"Dah kenapa kau ni, Cloud, nak belanja aku makan bagai ni? Tak pernah-pernah pulak kau baik hati dengan aku sebelum ni?" tambah Leman.

"Sebab kau tu jantan, bukannya perempuan dan aku pun bukan selalu dating dengan lelaki macam ni!"

Leman buka mulut nak bercakap, tapi hasratnya terbantut apabila seorang waiter Mamak datang ke meja kami berdua untuk ambil order. Secara spontan, kami minta makanan yang sama; Mi Goreng Mamak. Tapi Leman nak minum teh o ais dan aku minta teh ais.

"Kenapa tak bawa Jaja sekali makan dengan kita?" tanya Leman setelah waiter tadi beredar dengan pesanan kami.

"Aku dah ajak, tapi dia nak lepak sorang-sorang kat bilik. Lagipun dia bengang dengan aku yang tak sudah-sudah tengok HBO Channel. Bising katanya."

Leman gelak.

"Tak payah risau pasal dialah. Takkanlah aku nak biarkan member tu berlapar pulak, kan? Aku dah bagi dia makan bubur McD tadi. Lagipun, kalau dia nak diajak keluar, kesian pulak. Nak berdiri pun susah~"

"Excuse me? What did you say? Kau belikan dia bubur?"

"Yup! Aku bagi dia makan; aku siap suapkan bubur tu lagi kat mulut dia. Ada lagi benda yang kau rasa pelik nak tanya?"

"Kau, suapkan Jaja?"

"Yeah, I did!"

"Kau belikan dia bubur?"

"Yes, baby, takkanlah aku suruh dia pergi beli bubur tu sendiri pulak kan?"

"Tiba-tiba jadi baik. Tak ada angin, tak ada ribut, apahal? Freaks me out, mate! Are you even the same Cloud that I know before?"

"The tone of surprise from my friend Leman and his never ending suspicious mind!" kata aku sinis.

"Owh, sekarang ni, kita berdua ni dah jadi kawanlah?"

Aku tergelak dengan impulsifnya.

"What's so funny about, Cloud?"

"Entahlah, Leman, aku pun tak taulah. It's disgusting for me too to admit that you are my friend. Tapi entahlah. Sejak dengar cerita kau di zaman muda kau tu, aku rasa kau dah layak kot nak berkawan dengan kau."

"Why so?"

"Selama ni, aku ingat budak nakal antara kita semua ni, cuma aku dengan Qid je! Tak sangka pulak kau ni lagi old school; otai, dude!"

Bibir Leman mengerekot. Dia nak tersenyum dengan pujian akulah tu agaknya; poyo!

Senyap sekejap. Kebetulan pula, makanan kami dah sampai ke meja dengan minuman sekali. Kitorang berdua kemudian fokuskan pada makan malam kami lepas tu. Dua tiga minit kemudian, aku buka mulut balik memulakan balik perbualan.

"Leman?"

"Hmh?" sahut Leman, sambil mengunyah mi goreng dalam mulut.

"I wanna ask you a question."

"What is it?"

"Is it worth it, all of this? Aman ke hidup kau selama ni lepas bunuh orang kat universiti dulu? I mean, you're a murderer, dude! I just don't get it. You're a devoted Muslim, don't you? Kau sembahyang punya orang. I mean, kau tak rasa bersalah langsung ke? Aku tengok kat Damansara Damai haritu, kau relax je bunuh orang."

"I know what you're trying to say, mate. Membunuh orang tu memang berdosa, dalam agama apa sekalipun. Untuk apa yang aku dah buat, aku serahkan pada Allah. Dia jelah yang tahu, Cloud. Cuma Dia je yang boleh tentukan kat mana tempat aku nanti."

"No, you missed the point. I wasn't talking about that."

"I've no regrets, if that's what you want to know!"

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now