Malam itu terasa sunyi sangat. Perjalan selama satu jam lebih dari kotaraya ke Kuala Selangor ibarat mengerti apa yang dilalui Johan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada isterinya yang baru sahaj selamat melahirkan anak ke-2 mereka yang dia akan dipindahkan sementara ke cawangan pejabat dia Terengganu bulan depan untuk tempoh setahun, atau mungkin lebih.
Sampai sahaja di perkarangan rumah mertuanya, Johan menghentikan enjin kereta tapi masih duduk di dalam kerana keletihan. Johan menarik nafas dalam sebelum membuka tali pinggang keledar dan ingin keluar dari kenderaannya.
"Motor siapa ni?", bisik Johan dalam hati?
Malas untuk berfikir panjang kerana badannya pun sudah kepenatan setelah seharian bekerja dan setelah itu memandu pulang ke kampung, Johan terus melangkah ke tangga rumah. Dia memberi salam kerana tidak membawa kunci rumah. Tidak disahut.
"Eh, lampu terbukak lagi. Dengar suara TV tu. Takkan Abah tertidur depan TV lagi?", getus Johan.
"Assalamualaikum, Abah. Johan ni. Johan tak bawak kunci. Tolong bukakkan pintu."
"Sekajap Johan", jelas kedengaran suara jantan Hj. Hussein, jauh di dalam rumah.
Lama Johan berdiri di luar, lebih kurang dalam 10 minit salamnya tidak di sahut. Kemudian pintu rumah dibuka. Keluar dua orang lelaki, berjalan menuju ke arah Johan.
"Lambat ke kau gerak dari KL, Johan? Dah dekat pukul satu pagi baru kau sampai?", tanya Hj. Hussein.
"Siapkan kerja tadi Bah, tu yang gerak dari office lambat. Apa khabar Ustaz Bakri?", sambil Johan menghulur tangannya ke arah Ustaz Bakri. Ustaz Bakri mengajar di kelas agama dalam kawasan kampung. Berasal dari Johor Bharu dan telah pindah ke Kampung Jitu dalam empat ke lima tahun lepas, selepas dia berpisah dengan isterinya. Berusia dalam lingkungan 40-an dan tidak mempunya anak.
"Sihat, Alhamdulillah. Tahniah Johan dapat anak baru. Kuat lagi ya", gurau Ustaz Bakri.
"Bolehlah ustaz, selagi termampu. Ermm.. Johan masuk dulu Abah, nak tengok Umai. Jumpa lagi ustaz, Assalamualaikum", jelas Johon ingin memotong perbualan singkat.
"Iya lah, abah nak hantar ustaz ke motornya, baru habis berurut tadi."
Johan melangkah masuk ke dalam rumah. Fikirannya jauh melayang mimikirkan apa yang dilihat sebentar tadi. Sukar untuk dia percaya tapi dia pasti apa yang dilihatnya tadi betul.
"Biar betul leher ustaz ada love-bite?"
YOU ARE READING
Antara Norma dan Nafsu
General FictionApabila nafsu membatasi norma, Johan rela untuk mencuba walaupun bukan perkara biasa. Lama-lama, terleka. Hanyut dan masih meminta.
