Part 7

737 45 0
                                        

Irin ingin menumbuk muka Freen sekali lagi namun dia membatalkan niatnya apabila dia melihat dari ekor matanya yang Richard dan Becky sedang menghampiri mereka. Raut wajah Richard yang kekecewaan sedikit pun tidak menggoyahkannya berbanding dengan riak wajah tunangnya yang dia perlu risau. Serta-merta, Irin berbaring di atas tanah berpura-pura dia tercedera, dia mengaduh apabila dia menyentuh rahangnya di mana Freen telah menumbuknya.

"Kau ni menyedihkan la." Freen menggelengkan kepalanya dan kemudian ingin berlalu pergi. Sebaik sahaja dia menoleh, dia disambut oleh renungan Becky.

"Oh fuck." Freen mendengus dalam nafasnya. Dia mungkin masih baru mengenali Becky tetapi dia boleh tahu yang Becky tidak berpuas hati dengannya. Dia menganggap Becky hanya melihat situasi itu separuh jalan kerana adegan di hadapannya dan cara Irin berlakon membuatkan Freen kelihatan bersalah.

"Don't!" Becky meletakkan jarinya di bibir Freen, mimik muka Becky tidak boleh dibaca. Becky tahu tindak balas segera Freen adalah untuk meminta maaf tetapi Becky tidak akan membiarkan dirinya mendengar terlalu banyak permintaan maaf yang datang dari Freen.

Irin masih terduduk di atas tanah dan menyaksikan dengan teruja. Becky yang marah sentiasa seksi dimata Irin apabila ia tidak ditujukan kepada dirinya sendiri. Dia telah melihat Becky mengamuk beberapa kali semasa sesi penggambaran apabila seorang pengarah kreatif mengarahkan Becky terlalu banyak kali mengikut kehendaknya. Dengan senyuman sinis di wajahnya, menunggu tunangnya melepaskan geram. Senyumannya tiba-tiba hilang di wajahnya apabila melihat Becky memeluk Freen.

"What the fuck Becky! Are you serious?!" Dia menjerit bingkas bangun.

"Oh..dah tak sakit ya?." Richard menegur sinis sambil tergelak kecil dan menggelengkan kepala.

Irin tidak mengendahkan Richard dan meluru ke arah tunangnya.

What do you think you're doing Becky? Dia menumbuk muka aku. Aku tak buat apa-apa pun pada dia. Dan di sini Kau sedang memeluk si pelik itu." Dia mengerutkan dahi menyilangkan tangan ke dada.

"Aku rasa lebih baik Kau tutup mulut Kau." Tegur Becky menoleh menghadap tunangnya yang kesal. Dia telah melihat segala-galanya, tambahan lagi sudah jelas tunangnya memusuhi Freen. Dengan gelengan kepala dia berpaling dari Irin, kecewa dengan kelakuannya.

Richard hanya tersenyum sini. Dia benar-benar menyukai cara Becky menghukum Irin selayaknya. Perkahwinan mereka semakin hampir dan Richard hanya berharap agar anak perempuannya akan melihat sisi sebenar Irin sebelum terlambat.

"Papa setuju dengan kamu Becky. Irin, Apa yang kamu fikir semasa kamu mencampakan duit tu? Kamu perlu minta maaf dengan Freen sekarang." Dia berkata sambil memandang Irin dengan riak wajah yang kecewa.

"Saya tidak tak kan meminta maaf dari sesiapa. Saya cuma berbuat baik tetapi dia menumbuk saya. Dia ni gila. Saya tak nak si pelik ni berada di dekat saya." balas Irin dengan marah. Dia menghampiri Becky selangkah dan hendak melingkarkan lengannya di bahu Becky untuk menyeretnya menjauhi Freen tetapi Becky menjauhkan diri dari sentuhannya.

"Are you kidding me." Dia mendengus. "Kau memang sengaja cari pasal lah Becky. huh.. Call me when you're done with whatever this is." Tambahnya dengan marah sambil menunjuk ke arah Becky dan Freen yang berdiri bersebelahan sebelum berlalu pergi tanpa berfikir panjang.

Irin berjalan melepasi kereta, dia sengaja berjalan kaki pulang ke rumah kerana dia perlu membersihkan fikirannya. Dia melangkah dengan perlahan dengan harapan Becky akan memanggilnya, untuk menghentikannya tetapi malangnya tiada. Dia sangat geram dengan tunangnya. Dia tidak percaya Becky berpihak pada Freen. "Kau tengoklah nanti." Dia menggumam dalam hatinya, kemarahannya ditujukan kepada Freen. Dia sudah merancang untuk membalas balik dan untuk menunjukkan kepada Freen supaya jangan sesekali mengganggu hak Irin Aurasayya Malaiwong.

FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)Where stories live. Discover now