"Tapi asal aku tak faham doh?"
Zik melepaskan nafas. Dia mengalih pandang pada Kim yang duduk di sebelahnya. "Kim, tolong ajar Bio."
"Study la sendiri." Kim yang pakai mask KF94 hitam tu langsung tak angkat muka.
Zikry muka datar. Ha... dah agak dah. Tak boleh jadi ni.
"Kim tolong la. Member sehidup semati kau tu. Dia sorang je sanggup ceroboh makmal berkali-kali dengan kau. Kalau kau tak tolong dia, siapa nak ceroboh dengan kau lagi? Nak harapkan aku? Huh kirim salam awal je la. Aku dah insaf. Nak harap Qas? Bocah lagi tak boleh pakai. Nak harapkan Adma? Itu ya, kalau kau nak declare war walau belum sempat SPM.
Ha... antara Bio, aku dan Adma yang mana satu kau nak pilih? Mestilah kau nak pilih Bio kan sebab dia-"
Mulut Zikry disumbat dengan lolipop Chupa Chups perisa chocolate vanilla.
"Enough enough." Kim mengangkat tangan di depan wajah Zik. Yang macam orang buat trend TikTok 'wait' tu.
Tanpa berkata apa-apa lagi, terus Kim ambil alih. Dan bila datang ke Kim yang ajar, fuh... kecut perut mat. Rasa macam tengah belajar dengan askar pencen je.
"No, bro! IT DOESN'T WORK LIKE THAT."
"I already taught the SAME THING. Here here. You read back the question."
"Haiya, NOT LIKE THIS LAH. Just how many time I should repeat to tell you the right thing to do ah?"
Terangguk-angguk Bio mendengar. Pen di tangan laju memotong solution yang salah ditulis dan digantikan dengan solution yang baru dan betul. Uit na... rasa nak nangis. Macam kena marah dengan guru disiplin.
Sebab tu aku jarang tanya soalan dengan Kim...
Aku yang asalnya naughty boy pun tiba-tiba jadi good boy. Parah...
Mana tak, Kim tu garang tak semedang. Dia tak berapa suka sangat ajar orang, tapi kalau dengan member sendiri dia boleh layan. Cuma... emosi selalu tak betul. Period ke?
Tapi ironinya, Bio yang tak faham terus jadi faham. Kalau Zik yang ajar lemah-lembut macam bidadara, tak masuk pulak.
Akhirnya Bio dapat jugak jawab soalan yang dia tak faham tadi. Lepas tu keadaan sunyi semula.
Masing-masing dah tenggelam dalam dunia sendiri menyusuri dan menulis segala angka, operasi, tanda surd, hashtag dan segala contengan tambahan yang dah siap diconteng di atas kertas kajang sendiri.
Tanpa mereka sedari, Qas terjaga dari lenanya. Bangun-bangun saja mata dah disapa dengan pemandangan orang tengah study. Tanpa berlengah, Qas terus buka TikTok dan buat live untuk QAIZM.
"Hello live! Welcome to my everyone." Ramah Qas memulakan live seperti hos live yang dah profesional.
"Sekarang ni aku tengah rakam kawan-kawan aku belajar. Mereka study add math. Esok exam maa." Qas tukarkan mod kamera dari mod selfie ke mod kamera belakang. Maka, nampaklah budak tiga ketul tu tengah belajar dengan tekun.
"Jomlah borak-borak. Teman aku. Aku tak study add math so aku rasa aku jadi decoration je kat sini. So aku boring. Komen la apa korang nak. Aku baca."
Ha... time macam ni la elok nak buat live. QAIZM tengah syok belajar. Boleh la viewers nak ambil aura budak-budak pandai tengah belajar. Senyap dan sunyi je suasana. Tak ada pekikan, carutan, gaduhan merepek-merepek budak sekolah menengah. Aman damai. Ibu mengandung pun sejuk je perut melihat.
Komen-komen mula melambak masuk. Rata-ratanya dari budak sekolah.
Komen pertama: "Kenapa you tak ambik add math?"
"Sebab saya masih bawah umur." Selamba Qas menjawab. "Still menengah rendah. Orang atas umur je boleh ambik add math."
Komen kedua: "Assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam. Ya, talian hotline Maxis di sini. Sorry anda salah nombor."
Komen ketiga: "Abang Adma tak ada ke?"
"Tak ada, dik. Dia tengah healing. Jangan kacau dia. Jangan ngorat dia. Tapi adik boleh ngorat saya."
Komen keempat: "Ew tak nak la ngorat abang. Hehe gurau je bang. By the way abang hensem."
"Ew ew lagi saya block kamu."
Komen kelima: "Dik tak join study ke?"
"Unfortunately, tak bang. Diorang study subjek yang saya tak study. Plus diorang belajar dalam bahasa alien. Saya tak faham. So saya tak dapat join and understand the assignment."
Komen keenam dari orang yang sama komen kelima. "Lah diorang study apa sampai dalam bahasa alien?"
"Add Math."
Dan itu komen terakhir. Sepi menyapa. Qas menunggu respon orang yang komen tadi. Dah hilang ke dia tu?
"Ooh faham. Yang bahasa alien tu abang boleh relate. Tapi takleh relate bahagian yang study add math tu."
Berkerut dahi Qas. "Eh kenapa bang? Tapi tu elok je diorang depan saya ni tengah discuss add math."
"Dah tu kenapa diorang tanya ketam mana halal, ketam mana haram dimakan? Tu yang rambut kerinting tu. Siap search dekat ChatGPT lagi."
"Hah?" Terus Qas melarikan matanya dari skrin telefon ke arah Zikry yang sedang pegang phone.
"Weh king crab tu hidup dua alam ke? Dia halal ke haram dimakan?"
"Aku tengah cakap tentang lobster kau pergi cari king crab pulak."
"Tapi king crab macam nyaman bah." Dah terikut-ikut slang Sarawak dah Zikry.
"NOOOOO. LOBSTER DULU." Bio mendengus.
"KING CRAB. KING CRAB." Zik membalas dengan nada sama kuat dengan Bio.
"Shellhouse jom? Craving seafood. Nak mamam..." Kim buat muka kesian di sebalik mask.
Rahang bawah Qas jatuh. Terus dia menegur. "Oit! Bukan korang tengah study ke tadi?"
"Ya... tapi si Bio ni tiba-tiba lapar pastu ajak makan seafood. So kitorang discuss la." Zik menggeleng kepala sambil menjongket bahu.
"Oi kau dulu yang mula-"
"Weh Bio!" Qas mengangkat tangan setinggi-tingginya menarik perhatian Bio daripada menunding jari ke Zikry. Qas menunjuk-nunjuk telefon yang dah dipasang tripod di atas meja.
Qas bercakap tanpa suara. "Aku tengah buat live. Behave. Behave."
Mata Bio terbeliak. "Woi sejak bila-"
Tak hanya Bio, Zik dan Kim turut menoleh serentak ke arah telefon Qas. Rahang bawah mereka jatuh.
"Aib! Aib!" Zik segera angkat dari duduk dan nak menutup kamera Qas.
"Shib-"
"Nothing beats a Jet2holidays. And right now, you can save 50 pounds per person. That's 200 pounds for a family of 4.² Okaylah, sekian guys. Bye jumpa lagi di live akan datang!"
Qas angkat dari duduk sambil bawa phone dan menyelamatkan diri daripada dikejar tiga orang tu. Maka, sekali lagi berlangsunglah adegan kejar-mengejar yang entah dah masuk kali ke berapa.
Dengar cerita, Qas mereka masih tengah berlari sampai sekarang.
----
GLOSARI
¹ : Perbuatan melakukan atau menceritakan maksiat dan dosa secara terang-terangan sehingga diketahui orang lain
²: Iklan Jet2holidays, sebuah syarikat penerbangan dari the UK.
BẠN ĐANG ĐỌC
Komplikentut QAIZM
Hài hước❝ A Frolic Boygroup ❞, 2025 Komplikasi kisah-kisah pendek 5 jejaka kacak di Sekolah STAPS. Troublemaker? Itulah mereka. Q - Qas A - Adma I - Bio Z - Zik M - Kim Berdasarkan tajuk cerita, semoga anda tidak terkentut-kentut membaca. Started: 26/1/202...
#19 QZIM • Add Math
Bắt đầu từ đầu
