“Lagi satu saya dengar tentang kawan baik tuan,” sambung Afnan.

“Apa dia tu?”

“Cip yang ada pada Cik Hazira tu pemilik asalnya Encik Rizal Mokhtar, ayah Cik Aleysa.”

Tengku Hafeez terdiam sedang hadam apa yang dia dengarkan saat ini. Jadi nyawa Aleysa dalam bahaya?

“Kau pasti apa yang kau dengar ni, Afnan?”

“Saya pasti, tuan. Cik Aleysa mungkin terlibat dalam kes ini.”

Dia pernah kehilangan bekas isterinya sehinggakan dia tidak mengenali dirinya sendiri. Kali ini tekad untuk melindungi anak tirinya walaupun ada yang terkorban dalam kes ini.

Ingatan terimbas bagaimana isterinya ditembak oleh Black Dragon selepas wanita itu berjaya membuka sebuah cip yang diberi nama Sentry-9 dimana cip tersebut lebih kurang sama seperti Crypton-X.

Tengku Hafeez segera membuka laptop memberi kode ke sebuah laman web. Ahli Umbra Legion dapat signal tersebut segera memberitahu Ridhwan tentang kode tersebut.

“Kenapa Tengku beri kode pada saya?” tanya Ridhwan.

“Kau satu-satunya yang boleh selamatkan Aleysa.” Balas Tengku Hafeez.

“Tapi kerja ni berbahaya Tengku-”

“Aku tidak kisah siapa yang terlibat asalkan bukan Aleysa dan Hazira jadi mangsa! Cukup aku pernah hilang bekas isteri aku, Ridhwan ”

Dia tahu apa yang terjadi dengan Puan Mawar, bekas isteri Tengku Hafeez terkorban 2 tahun yang lalu akibat perbuatan Black Dragon cubaan membuka cip Sentry-9.

Kini mereka terpaksa berhadapan semula kerana Crypton-X.

“Aku sayang Aleysa macam aku sayang anak aku sendiri. Dia satu-satunya anak perempuan yang ikut jejak aku dalam business,”

“Kalau kau sayangkan Aleysa, kau buat demi dia. Aleysa milik kau, Ashfi Ridhwan.” Sambung Tengku Hafeez.

Nafasnya dihembuskan perlahan sebelum dia mengangguk setuju dengan Tengku Hafeez. Kali ni dia ingin berjuang untuk Aleysa biarpun kerja ini berbahaya asalkan gadis itu dalam keadaan baik.

“Apa yang saya perlu buat, Tengku Hafeez?”

“Jadi bodyguard untuk dia. Aku upah kau lebih dari yang kau sangka, Ridhwan. Lagipula kau nak ambil hati dia semula kan?”

“Mana Tengku-”

“Aku ada mata-mata dekat mana sahaja. Aku bukan orang sembarangan.” Balas Tengku Hafeez.

Siapa mengenali Tengku Hafeez Razman seorang berwibawa dan tegas dalam pekerjaan tidak dengan kerja keduanya. Dia juga ada rahsianya tersendiri.

“Abang?”

“Eh sayang tak tidur lagi?” Puan Hawa ketawa kecil.

“Abang tiada kat sebelah macam mana nak tidur? Abang okay tak?” soalnya.
Tengku Hafeez mengangguk perlahan tidak mahu risaukan isterinya tentang apa yang dia tahu tentang Aleysa.

“Abang okay biasalah abang rindu Aleysa tu susah betul nak jumpa dia sekarang.”

“Dia busy, abang. Sayang pun kesian tengok dia tidak rehat dengan kerjanya penuh selalu balik lewat malam.” Balas Puan Hawa.

“Awak dah pujuk Aleysa?”

“Dah, abang. Hazmir dan Hariz pun dah pujuk tetap tak jalan. Degil betul budak tu.” Bebel Puan Hawa.

“Anak awak juga, sayang.”

“Abang nak tanya boleh?” Puan Hawa mengangguk.

“Apa tu?”

“Sayang pasti ke arwah Rizal tiada sorok apa-apa dari sayang?”

“Tiada. Setahu sayang arwah abang Rizal dulu terus terang dengan sayang.” Balas Puan Hawa.

Tengku Hafeez mengangguk perlahan nampaknya Rizal tidak beritahu cerita sebenar pasal cip tersebut.

“Kenapa abang?”

“Sayang dengar apa abang nak cakap ni,”

“Kalau satu hari nanti ada satu rahsia terbongkar, abang nak sayang terima dengan hati terbuka, okay?”

“Kenapa abang cakap macam tu? Abang ada sorok apa-apa ke?” tanya Puan Hawa.

“Tak, sayang. Abang cakap sahaja. Kalau satu hari nanti ada benda sayang patut tahu sayang kena terima termasuk anak-anak.”

“Mungkin arwah Rizal tak cerita sesuatu yang kita tak tahu, sayang.”

Error Code: Ashfi Ridhwan Where stories live. Discover now