#6 QAIZM • Live (1)

32 4 15
                                        

DI SUATU malam, ahli QAIZM dilanda kebosanan ketika sedang menyiapkan tugasan sekolah. Macam biasa, tempat lepak mereka ialah di garaj rumah Bio. Akibat otak mulai tepu melayan ilmu-ilmu dunia, Qasturi bercadang untuk buat aktiviti sikit malam ni. Baru segar malam-malam.

"Buat live jom." Qasturi memutarkan bebola matanya ke atas dan ke bawah, berkali-kali. Acah-acah mabuk macam baru lepas naik roller-coaster.

Adma melepaskan pensil tekan yang dari tadi dipegang. Stres menghadap digit-digit nombor seharian ni. Dia menongkat muka memandang Qas yang duduk di depan. "Yang tengah siapkan homework ni kita orang. Asal kau pulak yang nampak stres?"

"Sebab topi comel. Waarghh." Qas membuka seluas-luasnya mulut yang menguap. Ish! Tak sopan!

Kim pula dah selamat 'melukis peta dunia' di atas buku Add Mathsnya. Dah selamat syahid sejak pukul 10:30 malam tadi.

"Jomlah buat live. Kita pakai phone Zikry."

Tanpa mempeduli cerlungan maut Zikry, Qas selamba mengambil phone lelaki itu lalu meletakkan ia di atas tripod. Dari mana datangnya tripod itu? Biasalah, Qas. Pergi ke mana-mana pun bawa tripod. Tripod itu didirikan di tengah-tengah meja.

"Semua cepat kumpul sini ramai-ramai. Aku nak tekan live dah ni." Qas menekan skrin telefon dua kali untuk menghidupkan telefon dari sleep mode.

"Aduh, password pulak dah. Zik, apa password?"

"Rahsia."

"Betul-betul la."

"Ye betul la rahsia."

"Sik lucu aie kawu guro macam tok." Dah terkeluar loghat Sarawak Qasturi. Bahu Zikry digoncang-goncang.

"Dok gure ehh!" Zikry turut menggoncang bahu Qasturi.

PANG!

Tidak kira Qasturi mahupun Zikry, boleh dilihat ada sebiji 'aiskrim' tumbuh di kepala setelah disapa oleh kuali PUBG milik Adma. "Jangan buang masa boleh ka? Hari dah lewat ni."

Qas mencebik. Abang Adma tu garang macam mak-mak pula. Mama Adma.

"Nama password aku 'rahsia'. R-A-H-S-I-A." Zikry menjegil mata. Sempat dia mengacu penumbuk, acah mengugut Qasturi.

"OOOH. Tu rupanya kau maksudkan. Aku ingat kau nak berahsia tadi. Hehe sorry." Qas mempamer senyuman nampak gigi.

"Tsss." Betul Zikry rasa nak kurung je Qas dalam satu bilik besar dan buat eksperimen interferens gelombang bunyi. Paksa Qas berdiri dekat tempat antinod yang amplitud bunyi menjadi kuat berkali-kali ganda. Nanti dia cakap kuat-kuat pakai mikrofon kasi lubang telinga Qas bertambah besar.

Setelah masuk ke telefon Zikry, aplikasi Tik Tok ditekan. "Nak pakai akaun aku ke?"

"Yalah. Takkanlah akaun nenek aku?" balas Bio jengkel.

"Ada jugak yang kena halau lepas ni." Zikry membalas geram.

"Yang sekarang ni kau ke aku tuan rumah? Hujung-hujung kau yang kena halau nanti, bukan aku. Haaa." Bio menjongket kening. Puas hatinya dapat menyakat Zikry.

Zikry memutarkan jari telunjuk di sisi kepala. Malas la layan.

Dengan lafaz basmalah oleh Adma, butang live ditekan. Phone Zikry diletakkan semula di tripod. Zikry, Bio, Qasturi dan Adma duduk bersedia di tempat duduk masing-masing di depan telefon.

"Eh weh. Aku lupa nak private kan akaun." Zikry berdiri semula nak atur telefon. Tapi seluarnya ditahan oleh Bio. Siotlah member ni. Getah seluar aku ni dahlah longgar. Tunggu sikit lagi memang terlorot seluar aku.

Komplikentut QAIZMOnde histórias criam vida. Descubra agora