Qasturi Danial bin Dany, nama penuh kepada seorang lelaki kacukan Melayu Cina yang kacak dan terkenal di seantero Sekolah STAPS. Sejak kemasukan lelaki ini dari Tingkatan 1, namanya selalu menjadi buah mulut pelajar-pelajar sekolah tak kiralah dari sesi pagi atau sesi petang.
Namun, bukan sebab dia kacak saja dia terkenal. Personalitinya juga memikat hati sesiapa saja kerana dia sangat friendly, baik hati, berhati besar.
Dan yang paling penting, bermulut manis.
Sampaikan ada pelajar lelaki siap berguru dengan budak ni untuk tanya tips memikat awek. Gila!
Dan sampai satu tahap waktu tingkatan 2, Qasturi sendiri buat bisnes ebook 50 muka surat tips-tips memikat awek. Lagi mengejutkan, ebook tu laku keras. Korang ada? Tak ada kan.
Sebab... kalau sesiapa dengar je kata-katanya, mampu mencairkan hati-hati manusia... lagi-lagi yang student perempuan di sana. Sampai ada satu ketika student lelaki pun boleh tersangkut. Creepy... tapi tu memang awal-awal la Qas reject.
Gila ke nak support pelangi? Memang tak la.
Selain daripada hobi tak ada faedahnya pergi beri pick up line kepada kaum hawa, Qasturi juga berminat DAN BERBAKAT dalam bersukan. Berilah apa-apa sukan sekali pun, memang lelaki ni lobi habis. Tapi yang paling menjadi kegemarannya sudah tentulah bola keranjang.
Sejak berkenalan dengan abang senior tingkatan 4 yang menubuhkan kumpulan QAIZM, hampir setiap petang selepas kelas Qas akan join diorang drill basketball. Join sekali lepas gian katanya...
Nama Qasturi Danial terkenal seantero sekolah. Alasannya? Sebab dia dilayan macam artis sekolah.
Pergi ke mana-mana saja, bukan setakat orang tegur, tapi pasti ada yang minta autograph. Lagi parah kalau ada stok-stok student yang lepak habis seludup phone ke sekolah, memang selalu je ajak apek ni untuk bergambar sekali.
Dan kalau ada pelajar perempuan yang tak berapa nak malu, akan confess face to face dengan laki ni. Tapi dia buat macam biasa, tak ambil port sangat pun. Pasal dia tak berminat nak bercinta tapi sibuk curi hati orang. Dasar player!!
Marilah kita mendengar sedikit sebanyak kata-kata si lelaki yang bermulut manis bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
"Helloooooooo? Wo ai ni! Wo ai ni! Nice to meet ya." Qas kenyit mata. "My name is Qasturi Danial. You can call me by my special name." Fasih lelaki itu berbahasa Inggeris.
"Can call you what?" Seorang pelajar perempuan menyahut pernyataan Qasturi.
"My darling." Qas kenyit mata lagi.
Sekelip mata pelajar perempuan bertocang dua paras bahu itu rebah ke belakang, terbaring di tempatnya. Hidungnya keluar darah. Mukanya merah seluruh wajah.
"He noticed me. He noticed me. He noticed me." Pelajar itu senyum angau sambil matanya masih tetap dilelapkan. Dia berbaring tegak dengan kedua tangan di atas tubuh. Eee gatal!
"Hehe." Qas menjongket kening. Dia melarikan tangan kanannya di celah-celah rambut. "Susahlah jadi artis ni. Banyak sangat peminat. Tapi saya sangat hargai peminat-peminat saya."
"Kalau anda merupakan peminat saya, please let me know and I will give you my autograph." Qas kenyit mata sekali lagi. "Comment sebelah okey?"
Comment la gais kalau minat Qas. Jangan beri dia fake hope ")
YOU ARE READING
Komplikentut QAIZM
Humor❝ A Frolic Boygroup ❞, 2025 Komplikasi kisah-kisah pendek 5 jejaka kacak di Sekolah STAPS. Troublemaker? Itulah mereka. Q - Qas A - Adma I - Bio Z - Zik M - Kim Berdasarkan tajuk cerita, semoga anda tidak terkentut-kentut membaca. Started: 26/1/202...
