Bilik hospital itu senyap dan mewah seolah-olah bilik lima bintang
Bau bunga segar memenuhi udara, langsir tebal separa dibuka membiarkan sinar pagi menyinari ruang
Di atas katil, Puan Sri Rania masih lena penat setelah melahirkan cahaya mata kelapan mereka beberapa jam lalu
Tujuh anak lelaki keluarga Redza Shah duduk di sofa panjang, berbual perlahan sambil memerhati kearah ayahnya.
Masing-masing berpakaian kemas, aura karisma mengelilingi mereka.
Tan Sri Redza Shah berdiri berhampiran tingkap besar, tangannya disilangkan di belakang tubuh
Di sisi, berdiri setia pembantunya lelaki muda berjaket hitam, memegang fail rekod kelahiran.
Tan Sri tidak berpaling sambil berkata
"Tak perlu umumkan pada umum"
"Anak kelapan ini... biar hanya kita yang tahu."
Pembantunya terdiam seketika.
"Tapi Tan Sri... seorang puteri selepas tujuh waris lelaki. Dunia akan tertanya-tanya..." kata pembantunya
Tan Sri hanya tersenyum nipis, matanya tidak lepas dari tingkap di mana langit mulai cerah.
"Dunia tak perlu tahu semua. Biar mereka kenal hanya tujuh waris keluarga Redza Shah"
"Yang kelapan... akan jadi rahsia keluarga kita. Dia bukan untuk dipamer, tapi untuk dilindungi biarlah hanya orang tahu dia perempuan itu saja sudah cukup"
Dia kemudian berpaling, melangkah ke arah baby cot jernih di sisi katil. Seorang bayi perempuan sedang tidur lena, dibalut selimut putih lembut.
"Perempuan pertama dalam legasi ini... dan mungkin yang paling berharga"
"Asalamualaikum anak daddy.."bisik tansri sambil mencium pipi montel anak perempuan nya tersebut
"Aku tak percaya... aku betul-betul tak percaya kita ada adik perempuan"luah Rayyan Shah, abang nombor tiga.
Suara dia penuh keterujaan, mata bersinar-sinar sambil tengok baby kecil tu dari celah palang cot.
"Akhirnya... akhirnya jugak Allah bagi hadiah ni! Aku doa hari-hari tahu tak!"
"Dah la tu, ray" sampuk Zafran Shah,abang yang nombor dua, bersandar kat dinding sambil tangan silang dada. "Baby je pun."
"Baby perempuan, zaf!" Rayyan pusing ke arah dia, macam nak debat.
"Bukan sama! Bukan macam korang yang tujuh ketul ni semua berperang tiap tahun."
Riyaz Shah abang sulung yang berdiri dekat kepala katil, hanya tunduk pandang wajah ibunya. Walau diam, dia sesekali toleh juga ke arah baby tu - tak banyak cakap, tapi cara dia betulkan selimut ibu, cara dia perhati baby dalam diam...
jelas ada rasa peduli yang tak perlu dijelaskan.
Firash Shah dan Mikael Shah abang ke empat dan kelima tengah tengok baby sama-sama, tapi firash sibuk snap gambar."nak updata kat wasap grup family lah"
"Tak payah post gambar muka lagi. Daddy belum umumkan nama pun," sampuk Tan Sri perlahan, tapi tegas. Daniel terus slow phone dia. Semua pandang ke arah Tan Sri.
"Dia anak perempuan pertama Dan satu-satunya." Lelaki itu bersuara sambil renung anak kecil dalam cot. "Jadi biar semua tahu, Redza Shah ada seorang puteri dan buat masa sekarang Hanya family kita je tau nanti you guys punya dato datang"
Emir dah melangkah rapat ke cot, tunduk sedikit sambil bisik
"Saya nak panggil kamu Sisi dulu, okay? Sampai ayah bagi nama betul."
Danial shah anak ke tujuh si kecil yang baru umur 4 tahun, pun nak join. "Nak panggil Sisi! Sisi comel!"
Baby tu gerak sikit, muncung kecil muncul di bibirnya.
"Comelnya macam mummy"kata Emir Shah abang ke enam sambil mencuit pipi montel adik nya
"tapi danial lagi comell"jawab danial shah bangga
"Tak payah nak sibuk lah"jawab emir shah sambil menjeling kearah adiknya yang lelaki itu
Yang lain hanya memerhati gelagat adik beradik tersebut
Are you ready readers!?
Its time to meet the shah family! :D
Marilah bersama-sama kita ber'angan-angan' 🥰🙏🏻
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤𝐞𝐝 𝐆𝐢𝐫𝐥 (OG)
General FictionSemua orang tahu keluarga Tan Sri Dato' Redza Shah dan Puan Sri Rania Nazeera hanya mempunyai tujuh orang anak lelaki. Namun, ada satu nama yang disembunyikan. Seorang anak perempuan. Satu-satunya puteri. Dan dia bukan sekadar biasa. Di sekolah, dia...
