Its not my fault

164 17 1
                                        


Becky berdiri di depan rumah agam Armstrong dengan wajah letih, matanya sedikit sembab. Tangan kirinya menarik luggage besar, seolah-olah sudah nekad untuk tidak balik ke rumah yang dia kongsi dengan Freen.

Pintu terbuka. Daddy Armstrong terpaku seketika.
"Bec? Why you here... kenapa bawak luggage semua ni?"

Becky menarik nafas panjang. "I want to stay here, daddy."

Daddy Armstrong mengangkat kening. "Hey, why? Mana Freen?"

Becky mengelak pandangan ayahnya. "Hurm... tak tau."

"Apa yang berlaku sebenarnya? Bergaduh ke?" soal Daddy, cuba menyelidik.

Becky menggenggam hujung bajunya. "Freen rahsiakan something dari Becky... and I... I tertuduh dia curang."

Daddy mengeluh perlahan. "So... apa yang dia rahsiakan?"

"She just... rahsiakan dia tengah handle kes luar dari syarikat je," jawab Becky dengan suara perlahan.

Daddy mengangguk, wajahnya tenang. "And then?"

Becky tunduk. "Yes... it's my fault."

"So, dah mintak maaf belum?" Daddy terus menyoal.

Becky menggigit bibir, resah. "But daddy... if Freen tak nampak suspicious, I tak tuduh pun dia macam tu."

Daddy menyandarkan diri ke kerusi. "So you nak cakap Freen yang salah lah ni?"

"Arghh... daddy, Bec penat. I go upstairs first," Becky cepat-cepat menarik luggage dan naik ke tingkat atas, meninggalkan ayahnya yang hanya menggeleng kecil.

Pada masa sama, Freen baru pulang ke rumah. Dia menolak pintu bilik, melihat sekeliling yang kosong. Tiada tanda Becky. Kereta Becky pun tiada di depan rumah. Hatinya terasa kosong.

Dia duduk di tepi katil, mencapai telefon untuk menghubungi Becky. Namun sebelum sempat dail nombor, telefonnya berdering. Nama yang tertera: Daddy Armstrong.

Freen cepat-cepat menjawab. "Hello, daddy."

"Freen, Becky is here. Don't worry." Suara daddy tenang.

Freen terdiam, menunduk sayu. "I'm sorry, daddy... sebab susahkan."

"It's okay. Cepat-cepatlah berbaik. You know Becky, dia takkan nak fix first."

Freen menarik nafas berat. "Yeah... Freen faham."

Hari demi hari berlalu.
Becky masih menetap di rumah keluarganya, sementara Freen tinggal sendirian.

Mereka bertemu di tempat kerja, tapi hanya berlalu tanpa sapaan. Hanya pandangan sekilas, dingin, tanpa satu pun kata.

Hati masing-masing penuh dengan ego dan luka—tapi rindu tetap menjerat tanpa disedari.

You belong with me (Freenbecky)Where stories live. Discover now