Sejak hari pertama aku kenal Audra, aku hanya tahu satu perkara.. Perempuan ini akan jadi masalah paling besar dalam hidup aku.
Audra Darwisya. Ya, dialah satu satunya manusia kiriman Tuhan untuk menguji kesabaran aku. Sejak daripada sekolah menengah, dia asyik ingin bertanding dengan aku dalam segala hal tidak kira dalam akademik mahupun kokurikulum. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan aku. Sekarang, segalanya bertambah besar sejak keluarga kami berpakat untuk menyatukan kami berdua. Maklumlah, ibu bapa kami merupakan sahabat yang akrab sejak bapa Audra membantu keluarga aku sewaktu perniagaan keluarga aku hampir muflis.
Dia berdiri di ruang tamu rumah ibuku, wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. Pandangan matanya tajam, seolah-olah aku ni musuh nombor satu yang dia terpaksa hadap.
"Hm, Aryan Husaini bin Mokhtar.. So, kau la calon suami aku? Haih, semua lelaki dalam dunia ni dah mamp*s ke sampai bapa aku pilih kau sebagai calon menantu dia? " soalnya dengan tatapan tajam yang memanah terus ke mataku.
Aku membalas tatapannya dengan senyuman sinis. "Cis, dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, kau juga yang sangkut dengan aku. Nasib baik lelaki boleh kahwin empat. Lucky me."
Dia hanya menjeling ke arah aku sebelum berjalan pergi untuk berjumpa ibuku. Sejak saat itu, buat pertama kalinya, kami bersetuju pada satu benda yang sama. Pertunangan kami hanya atas dasar penjodohan keluarga dan bukannya atas dasar cinta.
Audra merupakan seorang yang lantang, keras kepala, suka menjawab dan egonya setinggi gunung Everest. Aku pula jenis yang tak suka dicabar dan sabar aku menipis apabila berdepan dengan orang macam dia. Setiap kali berjumpa, mesti ada benda yang nak digaduhkan.
"Audra, apa yang lama sangat kau bersiap?"
"Kenapa? Kau mamp*s ke kalau aku lambat siap?"
"Baju tu tak sesuai dengan kau Audra"
"Diam lah"
Kami berkahwin tanpa debaran. Tanpa air mata bahagia. Tanpa janji cinta. Akad nikah itu terasa seperti satu perjanjian kosong antara aku dan dia, terperangkap dalam ikatan yang kami berdua tak minta.
Menjelang malam pertama perkahwinan, aku dan Audra duduk di dua penjuru katil yang bertentangan.
"Kau jangan dekat dengan aku." kata Audra. "Aku kahwin sebab papa, bukan sebab kau."
Aku mengangguk. "Bagus. Kita sama. Tak perlu aku jelaskan lebih-lebih. Dan kau jangan nak perasan, aku beli rumah ni pun supaya kita tak perlu berpura-pura depan mak aku nanti." Aku menatap malas ke arah Audra" Kita dah cukup bermasalah, tak payah nak tambah lagi. Kau boleh tidur sini, aku pergi tidur bilik sebelah."
Aku fikir hidup selepas kahwin akan dingin, masing-masing buat hal sendiri. Rupanya, rumah ni telah menjadi medan perang kecil kami pada setiap hari.
Dia bising aku letak kasut merata.
Aku marah dia tak melipat kain dengan betul.
Dia sengaja masak masin sebab tahu aku tak suka.
Aku sengaja balik lambat sebab tak nak dengar bebelan dia.
Tapi entah sejak bila, aku mula perasan benda benda kecil yang aku tak sepatutnya peduli.
Cara dia tunggu aku balik walaupun mulutnya kata tak kisah.
Cara dia diam bila aku penat, tidak bertanya dan cuma hulurkan air.
Cara dia marah tapi tetap sediakan makan minum aku dan uruskan pakaian aku setiap pagi.
Kadang-kadang ianya menimbulkan rasa sayang dalam hati aku yang aku tak dapat nak ungkapkan.. Dan aku benci perasaan itu, ianya membuatkan aku lemah. Benci sebab ianya membuatkan aku peduli pada perempuan yang sepatutnya aku anggap sekadar tanggungjawab atas nama suami.
Pada suatu petang yang sepatutnya tenang, hancur berkecai dengan satu panggilan telefon. Suara Audra kedengaran bergetar, hilang segala ego yang selama ini menjadi perisai dirinya.
ESTÁS LEYENDO
short story - Love you, Troublemaker
RomanceSejak zaman sekolah, Audra Darwisya dan Aryan Husaini tidak pernah sehaluan. Pertemuan mereka sentiasa dipenuhi persaingan, sindiran, dan ego yang tidak pernah mengalah. Namun takdir menemukan mereka dalam satu ikatan yang tidak diminta iaitu perkah...
