Part 8

581 46 1
                                        

Freen leka menikmati sarapan paginya yang lazat dan tiba-tiba dia perasan Irin dan kira-kira 4 orang lelaki menghampirinya. Dengan pantas, dia menutup bekas makanan dan bangkit berdiri sambil menyingsing lengan bajunya. Dadanya berombak dan penumbuk digenggam bersedia untuk melawan. Apabila dia melihat riak senyuman di wajah Irin, dia tahu Irin sedang merancang sesuatu yang tidak baik.

"Kau nak apa lagi ni?." Dia menggumam dalam nafasnya, berdiri berjaga-jaga untuk melindungi dirinya.

"Balas dendam." Irin tersengih jahat, menyingsing lengan bajunya.

"Kau tak akan berani." Freen memberi amaran dengan mata yang bengis.

"Oh! Really?." Irin tersenyum sinis, dia mula mendekati Freen dengan lebih dekat. Irin bukanlah seorang yang jenis cepat mengalah apabila bergaduh jika orang itu tidak menghormatinya, dia akan menunjukkan kepada mereka siapa bos. Kesakitan yang berdenyut-denyut di rahangnya menyukarkan dia untuk melupakan bahawa Freen telah menumbuk di tempat awam yang memalukannya di hadapan orang yang tidak dikenali. Dia adalah Irin Urassaya Malaiwong dan tiada siapa berani membuat masalah dengannya.

Lelaki di belakangnya mengikuti setiap pergerakannya, berjaga-jaga menjaga jarak menunggu arahan selanjutnya daripada wanita yang telah mengupah setiap orang daripada mereka sebanyak 5000 Bath untuk melakukan seperti yang disuruh. Hidup di jalanan tanpa sebarang pekerjaan, mereka tahu mereka tidak boleh menolak tawaran itu. Apabila ada seseorang menawarkan mereka wang tunai seperti itu,adalah sia-sia kalau mereka menolaknya walaupun mereka tahu sebelum ini mereka tak pernah menang apabila bertumbuk dengan Freen. Tetapi kerana terdesak inginkan wang itu, mereka sanggup melakukkan apa saja demi mendapatkan hidangan yang enak dan membeli beberapa keperluan tambahan.

""Alright then, bring it on. Who's first?" Freen bangun berdiri, mencabar mereka untuk menyerangnya. Freen dapat tahu dari riak wajah mereka bahawa mereka takut kepadanya dan terus dia tahu bahawa Irin pasti telah mengupah mereka untuk mereka berani menyerangnya. Dengan senyuman yang mencabar di wajahnya, dia memandang setiap lelaki itu satu persatu yang sudah merancang serangannya. Freen tahu tulang rusuknya belum sembuh sepenuhnya jadi dia perlu memastikan apabila mereka menyerang,, dia perlu mengelakkan bahagian rusuknya disentuh bagi mengelakkan kecederaan semakin serius.

"Pergilah bodoh apa tunggu lagi. Bunuh si pelik itu!" Irin geram.

Salah seorang lelaki upahan Irin itu melancarkan dirinya ke arah Freen, penumbuk dihayun. Dia menghayunkan tumbukan tetapi Freen berjaya menghalangnya dengan lengan kirinya dan Freen berjaya menendangnya menyebabkan dia jatuh ke tanah. Dengan pantas, Freen sekali lagi bersedia menunggu serangan dari 3 lelaki upahannya yang lain itu.

Sebelum dia sedar apa yang sedang berlaku, dia terdengar jeritan yang nyaring. Dia menoleh dan melihat 3 lelaki itu sedang cuba menarik jam tangan bertali kulit hitam bertatah emas Versace Irin dari pergelangan tangannya bersama-sama dengan anting-anting berlian yang elegan dari telinganya. "Hoi!" Dia menjerit sambil berlari untuk membantu Irin. Dia mungkin dia tidak sependapat dengan Irin tetapi dia tidak akan hanya berdiri di situ dan membiarkan mereka mencuri daripada seorang wanita yang lemah dan tidak berdaya itu.. Lagipun, dia adalah tunang Becky dia tahu pasti ada kebaikan dalam diri wanita ini jika seseorang yang sebaik Becky itu mahu berkahwin dengannya.

Mendengar suara Freen, para lelaki itu berhenti serta-merta. Mereka dengan cepat merampas jam tangan dari pergelangan tangan Irin dan berjaya mencuri salah satu anting-anting berlian sebelum berlari meninggalkan Irin yang menangis teresak-esak di atas tanah.

"Selamat tinggal, bodoh!" lelaki-lelaki itu ketawa. Itu adalah rancangan mereka dari awal untuk merompak Irin yang cukup bodoh untuk mempercayai mereka.

Tindakan Irin didorong oleh kemarahannya terhadap Freen sehingga dia tidak menyiasat jenis orang yang dia minta pertolongan. Sekarang, dia menangis seperti orang bodoh tanpa sesiapa untuk disalahkan kecuali dirinya sendiri.

FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)Where stories live. Discover now