Di angin yang malam penuh kesejukan, dia termenung. Orang atasannya sudah mula suruh untuk dia pulang ke bumi London.
Dia keliru.
Antara negara ataupun cinta hatinya?
"Kau ni asyik termenung je. Ada masalah?" soal Hazira.
Hazira merupakan kawannya dan ada lagi seorang bernama Sara. Hanya mereka yang mampu bertahan dengan personalitinya yang tegas dan dingin.
Bukan perempuan tidak terpikat dengannya tetapi hati dia hanya pada Aleysa sahaja.
"Zira, aku kena pulang ke London. Sara pun kena ikut aku," Hazira memalsukan senyumannya.
"Jadi kau kena tinggalkan aku?" Ridhwan mengangguk.
"Macam mana dengan Aleysa? Kau tahu kan dia sukakan kau,"
"Minta dia move on dan cari kebahagiaan dia sendiri. Aku tak mampu nak bahagiakan dia, Zira."
"Kau senyap dekat dia hampir 2 bulan pastu kau suruh dia move on? Kau tak rasa kesian ke?"
Ridhwan menghela nafas panjang. Gadis itu masih berusia 18 tahun. Terlalu mudanya yang berusia 27 tahun.
"Cakap dekat dia lepas ni aku tak balik Malaysia. Maybe aku kena teruskan latihan aku dekat sana," balas Ridhwan.
Hazira gumam sahaja kalau dicakap lebih lelaki ni nak A sahaja. Dia tahu pasti Aleysa sedang tertanya tentang keadaan kawan baiknya.
"Kenapa kau tak jujur dari awal?"
"Aku takut dia tak boleh terima kerja aku. Kau tahu kan kerja aku macam mana?"
"Aku tahu tapi-"
"Sudah, Zira. Aku buat ni sebab aku nak jaga kau lagi. Kau tu sasaran Black Dragon," suaranya naik seoktaf.
Ya, Hazira mempunyai rahsia besar tentang Black Dragon. Dia terpaksa melindungi kawannya dan Aleysa kerana mereka berkait rapat.
"Cip tu mereka nak. Aku tak nak Aleysa jadi mangsa keadaan juga itu sebabnya," bibirnya digigit menahan air mata dari keluar. Ridhwan menghela nafas.
Crypton-X sebuah cip yang menyimpan satu maklumat rahsia besar. Tiada siapa yang pun tahu apa yang terkandung di dalamannya.
Malah mereka tidak tahu siapa yang menciptakan cip ini.
Itu yang Black Dragon mahukan.
Cip itu.
"Kau masih ingat siapa yang beri kau cip ini?" Hazira gelengkan kepala.
"Aku tak tahu siapa dia tapi dia minta aku jaga cip ini baik-baik. Jangan jatuh ke tangan orang yang salah," jawabnya.
"Nanti aku suruh team aku cari maklumat cip ni. Mari masuk dah malam ni aku nak balik ke homestay," kata Ridhwan sebelum mereka berdua masuk ke dalam rumah semula.
Bukan dia tidak mahu mengaku dia juga merasakan perasaan yang sama dia takut gadis itu masih belum terima kerjanya ditambah pula umur yang masih muda.
Telefon berdering dibiarkan lama sebelum berhenti sendiri. Buat masa ini dia tidak mahu orang lain kacau fikirannya yang sedang kusut.
Setelah sampai di homestay, dia bertemu dengan sahabatnya yang lain.
"Muka kau macam cencarut ni apa pasal?" Ridhwan memberi pandangan tajam.
Tiada benda lain ke nak tanya?
"Kau diam. Aku nak rehat," jawab bersama nada dinginnya.
Ditinggalkan begitu sahaja sahabatnya di luar rumah melangkah masuk ke dalam bilik. Bila hati dan fikiran kusut cuma dia mampu buat adalah mengambil wuduk sebelum dia rehatkan diri.
YOU ARE READING
Error Code: Ashfi Ridhwan
ActionSTAND ALONE SERIES 1 Tuan Dovico's Obsession new version Kenangan lama sudah terpadam kembali semula kerana mereka disatukan kembali namun versi yang berbeza. Dahulu Aleysa Mawaddah seorang gadis muda sekarang bertukar menjadi wanita yang bekerjaya...
