Bab 21 + Bab 22

3.1K 78 7
                                    

21. CLOUD & LEMAN; THE GINGER & THE BLOND

"...When they asked me who I was, you're the answer; you're my answer!"

Aku tunggu Leman kat kedai gerai Mamak ni. Dah pukul 7:00 malam. Aku tengah sibuk membelek suratkhabar harini. Tiga suratkhabar aku belek. Tak ada satu pun yang menyebut nama Lou Foo.

Harini dah masuk hari ketiga semenjak insiden tragis celaka tu. Pelik pula aku, takkanlah satu Malaysia boleh senyap dengan ketua mafia tu? Dan setakat ni, sejak tiga jam lepas, tak ada petanda yang mencurigakan. I mean, kalaulah muka kami bertiga ni dah terpampang kat TV dan newspaper, dari tadi lagi aku dah kena tangkap polis kot? Betul jugak cakap Jaja tadi, sampai bila aku nak memerap dalam bilik, kan? Dialah yang beriya-iya suruh aku keluar dari bilik hotel tadi sejak terima panggilan Qid pagi tadi.

Dan sejak tiga jamlah, tak ada pulak orang yang menengok aku semacam, walaupun satu gerai ni tak lepas nak menengok muka aku. Tapi renungan yang aku terima dari diorang adalah renungan tipikal yang selalu aku dapat kat mana-mana sebelum ni dan aku lebih dari pasti yang diorang tak tengok aku sebagai penjenayah.

Bila aku fikir balik, genius jugak kepala otak Leman. Dia memang pandai pilih kawasan Batu Pahat ni untuk bersembunyi. Tak ada sesiapa yang kenal kami kat sini. Pelik, aku dah mula percayakan Leman, walaupun aku rasa macam nak gila mengikut kerenah dia sejak tiga hari lepas.

Dia sebenarnya dah sembunyikan identiti aku malam tu dengan topeng Zorro. Aku sangat harap yang rancangan gila dia tu berjaya, sekalipun kalau pihak polis mungkin ada rakaman CCTV di Jalan Perdana, Damansara Damai tu. Dengan topeng dan baju Zorro bodoh aku, berkemungkinan besar aku tak mungkin senang untuk dicam. Begitu juga dengan Jaja yang dah balik berambut pendek dan berwarna hitam. Sekarang aku dah makin percaya yang Leman blond tu bijak.

"Oy!"

Aku angkat kepala aku. Dia dah sampai.

"Sorry, aku tak nampak note kau kat coffee table tu tadi," katanya.

"It's okay."

"Apahal nak jumpa aku kat sini?"

"Why don't you sit down first," cadang aku.

Berkerut kening dia dengan pelawaan aku.

"Aku nak belanja kau makan," kata aku.

"Tapi aku dah makan tadi," katanya. Dia tarik kerusi depan aku dan labuhkan punggung dia kat situ.

"Tak mati pun kalau kau makan second round dengan aku, kan?"

"Tapi aku dah belikan nasik bungkus untuk kau dengan Jaja." Dia tunjukkan dua beg plastik dengan dua biji bekas polisterin pada aku.

"Tak apalah. Nanti aku makan nasik bungkus kau bila balik bilik karang. And thanks by the way, Jordan!"

Menganga mulut Leman jadinya kali ni. Reaksinya macam aku dah cakap langit tu nak runtuh sekejap lagi agaknya.

"What did you say?"

"Jordan. Aku panggil kau dengan nama betul kaulah, Jordan. Kenapa?"

"Kau biar betul!?"

Aku betul-betul tak faham dengan perangai si Leman nilah. Waktu aku jahat dengan dia, dia tak suka. Bila aku dah nak berbaik dengan dia pun, dia macam tak suka.

"Don't you dare call me with that name again," katanya.

Aku anggukkan kepala. Okay, dia taknak aku panggil dia Jordan. Aku faham. Memang rasa pelik pun panggil dia Jordan. Kenapalah aku ni pun gatal sangat nak panggil dia guna nama MyKad dia tadi?

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupDonde viven las historias. Descúbrelo ahora