#2 QAIZM • Makmal II

50 6 3
                                        

KTANG!

Mangga lokar terjatuh lalu menghasilkan bunyi yang menggemakan seluruh isi makmal. Malam yang sunyi, bunyi yang bising itu pasti kedengaran dari jarak jauh.

"Woi bising." Bio tampar belakang Zik yang memakai hoodie kelabu gelap. "Cepatlah letak!"

"Aku tengah letak la ni. Apa kau tengah tengok aku tengah garu ketiak ke sekarang?" Dengan hati-hati Zik meletakkan karung berwarna perang ke dalam bekas besi tu. Berpeluh-peluh dah kepala mamat tu.

Dalam karung tu ada radas-radas makmal yang dia orang curi-curi bawak balik. Kim punya pasal. Tahap curiosity lelaki tu dah melebihi takat lebur. Dia sanggup buat kerja gila demi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang orang biasa tak fikir pun.

Solusinya hanya satu. Ceroboh makmal sekolah, pasal situ saja tempat nak dapatkan radas makmal dengan percuma.

Beralih pada Kim yang bertugas menjaga sekeliling, lelaki tu tak henti-henti menyuluh sekeliling pakai flash telefon. Kejap suluh Zik, kejap suluh makmal, kejap suluh makhluk putih...

"What's on earth is that?" Tak nampak. Kim mengecilkan mata.

"Huh?" Bio menoleh, mencari. Dia berhenti memukul Zik.

Zikry sudah selamat menutup dan mengunci semula lokar besi.

"What's up?"

"That white stuff."

Tiba-tiba kedengaran bunyi cengkerik bernyanyi, anjing menyalak dan anak kucing mengiau.

Bulu roma Zik dan Kim naik. Pintu lokar segera ditutup dan digari dengan mangga yang dicungkil tadi.

"Dah. Cau cau." Tiba-tiba saja Bio dah berdiri di depan pintu makmal, dengan beg kirinya tergantung tali beg galas sekolah.

"Jom." Zik menggalas beg kelabu miliknya. Kim menggantung beg tot putih ke bahu.

"Shh... don't even say a word."

"Aku kira sampai tiga, kita keluar dari makmal." Bio mendekatkan kaki ke pintu makmal.

Kim angguk, faham.

"Satu."

"Dua."

Zikry membetulkan belakang kasut di sebelah kanan.

"Ti-" Bio membongkokkan badan sedia untuk berlari.

"-ga!"

Tsup! Ketiga-tiga lelaki kacak dan gila itu keluar serentak dari pintu makmal. Namun cubaan itu gagal kerana tiga-tiga mereka tersekat di pintu. Bio di kiri, Zikry di tengah, Kim di kanan.

"Woi kasi aku keluar dulu!" jerit Bio.

"Shortie senyap." Kim cuba menyepak kaki Bio tapi gagal sebab kena hadang oleh Zik.

"Aduh!" Zik rasa sesal dan bebal dengan dua orang kawannya yang tak reti mengalah tu.

Tanpa berfikir panjang, Zik membuat tangannya membentuk nombor satu. Tangan kanan dan tangan kiri.

Sedang Bio dan Kim bertekak mulut, Zikry ambil peluang untuk cucuk pinggang dua orang rakannya yang pendek akal tu. Tak pasal-pasa Bio dan Kim tergeletek dan jatuh ke belakang.

Akhirnya Zik dapat melepaskan diri.

"Bo-" Carutan Bio tak habis bila dengar bunyi bangku makmal yang disusun di atas meja terjatuh.

Bulu roma mereka bertiga terus naik 90 darjah!

"Lari woi!" Bio tanpa teragak-agak menarik lengan baju hoodie milik Zikry dan tali beg tot milik Kim, keluar dan menjauhi pintu makmal.

Komplikentut QAIZMWhere stories live. Discover now