2: Sticker

2.5K 92 3
                                    






Jam tangan dilihat. lambat betul naik bas ni. kenapa la jalan dekat bandar ni selalu jem??

erh!

dari jauh kelibat natasya sudah kelihatan di mata. laju langkah di atur ke KFC. tempat yang dijanjikan.

''hye beb... Sorry eh lambat. kau tau la kalau naik bas, tak jem memang tak sah....'' ujar Ainnur sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan sahabat.

''takpe, aku dah biase sangat dengan alasan kau ni. pergi order la sendiri. aku punya pun kau tolong order untuk tau, denda sebab kau datang lambat!'' ujar natasha sambil tersengih.

ewah. melampau. eh tak, bukan melampau tapi ini ambik kesempatan dalam kesempitan aku 😂

Ainnur bangun beratur dibarisan yang tak berapa nak ramai orang. ketika beratur ainnur tidak perasan dipunggung seluarnya ada sticker yang terlekat.

mungkin masa naik bas tadi.

natasha yang melihat cuba bangun untuk membuang namun ada seorang kanak2 lelaki terlebih dahulu mencabut dan berlalu pergi, dan ketika itu juga ada seorang jejaka sedang selesai bercakap telefon berdiri di belakang Ainnur.

Ainnur yang terkejut kerana terasa pinggung nya seperti diraba terus berpaling ke belakang . dan tanpa membuang masa ainnur terus menampar pipi jejaka berkaca mata itu.

Natasya yang terkejut melihat adegan itu terus bangun menghampiri Ainnur .

"beb,,,bukan dia raba kau la. tadi kat seluar kau ada sticker,pastu ada budak lelaki tolong buang. yang kau tampar dia dah kenapa? " bisik Natasya kepada Ainnur.

mata mereka berdua melihat reaksi jejaka itu. Ainnur serba salah. belum sempat mahu meminta maaf, jejaka itu terus keluar dari kfc sambil mengurut pipi nya yang di tampar tadi.

ainnur hanya diam sambil mengigit jarinya. orang ramai yang menyaksikan adegan tampar menampar itu hanya memandang ainnur dengan seribu satu persoalan.

" Tasya, macam mana ni.. apa aku dah buat..ya allah..malu nya.." rengekan sahabat nya itu segera ditenangkan.

"Eh takpe. bukan salah kau. jangan risau, mana tahu satu hari nanti korang terjumpa balik. haa masa tu kau minta maap dekat dia. okey??" Nasihat Natasya sedikit sebanyak menghilang kan rasa bersalah Ainnur.

Ainnur pandang ke arah luar. dalam hati dia masih berharap dapat bertemu jejaka itu.

untuk meminta maaf.


Bos Ku Suami Ku -short - ✅Where stories live. Discover now