Keningnya terangkat dapat pesanan bahawa Ridhwan ingin berjumpa dengannya.

"Dia nak bincang pasal kejadian culik haritu ke?" Desisnya.

Belum sempat dia berfikir, lelaki itu sudah berada di hadapannya. Mata mereka bertembung. Ridhwan tersenyum.

"Makan ikan bakar tak ajak aku." Kata Ridhwan.

"Kenapa aku perlu ajak kau pula? Kau bukan suami aku."

"Soon, sweetheart." Tersembur airnya apabila Ridhwan jawab secara spontan.

Dia bukan tidak mahu menikah tapi dia takut jika salah pilih pasangan. Perkahwinan hanya seumur hidup dan dia tidak mahu menjadi seperti ibunya.

"Ridhwan, aku-"

"Sampai bila kau tak nak ada pasangan hidup?" Soalnya.

"Aku takut salah pilih pasangan macam umi. Aku takut juga aku dapat yang sama macam arwah ayah." Lirih Aleysa.

"Arwah ayah memang seorang ayah yang baik namun dia gagal sebagai seorang suami." Sambungnya lagi.

"Trauma yang kau ada berjaya buat kau tutup hati kau untuk lelaki. Dengar sini, Aleysa Mawaddah." Ridhwan menarik nafas sebelum menghela nafas dengan lembut.

"Tidak semua lelaki seperti uncle Rizal. Ada juga macam Tengku Hafeez. Ayah tiri kau. Mungkin ada lelaki yang sedang tunggu kau untuk buka hati." Aleysa tertanya.

"Siapa lelaki tu?"

"Aku sendiri pun tak boleh agak siapa. Kalau kau cuba buka hati, kau boleh nampak,"

Dia tidak mahu terburu-buru untuk menjelaskan niatnya. Aleysa sudah banyak menderita selepas ketiadaan arwah ayah di sisi.

"Aleysa..."

Mata wanita itu teralih ke arahnya sebelum dia keluarkan sebuah kotak kecil sebelum diberikan.

Gelang tangan berbentuk bintang.

"Kenapa kau beri aku ni?" Tanya Aleysa.

"Kahwin dengan aku."

Riak wajah Aleysa berubah setelah apa yang dia dengarkan sebentar tadi. Betul ke apa yang Ridhwan maksudkan?

"Kau ingat kahwin ni main-main, Ridhwan?!" Nadanya naik seoktaf.

"Aku serius, Aleysa."

"Aku nak jadikan kau bidadari aku. Wanita yang patut aku lindungi." Aleysa ketawa sinis.

"I don't need a man."

"Yeah I know but you're the woman I need." Ujar Ridhwan.

"Aku tak nak kahwin dengan lelaki tua."

"Lelaki tua ni bukan sebarang tua. Kau belum tahu lagi, fiorella." Aleysa cuba menahan amarahnya namun tidak mampu.

"Pergi mam-"

"Jangan mencarut, sayang."

Dia bergegas meninggalkan restoran tersebut sebelum masuk ke dalam perut kereta diikuti dengan lelaki itu.

"Aku tak habis cakap lagi, Aleysa." Tegas Ridhwan.

"Aku tak nak kahwin dengan kau. Tidak faham bahasa ke? Kau akan menyesal, Ridhwan!"

"Beritahu aku apa sebabnya. Jangan sembunyikan dalam hati kau."

Kisah silam diri berjaya menghalang Aleysa untuk terus rasa bahagia. Dia takut sekiranya Ridhwan tidak mampu terima jika dia beritahu hal sebenar. Tidak semua mampu menerima kisah silam seseorang. Ada kalanya mereka jadikan sebagai bahan gurauan.

Jam menunjukkan 8 malam setelah dia bertemu dengan Ridhwan. Tanpa sedar, Tengku Hafeez berada berdekatan sebelum dia berdehem sedikit.

"Ada masalah ke? Baba tengok kamu termenung dari tadi." Aleysa tersenyum nipis.

"Ridhwan tu baik ke?"

"Kalau pendapat baba, he's literally a good man. Seorang yang bertanggungjawab and tegas. Lagipun, dia seorang yang pandai. Beruntung arwah isterinya."

"Baba tahu dia dah kahwin?" Tengku Hafeez mengangguk perlahan.

"Hanya keluarga dia dan keluarga baba termasuk arwah mama Mawar sahaja tahu. Kenapa kamu tanya pasal dia pula ni?" Soalnya.

"Ridhwan ajak Aleysa kahwin."

"Jadi kamu setuju?"

"Aleysa buntu sebab Aleysa sembunyikan sesuatu dari dia, baba. Macam mana dia tak boleh terima?"

"Aleysa..."

"Dalam hubungan nak menuju ke rumah tangga ni kamu kena berterus-terang dengan Ridhwan. Jangan sembunyikan apa pun. Pada mulanya, mungkin dia tak terima mana tahu itu bukan sebab dia bencikan Aleysa." Terang Tengku Hafeez.

"Fikir masak-masak dulu. Lagipun baba dengan Tuan Rezza tu memang dah rancang nak satu kau kamu dengan Ridhwan." Katanya sebelum meninggalkan Aleysa seorang diri.

Ramai selalu berkata, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.

Mungkin tidak untuk Aleysa Mawaddah dan Ashfi Ridhwan.

Kerana mereka ditakdirkan bersama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Error Code: Ashfi Ridhwan Where stories live. Discover now