Part 48

610 27 1
                                        

Musim Halloween akhirnya tiba juga. Seperti biasa, rumah agam keluarga Armstrong dihias habis-habisan. Ada batu nisan tangan hantu, rangka manusia, sarang labah-labah, labu bercahaya—semuanya ada disekeliling rumah itu. Musik-musik seram pun dipasang sepanjang malam, membuat semua orang makin teruja nak sambut Halloween.

Tapi bukan mereka sahaja yang teruja. Jiran-jiran pun tak kurang semangatnya. Macam ada pertandingan tak rasmi pula rumah siapa paling gempak. Tapi masing-masing masih rasional, yang paling penting adalah anak-anak. Melihat muka mereka senyum lebar sambil pakai kostum dengan mangkuk labu untuk kutip gula-gula... itu sudah cukup untuk buat semua orang rasa berbaloi habiskan duit untuk sambut Halloween ini.

Keluarga Armstrong pun ada sorang anak kecil yang sangat teruja. Isabelle namanya. Dialah yang paling tak sabar untuk mulakan hari Halloween. Dengan lagaknya yang suka mengarah itu, dia berjaya memujuk Grampy Richie untuk membeli banyak gula-gula dan coklat untuk semua budak-budak yang datang nanti.

Pagi Halloween itu, Isabelle sudah terjaga sangat awal, paling awal didalam rumah itu. Dia nak ke sekolah dengan cepat kerana sekolahnya membenarkan semua murid pakai kostum. Siapa paling kreatif, paling comel, akan menang banyak gula-gula. Sebab itu lah Freen menjadi mangsa, kena heret keluar rumah oleh anak kecil ini.

"Freen cepat laa," kata Isabelle sambil muncung comel, tak puas hati.

Freen tergelak kecil melihat muka si kecil itu. Sisi garang Isabelle itu memang buat dia teringat pada Becky. Tapi bila tengok si kecil tu masih berkerut dahi, Freen terus berhenti gelak.

"Sorry, tuan puteri," dia senyum sambil dukung Isabelle dan letak si kecil tu atas pinggulnya. "Dah ready nak gerak?"

"Yess!" Isabelle bersorak dengan senyuman lebar, terus cium pipi Freen.

"Have a good day at school, my babies." Becky tersenyum nakal, sempat curi-curi mencium bibir Freen sebelum mencium pipi Isabelle.

"We will mommy! Freen ni superhero paling cool tau, dan saya pun!" Isabelle jawab dengan senyuman sampai ke telinga.

"Mestilah, sayang. Tolong jaga Freen baik-baik okay, dan mama yakin awak akan jadi pembantu kecil yang hebat." Becky memujinya sambil menahan ketawa. Dia masih tak percaya Freen sanggup pergi sekolah Isabelle pakai kostum Supergirl, sedondon dengan Isabelle. Kedua-duanya itu kelihatan sangat comel bersama, namun masih sukar untuk membayangkan si Freen yang garang dan bertubuh besar itu memakai kostum superhero. Seluruh keluarga mengusik Freen tentang kostum tersebut, sambil sempat merakam banyak gambar memalukan si gadis itu.

Becky tahu anaknya memang pandai memujuk, sama sepertinya juga. Muka muncung Isabelle itu memang senjata ampuh, semua orang akan cair. Freen pun selalu kalah apabila Isabelle buat muka comel tu.

"Kau nampak hotlah hari ni, hero," Becky sempat mengenyit mata sambil menatap Freen dan Isabelle berjalan menuju ke Range Rover. Apabila kedua-dua merka sudah makin jauh, Becky terus tergelak sakan, siap join Richard dan Amata yang dari tadi menahan ketawa. Walaupun Freen bukan hero betul-betul macam Supergirl, Becky tetap rasa bersyukur sebab Freen sanggup melayan dunia fantasi anak mereka. Dia cuma mampu doakan semoga Freen kuat semangat, maklumlah, murid berusia 5 dan 6 tahun satu kelas bukan senang nak handle.

Freen geleng kepala sambil senyum. Dia amat menyayangi pada anak-anak kecil, dia sanggup buat apa saja untuk mereka. Selepas berjanji dengan Isabelle yang dia akan datang sekolah dan tunjuk pada kawan-kawannya yang dia ini betul-betul 'superhero', Freen tahu dia kena tepati janji tu.

Melihat betapa terujanya Isabelle membuatkan Freen rasa berbaloi untuk memakai sut latex ketat itu. Bicepsnya nampak mantap, dan nasib baiklah tak nampak macam ada benda pelik dicelah kangkangnya itu.

FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)Where stories live. Discover now