#7 QAIZM • Live (2)

Start from the beginning
                                        

Mereka diam sejenak menunggu respon si penulis komen.

"Single ke? Yes, as I said earlier hanya Bio sorang je yang ada partner haram." Qas menjongket bahu. Tak apa, Bio tak dengar.

"Oh, single. So available la ni kannn?" Komen balasan dibaca. Qas senyum kecil sambil ibu jari menunding Adma. "Oh, yang tu biar owner sendiri yang jawab."

"Saya single, tapi maaf, I am not available." Adma meletakkan tangan ke dada lalu kepala ditunduk sedikit.

Bio yang sedar jawapan Adma akan buat fans lari, nak menolak bahu Adma tapi sekali lagi tangan dia tak sampai. Tubuh Zik di depan Bio menghalang Bio untuk menganjak ke depan. Qas yang sedar akan hal itu lalu berdiri dari kerusi. Dia mengisyaratkan pada Zik untuk 'diamkan' Bio.

Zik mengangguk.

"Abang Adma, tolong ganti tempat aku baca komen jap. Aku ada hal nak setel."

Mendengar kata-kata Qas, tahulah Zikry itu isyarat buatnya. Dia mendepakan tangan menghalang kamera daripada menjadi saksi apa yang mereka akan buat selepas ni. Qas menghampiri Zik dan Bio. Kolar baju Bio digenggam lalu diheret (lembut) keluar daripada kamera.

"Oi oi oi! Lepas!" Bio yang pendek sedaya-upaya menepis tangan Qas di kolarnya tapi tak sampai. "Nak bawak aku ke mana ha?"

Qas tak menjawab. Zikry pula diam, hanya memerhati Qas dan Bio yang beransur-ansur berjalan ke hujung garaj.

"Ok, dah setel." Zikry menepuk tangan dengan penuh bangga macam dah dapat straight A's dalam SPM. Apakah yang Qas akan buat selepas ini? Zik pun tak tahu. Yang penting Bio tak lagi ganggu live session.

Adma tak perasan yang ada sketsa berlaku di belakang tadi. Dia terleka membaca komen.

"Ada crush ke?" Soalan ketiga daripada gadis yang sama. Adma terdiam.

Zikry menyertai Adma, dia duduk di kerusi sebelah Adma.

Jeda lima belas saat Adma memikir jawapan. Jawapan yang sopan dan tidak menyakitkan hati sesiapa. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa, memohon pertolongan Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah aku ilham jawapan apa yang patut aku berikan," bisik Adma. Dia seorang saja dengar.

Tapi Zikry di sebelah tahu Adma tengah berdoa. Dia kenal sahabatnya itu.

Setelah berfikir lagi untuk lima saat, Adma sudah mendapat ilham. Dia menghadapkan pandangannya ke kamera.

"Alhamdulillah, terima kasih, Allah," bisiknya lagi.

"Bismillah, buat masa sekarang saya nak fokus pada diri sendiri dulu. Ada banyak perkara saya kena kejar. Jadi saya tak ambil pusing sangat tentang hal yang saudari sebutkan tadi. Saya harap jawapan saya menjawab soalan saudari."

"Yohhh." Bukan viewers saja, Qas sekali terkedu mendengar. "Sebelah saya ni bakal imam seseorang, jadi you guys cannot mess up with him."

"Oi!" Malu Adma kena panggil macam tu.

"HAHAHA." Qas buat-buat tak nampak cerlungan tajam Adma. Dia baca komen seterusnya pula. "Macam mana abang-abang semua ni pandai-pandai? Dahlah kacak belaka, pandai lagi tu."

"Amboi. Puji lebih-lebih ni nak apa-apa ke?" Qas gelak. "Diorang la pandai, saya tak. Saya pandai ngorat orang je. Termasuk awak yang tengah tengok live ni." Qas kenyit mata sambil tangan kiri buat mini love.

Adma rasa mual melihat Qas. Dahinya berkerut-kerut dengan tangan mengusap perut. Rasa macam ada sesuatu nak terkeluar.

"Tak ada la, biasa-biasa je kami ni." Zikry tersenyum sehingga sepet matanya sambil mengusap belakang kepala.

Komen dibaca lagi.

"Abang Adma pakai celak ke? Bulu mata dia nampak tebal."

Adma menggeleng. Terkelip-kelip matanya. "Ni memang mata sebenar saya."

"Mana Bio tadi? Dah meninggal ke?"

"Oh, taklah. Ada je dia tengah duduk sopan kat sana. Jadi budak baik." Zikry menunjuk arah belakang bilik. Kelihatan samar-samar je dalam kamera sebab keadaan dalam ruang itu sedikit gelap.

Bio tengah berbaring sambil kedua tangan diikat ke belakang. Mulutnya pula diikat dengan tuala kecil. Meronta-ronta lelaki tu minta dilepaskan tapi tak ada siapa yang peduli. Tu la siapa suruh emo sangat. Kan dah kena.

Qas baru perasan susuk tubuh Bio yang diikat itu hampir nampak dalam kamera. Terus dia mengalihkan phone Zikry menghadap wajahnya sendiri.

"Oklah, kami nak sambung buat homework balik."

Adma senyum kecil. Berbangga dengan Qas yang mula utamakan pelajaran. Nampaknya Qas dah mula berubah. Dari yang dulu suka main-main dalam pelajaran, sekarang Qas dah mula ambil serius.

Itu yang difikir Adma. Tapi sebenarnya...

"Sampai sini dulu live kita. Babai, assalamualaikum! Sayangi diri anda, sayangi orang sekeliling dan yang paling penting, sayangi saya! Saranghaeyoooo!"

Lelaki bermata sepet itu merapatkan kedua belah tangan lalu mengangkat tinggi di kepala membuat bentuk love.

Tuk! Tiba-tiba telefon Zik jatuh ke belakang. Kamera lalu merakam siling garaj.

"What's on Earth is happening? Whose sandal is that?" Zik terlompat ke tepi kerana terlalu terkejut.

Qas mengecilkan mata. Macam ku kenal selipar ni.

Di sebelah phone itu ada selipar Kim. Automatik berkerut dahi Qas, Adma dan Zik.

"Dari mana datang selipar ni?" Adma mengutip selipar tu lalu memandang belakang, arah yang dipercayai selipar itu datang.

Terlihat Kim tengah berdiri sambil mata bundarnya menyepet. Bibirnya lebar mengukir senyuman.

"Let's play tag. I'll be the It." Kim mematahkan sendi tengkuk dan sendi tangan. "I wanna do some warm up before studying."

"Ah dah mula dah dia." Adma menggeleng.

"Nurse dia dah bangun." Zikry mengambil phonenya yang terjatuh tadi.

Oh, live belum end rupanya. Zik melambai kamera. Senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di sebelah kanan terukir di wajah.

"Sorry for the inconvenience just now. Bai, korang. Nanti ada rezeki jumpa lagi!"

Butang end live ditekan. Zikry memandang Kim yang tengah senyum sorang-sorang. Sebab tu diaorang suka buat live bila Kim tak ada atau tengah tidur. Kalau Kim ikut sekali buat live, maka akan berlakunya malapetaka di dalam live itu.

They never know what is his next move.

Sebab Kim, genius yet stupid and insane.

Semua benda yang dia buat ikut kepala dia dan gila-gila. Susah nak expect dia nak buat apa.

"Jom main!"

"Tak nak la, Kim. Nak sambung buat homework." Adma terawal membidas.

Kim ambil sebelah lagi selipar lalu membaling ke Adma. Tepat kena batang hidung Adma!

"Let's the game begins! HAHAHAHA."

"Kim........" Wajah Adma mendung dan gelap. "SINI KAUU!!"

Tak cukup Adma, Kim membaling selipar pada Zikry dan Qasturi juga. Selipar Zikry dibaling pada Zik, selipar Qasturi dibaling pada Qas!

Maka terjadilah adegan kejar-mengejar seindah bunga di jamban. Bio pula dah tertidur di tempat dia kena ikat. Kesian. Tuan rumah diikat, tetamu pula lari-lari. Memang definisi 'buat rumah macam rumah sendiri'.

Komplikentut QAIZMWhere stories live. Discover now