"Baiklah, lovebirds, Stop now." Nam mencelah di antara mereka berdua. Dia suka dengan apa yang sedang dilihatnya, tetapi dia tahu sahabat baiknya itu tidak menjangkakan reaksi sebegitu terhadap Freen. Sebagai seorang kawan yang baik, dia menghentikan Becky daripada mungkin melakukan sesuatu yang akan disesalinya. Sahabatnya bukan seorang yang curang, dan dia tidak akan membiarkan itu berlaku sekarang.

"Selamat tinggal semua." Freen berkata dengan senyuman kecil di wajahnya, melambai ke arah Richard dan Amata sebelum mengangguk kepada Nam sebagai tanda hormat. Dia berasa terganggu kerana tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku. "Apa yang kau buat, Freen?" Dia mengkritik dirinya sendiri sambil berjalan ke arah pintu keluar.

Dia mungkin hanya merenung bibir Becky selama sesaat, tetapi dia tahu bahawa ada sesuatu yang berubah dalam persahabatan mereka. Kerana kawan-kawan biasa tidak akan merenung bibir satu sama lain kecuali mereka mempunyai perasaan tertentu. Kau berkhayal, Freen. Hentikan ini. Dia menggumam perlahan. Becky terlalu jauh daripada jangkauan aku, fikirnya sambil menggelengkan kepala, cuba menyingkirkan segala pemikiran tentang Becky dari benaknya.

Dengan ketiadaan Freen, Nam berjalan ke arah sahabat baiknya dan mengambil tangannya, membawanya ke sofa. Ingin mengalihkan perhatian Becky daripada sebarang pemikiran yang mungkin masih ada tentang Freen, dia mula menceritakan beberapa kisah dari Punta Cana. Ceritanya selalu lucu, dan dia tahu ia akan membantu sahabatnya melupakan perkara itu buat sementara waktu.

"Okay semua, dengar sini!" Dia meninggikan suaranya untuk menarik perhatian semua orang, secara tidak langsung menyedarkan Becky daripada lamunannya.

"Oh, aku minta maaf, Nam. Aku benar-benar terlupa tentang kau." Becky meluahkan rasa bersalah terhadap sahabat baiknya kerana terlupa tujuan asal menjemput Nam ke rumah. Dengan cepat, dia menggelengkan kepala, menyingkirkan sebarang pemikiran tentang Freen. "Ia cuma momen yang bukan-bukan, lupakan saja." Dia berbisik perlahan sebelum memberikan perhatian sepenuhnya kepada si Nam. Sudah beberapa minggu dia tidak berjumpa dengan Nam, jadi dia bersedia memberikan perhatian penuh kepadanya.

"Tak mengapa, Becky. Dengar ini. Aku bertemu dengan seorang gadis." Nam tiba-tiba mengumumkan dengan senyuman bangga di wajahnya.

"Serius!" Semua keluarga Armstrong respon serentak kerana mereka sudah tahu ke mana arah perbualan Nam akan pergi. Mereka sudah biasa mendengar cerita tentang 'Nam bertemu gadis' setiap kali dia kembali dari perjalanannya.

"Alaaaa, berilah aku peluang. Aku rasa dia adalah orangnya." Nam menjawab dengan sinis tetapi penuh yakin.

"Betul ke? Tadi kamu baru saja mengurat Freen." Becky membalas sambil menggelengkan kepala. Sahabatnya tak akan pernah berubah, fikirnya sambil cuba menyembunyikan senyumannya.

"Dah tentu aku akan mengurat Freen. Dia seorang gadis yang sangat menarik. Kau pun tahu kan?" Nam mengenyitkan mata ke arah Becky, bangga kerana berjaya membuat sahabatnya tersipu malu. "Baiklah, mari kita berbalik ke kisah gadis aku." Dia cepat-cepat menambah, tidak mahu Becky terlalu lama memikirkan Freen. "Namanya Ariel Diamrem Little. Kami bertemu di Pulau Catalina. Apabila aku melihatnya keluar dari air dengan bikini bercorak sisik emas yang berkilauan, aku tahu dia adalah orangnya. Dia adalah makhluk paling cantik dan mempesonakan yang pernah aku lihat. Korang akan menyangka dia seorang duyung dengan cara tubuhnya bergerak ketika dia melangkah keluar dari air. Sungguh menakjubkan." Nam berhenti sejenak dengan senyuman nakal di wajahnya. Sebelum dia sempat meneruskan ceritanya, tiba-tiba seluruh keluarga Armstrong pecah dalam gelak ketawa.

"Kenapa korang semua ketawa?" Nam berkerut dahi, menyilangkan tangannya di dada.

"Ariel Diamrem Little. Serius Nam? Kau fikir kami tak akan perasan yang kau baru je menggambarkan The Little Mermaid? Bikini bersisik dan 'Diamrem' bukan nama sebenar tapi sebenarnya 'Mermaid' yang dieja terbalik. Come on , Nam." Becky ketawa kecil.

FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)Where stories live. Discover now