BAB 21

43 3 0
                                        



Semenjak dari kejadian hari itu, Aleysa semakin mendiamkan diri. Lynara dan Raudhah termasuk Hazira perasan hal itu namun disebaliknya, Aleysa cuba menyembunyikan suatu rahsia.

"Aleysa, kau okay ke?" Soal Raudhah. Aleysa mengangguk tersenyum.

"Aku okay biasalah serabut dengan kerja sikit," Balasnya

"Kau ada simpan rahsia dari kami?" Lynara tahu kawannya tahu sesuatu.

"Kau nak tuduh aku?" nada suara Aleysa berubah.

"Aku cuma nak pastikan kau tidak simpan seorang diri. Kita dah macam satu keluarga, Aleysa. Sakit kau kami bertiga rasa sekali." tegas Lynara.

"Sekarang ni kenapa kau rasa kau dituduh? Kau tahu sesuatu ke dari kejadian culik haritu?" Aleysa terasa cabar dengan soalannya.

"Kau tidak perlu tahu. Kalau aku tahu sekalipun aku cuba lindungi kita semua. Kau lagi tahu aku macam mana, Lynara." Jawab Aleysa dingin.

Seusai perdebatan antara mereka berdua, Hazira mencelah.

"Jangan bergaduh macam ni. Kita dah macam keluarga." Aleysa terus meninggalkan mereka keluar tenangkan diri.

Angkara Black Dragon, hubungan persahabatan mereka semakin renggang. Hazira tidak sangka Lynara dan Aleysa bertekak mulut. Jika benar apa yang dikatakan Lynara, adakah Aleysa juga terlibat?

Helaian demi helaian kertas dibelek untuk melihat isi kandungan. ACP Zahid menghela nafas sebelum melirik ke arah Ridhwan. Dia tahu lelaki ini bukan manusia biasa yang boleh dicari nahas.

Kalau dia mahukan sesuatu, pasti dia akan dapat.

"Kamu tahu cara ni bahaya, Ridhwan." Ujar ACP Zahid.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Tuan tak perlu risau." Balas Ridhwan.

"Walaupun kamu tahu kamu akan digantung dari misi?" Ridhwan mengangguk.

Dia sendiri tahu kesan yang berlaku jika dia mengambil tindakan untuk tumpaskan Black Dragon. Jika tidak, makin ramai nyawa yang terkorban. Setelah beberapa jam, semua ahli pasukan meninggalkan ruangan kecuali Ridhwan dan Danny masih fikirkan cara untuk tumpaskan De Marco.

Mereka selidik dari awal bahawa De Marco bukanlah ketua sebenar bagi kumpulan Black Dragon. Ada 'pihak' lain cuba mengaburi mereka.

"Kau boleh agak siapa 'pihak' yang kau cuba cari?" Soal Danny.

"Aku sendiri keliru. Mungkin 'dia' berada di kalangan kita." Ridhwan fikir sesuatu. Bermakna Aleysa dan Hazira dalam bahaya.

"Bagaimana pula dengan Ombra Rossa? Kau dapat detect siapa ketua mereka?" Danny menggelengkan kepala.

"Latar belakang disembunyikan. Apa yang informer aku beritahu Ombra Rossa asal dari Itali. Tapi kenapa mereka ada kat Malaysia?" Ridhwan gelisah. Mungkin ada kena mengena dengan Crypton-X.

Dia harus lakukan sesuatu.

Terutamanya... Aleysa Mawaddah.

IPhone 14 pro diatas meja diambil sebelum dia menghantar pesanan ke Aleysa.

Kau kat mana? Aku nak jumpa sekarang. – Ridhwan

Ting!

Aku dekat Restoran Pak Fish Wat. Aku tengah makan ikan bakar. – Aleysa 

Senyuman melebar apabila wanita itu berdekatan dengannya.

Cun. Nanti aku datang. Jangan tinggalkan tempat tu. – Ridhwan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Error Code: Ashfi Ridhwan Where stories live. Discover now