❝ A Frolic Boygroup ❞, 2025
Komplikasi kisah-kisah pendek 5 jejaka kacak di Sekolah STAPS. Troublemaker? Itulah mereka.
Q - Qas
A - Adma
I - Bio
Z - Zik
M - Kim
Berdasarkan tajuk cerita, semoga anda tidak terkentut-kentut membaca.
Started: 26/1/202...
SUATU pagi yang mendung, kumpulan QAIZM ditubuhkan.
Adma memandang keempat-empat jejaka yang tengah duduk dalam bulatan di depannya. "Apa nama group ni?"
Zikry menggaru dagu. "Apa kata asid etanoik geng?"
"Warghhh." Bio menguap bosan. "Boring. Tukar lain."
Zikry senyum menahan marah.
Di depannya ada sebatang pembaris yang diletakkan di atas pengasah pensel yang berada di tengah bahagian bawah pembaris. Di hujung kanan pembaris adanya pemadam getah berwarna kelabu. Lalu tangan Zikry menekan hujung pembaris yang sebelah kiri.
Tang!
Pemadam yang berada di hujung pembaris itu terbang lalu melanggar muka Bio.
"Sakit siot!"
"Hmm..asid hidroklorik gang?" Zikry mengabaikan muka Bio yang merah kesakitan. Ambik kau. Jangan main-main dengan aku. Huh, ini Zikrylah. Tengok kaki.
"Kenapa mesti nama asid?" Terkelip-kelip mata Adma memikir. Yalah, banyak-banyak nama, kenapa asid? Diorang ni gila asid ke apa.
Zikry menjongket kening. "Barulah orang gentar dengan nama kita. Baru seterong weh. Sekali dengar je terus rawr."
"B*do tak besttho." Bio mengusap batang hidungnya yang hampir patah kena pemadam tadi. Di bawah meja, sempat kaki kanan menyepak kaki Zikry yang tengah duduk di depannya.
"Fish." Zikry menahan diri daripada mencarut. "Kalau mcm tu...asid sulfurik gang?
"Dah dahlah nama asid macam tak ada nama lain." Bio dah ready nak baling kasut rumahnya pada orang depan.
"Ha I do have an idea."
Tiba-tiba Kim menyampuk. Tak jadi Bio membaling kasut. Sebaliknya dia pula yang kena baling pemadam lagi.
Serentak Zikry dengan muka puasnya dapat mengenakan Bio, Adma yang masih dengan kening berkerut,Qasturi yang sedang menyisir rambut, dan akhir sekali Bio yang sedang lebam mata kiri; memandang ke Kim.
"Apa?" Masing-masing dengan muka teruja.
"I suggesttttttt." Panjang enam harakat Kim menyebut perkataan 'suggest'. Mata rakan empatnya yang lain membesar dan membulat tak ubah macam puppy eyes.
"Sulphuric acid gang!"
Mata mereka berempat mengendur.
"Epp op op op. Let me explain. Tadi nama boring because it is in malay. If it is in English barulah gemparks." Mata Kim menyepet di sebalik mask KF94.
"Kau ni nak kata mat saleh, bukan. Zik yang mat saleh. Muka korea celup macam ni pun beria cakap orang putih ke?" Bio menunjuk reaksi orang nak muntah.
"Kau hendak mati awalkah Bio?" Tiba-tiba Kim bertutur bahasa Melayu baku pulak.
"Halah, kalah buku teks. Hahaha." Bio ketawa mengejek.
"Dahlah pendek. Bodoh lagi." Kim mengambil sesuatu dari saku. Sesuatu itu diletakkan di jari telunjuk kiri. Kemudian jari telunjuk dan ibu jari kanan menarik sesuatu itu ke belakang. Kim memejam mata. Sasarannya kali ini ialah mata kanan Bio.
"Woi woi woi!" Bio melatah lantas kedua kaki naik ke atas kerusi. "Apa main getah-getah siak?"
"Sorry, you're late." Kim senyum sinis di sebalik mask hitam. Getah pengikat sayur dilepaskan.
Pak! Tepat getah berwarna oren itu melanggar mata kanan Bio. Nampaknya berlaku perlanggaran kenyal antara Bio dan getah Kim. Bio tersentak ke belakang lalu terjatuh dari kerusi.
Pagi yang mendung itu bertukar menjadi tragedi apabila kedua orang ahli QAIZM itu dihalau keluar oleh nenek Bio kerana telah menimbulkan huru-hara, haru-biru, lintang-pukang, berlari berkejaran seindah bunga di taman di dalam garaj nenek Bio itu.
Kesimpulannya, senario di atas boleh diringkaskan melalui gambar yang disertakan di bawah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rajah 1001 menunjukkan wajah Bio sebelum kedua-dua matanya lebam
Berdasarkan gambar di atas, jawab soalan berikut
1. Siapakah nama jiran Bio? _____________________________ [1 markah]
2. Apakah pengajaran dari cerita di atas? ________________________ [100 markah]