“Bos”
Steven melihat anak buahnya memberikan sebuah fail berkaitan tentang Crypton-X. Setelah bertahun lamanya dia mencari cip tersebut, akhirnya dia dapat jejak semula.
“Seperti bos minta, pemilik asal cip tersebut telah lama meninggal dunia sekitar 4 tahun yang lalu.”
“Jadi cip tersebut dekat mana?” soal Steven.
“Pemilik sekarang namanya Hazira. Dia yang jumpa cip tersebut.”
“Hazira…” nama gadis itu seolah-olah dia mengenalinya.
“Saya dapat maklumat juga bahawa dia kawan baik Ashfi Ridhwan dan dia ada seorang adik angkat, Aleysa Mawaddah.”
Steven tersenyum sinis. Maklumat yang bagus. Mudah kerjanya untuk melakukan sesuatu ditambah pula musuhnya tidak lama dia bersua.
“Ashfi Ridhwan. Sudah lama aku tak dengar khabar,” sinisnya.
“Kau dalam company Aleysa tu kan? Apa company dia?”
“AEZ Fashion & Company.”
“Aku nak kau pantau keadaan dia dalam masa yang sama kau cari maklumat di mana keberadaan Hazira. Aku nak cip tu semula. Sepatutnya jadi hak milik aku tetapi entah bagaimana Rizal boleh ambil dari aku,” tangannya dikepalkan menahan amarah.
Crypton-X yang diciptakan oleh Rizal Mokhtar pemilik sebenar cip sebelum lelaki itu meninggal dunia. Ramai yang mencari cip tersebut kerana dikatakan mempunyai rahsia besar semua ahli korporat termasuk ahli politik yang bekerja dengannya.
Steven tahu dalam harga cip tersebut boleh cecah sehingga RM 4.2 juta. Itu yang dia mahukan.
Dalam masa yang sama, dia dapat menguasai dunia apabila cip jatuh ke tangannya.
“Zafriyan”
“Siapa anak Rizal Mokhtar?”
“Setahu saya, Aleysa Mawaddah anak kandung Rizal.”
“Wow, so much information I got today. Aleysa Mawaddah mesti cantik orangnya,”
“Bos nak saya ambil tindakan ke?”
“Tidak perlu. Aku akan turun padang dengan sendiri. Setakat ni buat apa aku suruh.” Zafriyan mengangguk perlahan sebelum dia minta diri keluar dari ruangan bosnya.
“Aleysa Mawaddah…”
“Aku dah dekat dengan anak kau, Rizal. Aku akan pastikan dia hancur macam mana aku hancurkan kau dahulu.” Ketawanya bergema di setiap ruangan.
“A pretty little devil.”
Dia akan pastikan gadis itu mati selepas dia dapat apa yang dia mahukan.
Ada sosok yang memerhati tanpa Steven sedari. Dia harus mengetahui apa rancangan ketua Black Dragon itu.
Dia harus melaporkan pada bosnya. Nombor didail sebelum dengar bunyi suara serak.
“Tuan”
“Kenapa Afnan?”
“Saya dapat maklumat tentang Steven.” Lelaki itu terus terbangun dari kerusinya.
“Teruskan, aku nak dengar.”
Afnan ceritakan dari awal sampai mula perbualan Steven dan Zafriyan sebentar tadi.
“Jadi dia target mereka berdua?”
“Ya, tuan. Saya takut nyawa Cik Hazira dan Cik Aleysa dalam bahaya,”
Silap besar Steven cari pasal dengannya. Nampaknya Steven sedang mencabar dirinya untuk keluarkan sisi kejam. Tengku Hafeez tahu bahawa Hazira merupakan kakak angkat Aleysa jadi mereka boleh berkait rapat.
YOU ARE READING
Error Code: Ashfi Ridhwan
ActionSTAND ALONE SERIES 1 Tuan Dovico's Obsession new version Kenangan lama sudah terpadam kembali semula kerana mereka disatukan kembali namun versi yang berbeza. Dahulu Aleysa Mawaddah seorang gadis muda sekarang bertukar menjadi wanita yang bekerjaya...
