realitinya insan

129 10 0
                                    

Aku lihat kawan aku dalam sia sia
Aku lihat pura pura dalam manusia
Cukup sekadar lihat aku boleh teka
Bukan setakat rupa malah kata kata

Hidup ini umpama syair dan puisi
Cantik bahasanya bukan takat pada isi
Hayati lontaran dan laungannya
Baru tahu mana satu puji mana satu kiasnya

Buah fikiran melukis hak insani
Tangan dan pergerakan melanggar asasi
Dia yang sudi berpaut rapat
Jelas tahu senaskah surat

Tulang dari berpatah kerat
Semayam duri berhati karat
Keringat di palu buat isyarat
Sehinggalah mati itu satu syarat

Realiti InsanWhere stories live. Discover now