Mereka semua melihat Irin berlalu pergi, setiap wajah mereka mempunyai espresi yang berbeza. Becky masih berbelah-bagi antara memilih tunangnya atau penyelamatnya. Sedangkan, Richard sedang bersorak di dalam hatinya dengan senyuman lebar di wajahnya. Dan Freen pula benar-benar keliru dengan situasi itu. Dia menyangka Becky atau Richard akan memarahinya tetapi mereka berdua bersikap baik kepadanya. Dia mengerutkan keningnya cuba mencari jawapan tetapi buntu.
"Hei Freen, Kamu okay?" Tanya Richard meletakkan tangannya di atas bahu Freen.
"Bukan ke sepatutnya uncle bertanya kepada bakal menantu uncle tu." Balas Freen mengelak sentuhan Richard.
"Ini antara uncle dan kamu, Irin tak akan bertahan menjadi menantu uncle kalau dia selalu bersikap seperti itu." Bisik Richard sambil mengenyitkan matanya.
"Papa!" Becky menegur dengan wajah yang berkerut.
"Hehe..Papa hanya bergurau." balas Richard menyembunyikan sengihannya.
"I bet." Becky mendengus. Ayahnya sentiasa berpura-pura baik terhadap Irin tetapi dia kadang-kadang merasakan bahawa terdapat permusuhan antara mereka berdua. Dia tidak tahu mengapa begitu kerana setahu Becky, Irin sentiasa menghormati terhadap kedua ibu bapanya. Walau apa pun kebimbangan Richard terhadap Irin, dia tidak pernah menyuarakannya secara langsung kepada Becky. Tetapi sentiasa ada komen licik di sana sini yang ayahnya akan keluarkan tetapi Becky hanya akan menafikannya. Dia bahagia dengan Irin, jadi dia tidak nampak sebarang masalah.
Namun, kini dia telah melihat bagaimana cara Irin melayani Freen seperti sampah dengan mencampakkan wang kepadanya, Becky mula mempersoalkan dirinya sama ada dia akan berkahwin dengan orang yang betul. Tetapi dia tahu dia tidak boleh membuat keputusan berdasarkan pada satu kejadian sahaja. Ada perkara yang dia perlu bincangkan dengan tunangnya dan dia berharap Irin tidak akan membuat sebarang keputusan terburu-buru. Becky berharap Irin telah menenangkan dirinya pada masa mereka bercakap dan tidak membiarkan kedegilannya mempengaruhi perbincangannya nanti.
"Ambil ni, aku buatkan Kau sarapan." Dia tersenyum sambil menghulurkan Freen satu plastik beg yang penuh dengan makanan yang enak, itu tujuan utama Becky apabila mencari Freen tadi. Apabila dia tidak menemui Freen di tempatnya yang biasa, dia takut mungkin Freen telah berpindah ke tempat lain. Dia sedih selama beberapa minit tetapi berasa lega apabila dia mengecamnya dari seberang jalan, sebab itu dia memeluknya serta-merta. Dia sangat berharap untuk berkawan rapat dengan Freen dalam apa jua situasi.
"Terima kasih." Balas Freen mengambil beg itu. Dia masih keliru dengan apa yang telah berlaku tetapi dia gembira kerana Becky tidak menyebut fakta bahawa dia baru sahaja menghiasi tunangnya dengan lebam pada pipi Irin. Dia bersyukur kerana telah bertemu dengan Becky kerana sebelum ini, tiada siapa yang akan bersusah payah mencarinya apatah lagi membawakan apa-apa makanan.
Keluarga ini benar-benar keluarga yang baik, Freen berfikir sendiri dengan sudut bibirnya berubah menjadi senyuman. Selepas semua yang dia alami dan semua ketidakadilan yang dia saksikan semasa dalam sistem keluarga angkat, ia amat melegakan apabila melihat orang yang baik dan penyayang itu masih wujud sehingga hari ini. Di samping itu, dari pandangan yang diberikan Becky kepadanya, dia dapat mengetahui bahawa Becky tidak hanya keluar untuk memberinya makanan.
"Sama-sama." Becky tersenyum pada Freen, tangan mereka bersentuhan terlalu lama dan mereka hilang dalam renungan masing-masing.
"Erm Becky." Richard berdehem untuk memecahkan suasana seketika. Senyuman yang jelas di wajahnya selepas menyaksikan detik intim antara dua orang yang tertarik antara satu sama lain tetapi tidak akan berkata apa-apa kepada yang lain, walaupun renungan itu hanya bertahan sesaat. Dalam diam, Richard sentiasa menjadi 'FreenBecky shipper' dan daripada interaksi yang dilihatnya setakat ini antara Becky dan Freen, dia dapat merasakan ada potensi mereka sepadan untuk bersama.. Bagaimanapun, dia tidak menaruh harapan kerana Becky dan Freen berasal dari dunia yang berbeza. Apatah lagi anak perempuannya itu akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Tetapi sebagai seorang ayah, dia masih boleh berharap.
YOU ARE READING
FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)
FanfictionFreen, seorang gadis gelendangan yang tiada arah tujuan, suatu hari telah menyelamatkan seorang gadis dari serangan dari lelaki, bermula pada hari itu, kehidupan mulai berubah. Untuk mengetahui kisah lanjut..jomlah baca DELULU i ni..hehehe~~~
Part 7
Start from the beginning
