak utama saya dalam buku tu."

Uqasha Senrose mengangkat kedua kening. "Awak gunakan nama saya?"

"Uqasha saja! Bukan Uqasha Senrose! Watak saya tu namanya Uqasha binti Badrul Hisham, jadi buku tu bukan berkaitan awak. Cuma saya buat macam fanfiction, saya jadikan awak sebagai watak utama."

Apabila wajah Uqasha Senrose berkerut, aku jadi tak sedap hati. "Awak marah ke?"

"Mana saya boleh tengok buku tu?" Dia cuba berlagak tenang walaupun keningnya masih berkerut.

"Saya publish kat Wattpad je. Kalau awak sudi baca, bacalah. Tapi minta maaf kalau awak tak selesa sebab buku tu ada adult materials sikit. Tapi bukan cerita lucah!" Cepat-cepat aku sanggah andaikata Uqasha Senrose mula berpendapat aku menulis cerita lucah tentangnya.

"Nanti saya check out and get back to you." Kemudian, dia terus hilang.

Tiba-tiba saja aku sedang memandang telefon, membaca mesej daripada Uqasha Senrose.

From: Uqasha Senrose
Hai. I dah baca buku you. At first I thought it is humiliating, rasa macam you disgrace me sebab pakai I sebagai watak. But I faham what fanfiction is.
The problem now, I under management. So, perkara ni dah dibawa ke managememt. Diorang tak suka. I'm not sure what will happen next tapi diorang akan contact you. So, just so you know.

Aku terus menangis. Aku tak berniat untuk memalukan sesiapa tapi kenapa sampai begini sekali jadinya? Aku gunakan Uqasha Senrose sebab aku tak boleh bayangkan orang lain di tempat watak utama tu. Bukan Nad Zainal, bukan Nora Danish, bukan juga Nelydia Senrose.

Mesti kena Uqasha Senrose sebab dia yang paling sesuai.

Aku nangis semahunya, sedih sebab Uqasha Senrose tak suka buku aku. Dalam aku terketar-ketar takut didakwa dan diambil tindakan atas keterlanjuranku menggunakan Uqasha Senrose dalam fanfiction ku, telefon berdering dengan nombor yang tak dikenali tertera. Ini pasti management.

Dan aku terjaga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PREVIU || Jurnal Mimpi 1: Dan Aku TerjagaWhere stories live. Discover now