SETELAH SOLAT ISYAK berjemaah, Bio dan Zikry menuju ke dapur.
Sebelum maghrib lagi Zikry dah tercegat depan rumah Bik. Sengaja dia datang awal ke untuk menghadiri perjumpaan dan study group mereka malam tu.
Dan untung rezeki, syukur alhamdulillah, waktu tu juga ada durian nenek Bio. Maka bukan main ceria bukan kepalang lagi si Zikry bila dapat tahu tu.
Nenek Bio sedang membelah durian di dapur. Di meja makan di tengah dapur, Zikry dan Bio pula tolong menyusun beberapa ulas durian itu ke dalam bekas menggunakan sudu besi. Masing-masing ada bekas plastik sendiri.
Bio baru sedar sesuatu. Lama dia merenung bekas durian Zikry.
"Weh, aku rasa kan aku ada COD." Tiba-tiba Bio memecahkan kesunyian di meja makan.
"Oh. Kau ada beli barang apa-apa ke?" soal Zikry. Tang celah mana tiba-tiba Bio cakap hal COD pula.
"Barang apa pulak... aku cakap betul ni bukan main-main!" Bengang Bio.
Terkebil-kebil mata Zikry. "Ha? Aku pun cakap betul-betul ni. Mana ada aku main-main?
Nenek Bio dah mula mengucap. Ha... dah mula dah cucu dia dengan kawan dia tu. Bio dan Zikry, kawan baik sejak awal tahun Tingkatan 4, lepas masing-masing kantoi ponteng minggu orientasi. Nenek Bio menggeleng kepala. Yang sorang tu keras kepala macam batu, yang sorang lagi riang ria macam kanak-kanak ribena. Mereka berdua tu kalau bertembung, memang ada-ada je.
"Tu." Bio menunjuk bekas Zikry dengan hujung sudu. "Susun betul-betul. Aku takleh la tengok durian tu berterabur."
Zikry menyengetkan kepala. Tak faham. "Nak susun macam mana? Durian ni tak sama saiz."
"Pandai-pandai la kau fikir. Aduh, otak dah bijak macam tu pun tak tahu nak pakai ke? Tengok macam aku ni." Bio menunjuk bekas sendiri.
Terbeliak mata Zikry melihat setiap ulas durian itu disusun sebelah-sebelah dengan rapi. "My eyes must have been cursed."
"Ha cepatlah susun. Sakit mata aku tengok berterabur. Susahlah ada COD ni. Sorry la, sekarang ni muka kau pun aku rasa nak susun-susun sekali dalam bekas ni," bebel Bio tak tentu hala.
"Bio." Rendah suara Zikry.
"Apa? Susun la lagi tu," jawab Bio bengang melihat Zikry tak menyusun durian.
"Betul la aku rasa nak benamkan je kau dekat paya belakang rumah nenek kau ni."
"Ha... kau dah kenapa?" Terhenti tangan Bio daripada menyusun durian-durian comel itu.
"COD dengan OCD pun kau tak dapat nak beza, memang kau noob habis tak ingat dunia la. Dari tadi dok cakap-cakap COD memang la aku pikiaq kau ada beli barang, mantuuuul. Aduuuuuhhhhh."
"Ah? Kau cakap apa tadi? Aku noob?" Bio melepaskan sudu lalu berdiri.
"Nak aku ulang lagi ke?" Tangan Zikry turut melepaskan sudu lalu berdiri juga.
"Kau nak gaduh ke?"
"Dah tu? Kau ingat aku nak buat gimnastik ke lepas ni?"
"ARGHHHHH." Bio menarik lengan baju Zikry dan mula berteriak.
"AAAHHHHHHH." Zikry membalas dengan menarik rambut M si Bio.
Dan mereka saling menarik-narik antara satu sama lain di tepi meja makan tu. Ahli QAIZM dua orang ni dah sedia maklum pelik, maka cara bergaduh mereka pun balik.
"KAUUUUU BALIK RUMAH LAAAA ZIKKKKKK. AKU HALAU KAU AKU. HALAU KAU. BALIK LAAAA." Bio menahan kesakitan akar rambutnya yang semakin tegang.
"OCD DAN COD PUN TAK TAHU BEZA. KAU MEMANG NOOOOB THO, BIOOOOOOO." Zikry semakin tenggelam dengan rasa rimas apabila lengan baju kena tarik.
"ARGHHHH DIAM LAAA."
"DAH. LEPASKAN TANGAN AKUUUU."
"LEPASKAN RAMBUT AKU JUGAAAA."
Siuuuuuu....
Bunyi sudip membelah angin kedengaran.
Tuk! Jatuh atas kepala Bio. "Siapa–"
Siuuuuuu....
Bunyi senduk membelah angin.
Tuk! Jatuh atas kepala Zikry. "What's on the world–"
Serta-merta membuatkan lelaki sependek botol Yakult dan lelaki setinggi tiang lampu itu berhenti bergaduh, berhenti menarik sesama sendiri.
Tiba-tiba rasa aura bahang, api panas sedang menyelubungi sekeliling mereka.
"Dah puas bergaduh ke?"
Masing-masing menelan liur di bawah sedar. Perlahan-lahan mereka menoleh ke arah punca senduk dan sudip itu.
Kelihatan nenek Bio dah keluar aura 'mata merah' macam ada sharingan Itachi Uchiha. Wanita 70-an yang masih cergas itu dah bercekak pinggang dengan tangan kiri. Pisau di tangan kanan pula terawang-awang di udara.
"Kalau nak gaduh, gaduh luar. Jangan gaduh sini. Gaduh depan rezeki lagi tu. Memang anak bertuah!!! Sini kamu berdua!!!" Perlahan-lahan si nenek menapak ke depan.
Bio dan Zikry dah menelan liur. Seluruh badan terketar-ketar.
"KELUAR. KELUAR." Maka, tiba-tiba saja terjadinya adegan kejar-mengejar di dalam dapur itu. Nenek Bio walaupun sudah tua, tapi dia masih cergas berlari kerana dulu waktu muda-muda dia memang aktif bergerak.
"AMPUN NEKKKK." Bio mengucap sambil berlari.
"NEK LETAK PISAU TU DULU. PASTU NEK SERANG BIO JE SEBAB SAYA TAK BERSALAH." Zikry sempat berdiplomasi.
"ARHHHH TAK ADA TAK ADA. KAMU BERDUA KELUAR SEKARANG." Nenek Bio masih mengejar.
"TAPI NAK MAKAN DOYAN, NEKKKK," jawab Zikry bersungguh. Mudahan hati nenek Bio lembut.
"ORANG YANG TAK PANDAI SUSUN DURIAN TAK PAYAH MAKAN," sahut Bio geram.
"YANG TAK PANDAI DIFFERENTIATE OCD DAN COD SILA DIAM," jawab Zikry dengan nada tak kurang sarkastiknya.
Bergaduh lagi dua ekor kera ni... Api nenek Bio semakin menggelegak. "KAMU BERDUA KELUAR DARI DAPUR NI SEKARANG JUGA."
Dan mereka masih lagi berkejaran seperti dalam game granny, seindah bunga di taman. Malam itu juga, waktu study group ahli QAIZM yang lain hairan melihat Zikry dan Bio tak muncul-muncul lagi dah. Ke manakah mereka? Wallahu a'lam.
Hanya mereka berdua saja tau tempat persembunyian daripada nenek Bio. Ketakutan mereka pada wanita itu sehingga mereka bersembunyi di sana sampai 12 tengah malam. Takut punya pasal.
YOU ARE READING
Komplikentut QAIZM
Humor❝ A Frolic Boygroup ❞, 2025 Komplikasi kisah-kisah pendek 5 jejaka kacak di Sekolah STAPS. Troublemaker? Itulah mereka. Q - Qas A - Adma I - Bio Z - Zik M - Kim Berdasarkan tajuk cerita, semoga anda tidak terkentut-kentut membaca. Started: 26/1/202...
