The Interview

144 16 0
                                        


Hari itu, Freen dan Becky dijadualkan untuk menghadiri satu sesi temubual eksklusif bersama pihak media — segmen khas untuk pasangan berpengaruh.

Becky sudah tiba lebih awal di set penggambaran, manakala Freen baru sahaja sampai dengan langkah sedikit tergesa.

Freen: "Maaf, saya terlambat sedikit."
Pihak Produksi: "Tak apa cik Freen, penggambaran ini dibuat secara berasingan. Tiada halangan pun untuk kami mulakan dahulu."
Freen menarik nafas lega

🎥 Temu bual bersama Becky

Pihak Produksi: "Apa sikap Cik Freen yang membuatkan Cik Becky jatuh cinta?"

Becky tersenyum, memandang ke arah kamera sejenak sebelum menjawab dengan nada lembut.
Becky: "Kalau sebut tentang jatuh cinta... setiap saat bersamanya, degupan jantung saya laju. Mungkin bukan sebab sikap, tapi sbb... dia, Freen Sarocha, adalah orang yang buat saya selesa."

Krew produksi tersenyum lebar, ada yang berbisik kecil, "Manis betul jawapan dia."

Pihak Produksi: "Apakah ciri pasangan anda yang paling anda hargai?"
Becky: "Mungkin sifat tenangnya... dan manisnya yang membawa keceriaan dalam hidup saya."

Krew mencatat jawapan dengan wajah puas hati.

Pihak Produksi: "Ok, soalan terakhir, Cik Becky... Adakah anda percaya cinta itu berubah dalam perkahwinan? Kenapa atau kenapa tidak?"
Becky: "Saya rasa cinta tak akan berubah kalau semua pasangan memahami antara satu sama lain dan sanggup berkorban. Bagi saya, tiada halangan untuk kita gembirakan pasangan kita. Kita perlu adakan masa di hari penting... dan mengharap kebahagiaan sentiasa ada untuk pasangan."

Kamera berhenti merakam. Becky melepaskan senyuman terakhir sebelum sesi beralih kepada Freen.

You belong with me (Freenbecky)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon