Sebuah café rooftop, lampu neon lembut berkelip di sekeliling.
Freen duduk bersandar malas di kerusi, iced chocolate dah habis lama — kini berganti dengan dua gelas cocktail yang dah separuh.
Di hadapannya, Nam — sahabat baik sejak zaman universiti — hanya geleng kepala.
"Aku tak faham..." Freen bersuara perlahan, tapi mula serak sebab alkohol, "Kenapa lepas aku kahwin... aku jatuh cinta balik dekat dia?"
Nam hanya diam, tak mahu potong.
Freen pandang gelasnya, jari berpusing atas bibir kaca.
"Aku dah simpan dah perasaan aku dulu... Aku tahu aku tak boleh jatuh kat dia. Tapi makin lama... aku makin sayang."
Matanya berkaca.
"Bila aku dah betul-betul tunjuk effort, ex dia muncul balik. Yang curang tu... Yang tinggal dia dulu..."
Nam tarik nafas, bersandar. "Freen... Kau mabuk sangat ni."
Freen terus bercakap. "Ke aku patut bercerai je macam kau?"
Nam terus tepuk kepala Freen. "Eh budak ni... Gila? Belum apa-apa dah nak bercerai? Belum berjuang pun lagi."
Freen tunduk, muka dah serabut.
"Aku penat, Nam..."
Nam geleng kepala lagi. "Kau kena ingat siapa kau, Freen. Kau tu soft spoken, tapi kuat. Positif. Bukan jenis lari."
Tiba-tiba, telefon Freen berbunyi.
Nam tengok skrin.
"Becky Call 💖"
Freen nak tekan decline. "Tak nak angkat..."
Nam yang dah fed up, ambil telefon dan terus angkat call.
"Hello?"
"Hello...? Freen?" Suara Becky kedengaran, risau.
Nam jawab tenang, "Hi. Ni Nam. Kawan Freen."
Becky terdiam sekejap. "Oh... Freen ada?"
"Dia ada. Tapi dia tengah mabuk. Dan cakap benda merepek. Saya dah tak larat nak dengar."
"Awak boleh tak datang ambil dia? Saya hantar location sekarang."
"Saya datang sekarang," balas Becky cepat.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
You belong with me (Freenbecky)
Любовные романыFreen dan Becky, dua sahabat yang sudah kenal sejak kecil, sering luangkan masa bersama di kafe kegemaran mereka selepas sekolah. Walaupun selalu bergurau kasar, jelas ada chemistry yang lebih dalam antara mereka tapi Freen hanya simpan perasaan tu...
