"Dah sedia nak tunjuk skill kita, my little minion?" Dia bertanya sambil menatap Isabelle yang sudah pun siap duduk didalam carseatnya.
"Yes, ma'am!" jawab Isabelle sambil tayang senyuman lebar.
"Atta girl." Freen memberi high five kepada Isabelle sebelum hidupkan enjin.
Sepanjang jalan ke sekolah, si kecil itu tak habis-habis hiburkan Freen. Dua-dua tersenyum sahaja sepanjang jalan, bersedia nak mulakan hari dengan semangat.
------
Sampai sahaja dikawasan sekolah, Dahi Freen berkerut. Pelik. Nampaknya dia sorang sahaja orang dewasa, selain guru yang memakai kostum.
"Erm, Isabelle... kenapa parent atau penjaga lain tak pakai kostum jugak?" soal Freen pada anak lima tahun itu. Semasa Freen setuju nak pakai kostum Supergirl, dia ingat semua ibu bapa atau penjaga lain pun akan datang dengan kostum masing-masing.
"Oopsie." Mata Isabelle membulat, tangan cepat-cepat tutup mulut, kerana sedar yang dia sudah kantoi menipu sikit.
"Ha, sekarang cuba explain sikit, cik adik." Freen terus menoleh badan, pandang Isabelle dengan muka serius. Isabelle cepat-cepat buat muka comel, muncung sikit, mata kelip-kelip harap boleh lepas. Tapi bila dia nampak gaya Freen tak cair langsung, dia pun tarik nafas dan mengalah.
"Saya minta maaf sebab menipu, Freen," Isabelle bercakap perlahan. Suara pun sudah mula bergetar, bibir bawah terketar-ketar macam nak menangis.
Freen terus keluar dari kereta, terus terlupa yang dia sedang pakai baju Supergirl. Semua mata yang memandangnya pun dia sudah tak perasan. Dia membuka pintu belakang, memegang pipi Isabelle dengan lembut. "Jangan nangis, sayang," pujuknya perlahan.
"Saya tak nangis," Isabelle cepat-cepat lap mata yang keluar tanpa dia sedar. Freen mencium kepala Isabelle sambil membukakan seatbelt. Selepas itu dia undur sikit dan tunggu penjelasan.
"Saya tak marah pun. Saya cuma nak tahu kenapa. Sebab awak bukan jenis suka tipu, kan?" Freen sambung dengan nada lembut.
"Saya cuma nak semua classmate saya percaya yang awak ni memang Supergirl. Mereka tak nampak betapa hebat, pantas, dan kuatnya awak. Saya rasa kalau awak pakai kostum tu, senang sikit bagi kawan-kawan lain nampak awak memang hero sebenar." Isabelle cuba menjelaskan sebaik mungkin, ikut apa yang difahami oleh otak kecilnya yang baru berusia 5 tahun. Dia memeluk leher Freen sambil bisikkan lagi permohonan maaf dekat telinga Freen.
"Aww, Isabelle." Freen membalas perlahan, sedar betapa dalamnya Isabelle dalam khayalan superheronya itu. Walaupun Freen nak sangat jelaskan yang dia bukan hero sebenar, dia tahu dia tak boleh beritahu Isabelle sekarang. Dengan tenang, dia usap belakang Isabelle tanda dia faham dan terima permohonan maaf tu. Biarlah Isabelle tahu bila dia dah besar nanti yang dia tak ada superpower pun.
"I won't lie ever again, I promise." Isabelle senyum kecil, sambil betulkan rambutnya yang terjatuh ke telinga.
"Good girl. It's always best to tell the truth." Freen senyum lebar.
Mata Isabelle terbeliak. "Awak tak nak masuk ke?" Dia nampak Freen macam ragu-ragu, dan dia sedar dia sudah buat silap dengan berbohong. Sekarang dia risau kalau Freen cakap 'tak nak' dan terus pulang. "Please come. Cikgu kata boleh. Dia pun teruja nak jumpa awak." Isabelle menambah, harap-harap dapat pujuk Freen.
Freen pura-pura berfikir sekejap, sambil mengetuk jari pada dagunya macam tengah fikirkan pilihan kata. "Mhmm, jap nak fikir. Nak setuju ke tak eh, Let me ask my little friend." Kata Freen dengan nada menyakat. Dia menoleh ke belakang seolah-olah mencari kawan imaginarinya, yang membuat Isabelle tergelak. "Eh, mana dia? Tak ada pun. Kat mana dia menyorok ni?" Freen berbisik, membuat Isabelle ketawa lebih kuat. Senyuman Isabelle buat hati Freen rasa penuh.
YOU ARE READING
FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)
FanfictionFreen, seorang gadis gelendangan yang tiada arah tujuan, suatu hari telah menyelamatkan seorang gadis dari serangan dari lelaki, bermula pada hari itu, kehidupan mulai berubah. Untuk mengetahui kisah lanjut..jomlah baca DELULU i ni..hehehe~~~
Part 48
Start from the beginning
