“Kenapa kita tak naik kereta? Dah lah main culik aku je!” marah Hazira. Mana tidaknya bangun dari tidur nampak Ridhwan dan Sara sedang berbincang di dalam private jet.
“Kau nak jumpa Aleysa kan?”
“Bukan cara macam ni. Bagilah aku nak kemas apa yang patut,” Sara tersengih.
“Aku dah kemaskan awal-awal sebab senang. Kita kan nak bagi surprise dekat Aleysa.” Hazira gelengkan kepala.
Bertuah punya kawan. Dah la kemas tidak beritahu.
Ridhwan dari tadi diam tidak bersuara malas nak pergaduhan mereka berdua. Menyesal pula tolong.
“So kita bertiga kan?” tanya Hazira.
“Feroz ada dekat Semenanjung. Dia pergi tolong family aku kemas barang,”
“Eh nanti Aqil ada?” Ridhwan mengangguk.
“Siapa Aqil?”
“Aqil Rizwan tu adik Ridhwan. Ala yang businessman yang famous juga tu.” Jawab Sara.
Mulutnya ternganga. Ridhwan ada adik? Kenapa dia tidak tahu kawannya ada adik?
“Kenapa kau tak beritahu kau ada adik?” Ridhwan tersenyum sinis.
“Perlu ke aku beritahu? Nak mengorat?” satu bantal dibaling tepat ke mukanya.
“Tiada makna aku nak adik kau! Aku tanya je pun.” Hazira melepaskan keluhan kasar terkumat kamit mengutuk lelaki itu.
Setelah mereka mendarat di lapangan terbang Subang, Ridhwan bawa mereka ke rumah penginapan sepanjang berada di Semenanjung.
Kini mereka berada di Putrajaya makan angin sementara menuju ke rumah penginapan. Hazira dan Sara mencari keberadaan syarikat Aleysa.
“Kau berdua cari apa?”
“AEZ Fashion & Company. Aku tidak jumpa lah, Zira.”
“Haritu aku tengok dalam google dekat Putrajaya.” Balas Hazira.
Ridhwan tepuk dahi. Boleh sahaja mereka berdua pergi terus telefon si Aleysa tu. Cari dalam google belum tentu tepat.
Apalah nasib kawan dengan perempuan kan?
Bunyi telefon milik Sara berbunyi tertera nama Aleysa segera dia tekan nombor tersebut membuka pembesar suara.
“Hello kak Sara, kak Zira ada tak? Aleysa call tadi dia tak jawab,” kata Aleysa.
“Sorry adik, telefon kakak habis bateri.” Balas Hazira.
“Oh ya ke? Tidak, kan birthday kakak nak dekat. Aleysa ingat nak bagi hadiah minta alamat rumah kakak boleh?”
Mereka bertiga senyap seketika. Sekarang mereka berada dekat Semenanjung macam mana kalau gadis itu hantar barang ke rumahnya di Sarawak.
“Err…adik”
“Ya?”
“Kakak dan Kak Sara ada dekat Putrajaya sekarang.” Suaranya diperlahan takut adiknya marah. Gadis itu pesan dari awal kalau mahu datang ke Semenanjung beritahu dulu.
“Apa?!”
Ridhwan sudah teka dari awal sebaiknya beritahu dulu kalau nak datang. Ini tidak katanya nak surprise la apa la.
“Kenapa tidak beritahu? Kalau tidak boleh Aleysa pergi ambil.” Hazira tersengih tidak bersalah.
“Sorry adik kami nak buat surprise je.” Aleysa gelengkan kepala.
“Sekarang dekat mana?”
“Kami on the way ke homestay dekat Putrajaya. Ridhwan tolong bawa kami ke sana.”
ANDA SEDANG MEMBACA
Error Code: Ashfi Ridhwan
ActionSTAND ALONE SERIES 1 Tuan Dovico's Obsession new version Kenangan lama sudah terpadam kembali semula kerana mereka disatukan kembali namun versi yang berbeza. Dahulu Aleysa Mawaddah seorang gadis muda sekarang bertukar menjadi wanita yang bekerjaya...
