Hey, aku mungkin seorang yang tak bermoral, tapi aku bukan penjenayah dan aku tak curi duit orang, atau aku tak kacau hidup orang lain. Aku ibaratkan kerja gelap aku ni sebagai 'khidmat sosial' yang membantu memenuhi keinginan batin golongan VIP yang ada reputasi di mata masyarakat di sebalik topeng mereka sebagai lelaki sejati kononnya. Aku cuma sekadar jadi objek fantasi dan pemuas nafsu diorang saja, tak lebih dan tak kurang.

Dan aku tak akan mungkin dapat jadi igauan lelaki-lelaki songsang tu semua kalau aku bukan Cloud yang orang kenal. Sebab tu aku sentiasa bersyukur dan rasa bertuah dengan warisan separuh darah ayah; sepasang mata hazel, ketinggian 6 kaki, badan cantik dan muka comel (bab muka comel tu, orang lain yang selalu cakap, termasuk mak aku sendiri. Tapi sebenarnya, aku rasa muka aku handsome, hahaha!). Aku tahu yang fizikal aku ni aset utama buat aku dan aku tahu cara nak mencairkan hati sesiapapun, baik lelaki atau perempuan, terima kasih!

Tapi itu semua plastik. Sekalipun aku mungkin nampak sebagai seorang pakar dalam bidang goda-menggoda ni, aku bukannya manusia peramah yang mungkin korang semua akan sangka. Tidak. Ironinya, aku tak ramai kawan. Tak, aku tak ada kawan lagi. Buat masa sekarang, yang paling rapat dengan aku mungkin adik aku Aemez (walaupun hubungan kami berdua sebenarnya taklah sebaik sepertimana yang sepatutnya) dan kucing peliharaan aku yang aku panggil Garfield.

Dan bila bercakap pasal kawan, aku tak dapat untuk tidak untuk mengaitkan kehidupan aku dengan empat orang manusia yang pernah ada dalam hidup aku sebagai housemates. Setahun dulu, aku pernah tinggal di sebuah apartmen yang sederhana dengan diorang. Waktu tu, hidup aku memang gila-segila-gilanya walaupun untuk orang yang liberal macam aku.

Fiet, Qidran, Rita dan Leman adalah mereka yang aku maksudkan tadi. Kami berlima pernah tinggal sebumbung selama dua tahun lamanya dan aku punya banyak kenangan dengan setiap seorang dari mereka.

Aku memang tak ramai kawan sejak kecil. Aku suka menyendiri, sebab aku susah untuk percayakan orang lain. Aku ni realistik orangnya. Bagi aku, tak ada manusia yang berbuat baik dengan manusia lain tanpa mengharapkan apa-apa. Aku tak suka mengharapkan bantuan orang lain dan aku tak mahu terikat ataupun terhutang budi dengan sesiapa sekalipun. Kalau adik aku sendiri pun aku tak percaya, inikan lagi kawan?

Sekian lama aku selesa bersendirian dan buat benda sorang-sorang tanpa ada orang lain menyibuk dalam urusan aku, sampailah kedatangan empat orang yang aku sebut tadi mengubah hidup aku tanpa aku sedar.

Waktu tu aku dah mengukuhkan nama dalam bidang modelling dan pembabitan aku sebagai pelakon baru je nak bermula. Aku cari rumah baru dan aku dapat sebuah apartmen kosong di Pandan Perdana. Sebenarnya dengan sewa bulanan RM2000 yang ditawarkan oleh tuan rumah, aku mampu untuk tinggal di apartmen tu seorang diri, tapi aku punya alasan kenapa aku perlukan teman serumah untuk tinggal dengan aku waktu tu.

Pertama, sebab aku kedekut nak menghabiskan duit aku untuk deposit dua bulan yang diminta oleh tuan rumah. Dengan belanja yang aku dah keluarkan untuk kereta Honda EG aku, dengan tajaan aku pada mak yang minta rumahnya diubahsuai supaya lagi besar dan juga menolong adik aku yang ketika tu masih belajar di Perancis, duit yang sekian lama aku kumpul di bank mengalir keluar tak berhenti-henti. Aku risau kalau aku jadi pokai.

Tapi aku still nak juga duduk di apartmen yang menghadap menara KLCC tu, sebab itu memang impian aku. Sejak aku sekolah menengah lagi aku memang nak rumah yang menghadap bangunan ikon negara kita tu.

Kedua, tuan rumah tu sendiri mengaku yang ada kejadian bunuh pernah berlaku dalam rumah tu sebelum ni, sebab tulah rumah tu dah lama tak berpenghuni dan sewa bulanan yang dia minta dari aku tu kononnya dah kira murah kalau nak diikutkan dari harga sewa yang sepatutnya.

Aku memang nak juga tinggal di rumah tu dan idea untuk dapatkan penyewa lain untuk tinggal bersama dengan aku, memang jalan yang paling baik untuk manusia yang penakut macam aku ni, selain dapat meringankan kos bulanan aku untuk apartmen tu.

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now