"Tolong lepaskan dia. Tolong Freen." Rayu Becky sambil cuba meleraikan cengkaman Freen pada tunangnya.
Mendengar rayuan Becky, Freen melepaskan pegangannya pada Irin. "Kalau aku dengar kau lagi kau panggil aku selain Freen, kita akan ada masalah. Aku tak kisah siapa kau. Kau hina aku dan aku akan cari untuk kau." Freen meluahkan rasa geram. Dia hilang selera ketika dia berjalan semula ke biliknya untuk mengambil barang-barangnya. Dia tahu selepas kemarahannya dia tidak akan dijemput di rumah sesiapa pun. Dia telah mengalaminya terlalu banyak kali.
"Freen tunggu!" Amata memanggil. Dia sempat menghalang Freen sebelum dia melangkah lebih jauh. Dia juga telah mendengar apa yang Irin panggil Freen dan dia tahu perkara itu pasti mengganggu gadis muda itu. "Aunty minta maaf atas apa yang Irin katakan. Aunty pasti dia tak sengaja. Kamu jangan pergi ye. Tinggal disini selama mana yang kamu mahu." Dia cepat-cepat meminta maaf sebelum Freen memutuskan untuk pergi.
"Aunty nak saya tinggal disini? Selepas apa yang saya buat?" Tanya Freen dengan wajah terkejut. Freen pasti Amata telah mendengar sesuatu kerana tiada siapa yang pernah memberinya peluang kedua. Dia memejamkan matanya beberapa kali memastikan Amata benar-benar menginginkan dia tinggal disitu kerana dia masih tidak percaya Amata sanggup membiarkan dia tinggal di rumahnya setelah hampir menecederakan bakal menantunya.
"Of course we do. Irin mengata tak baik pada kamu dan kamu mempunyai hak untuk mempertahankan diri kamu. Tapi apapun, kamu masih berada di rumah aunty dan aunty tak nak keganasan itu berlaku lagi. Sama juga dengan Irin, jangan risau, aunty akan bercakap dengan dia juga." Amata tersenyum menghulurkan tangan dan memegang tangan Freen. "Kami mahu kamu terus disini, jadi kamu setuju tak?" Dia bertanya dengan senyuman kecil di wajahnya.
"Okay." Balas Freen membalas senyuman itu. Dia tidak suka memeluk orang tetapi dia merasakan ketika itu Amata layak menerimanya. Perlahan-lahan, dia mencondongkan badan ke hadapan dan melingkarkan tangannya pada pinggang wanita yang agak rendah darinya itu. "Terima kasih." Dia berbisik pada telinganya.
"Kamu sentiasa dialu-alukan sayang, jom kita menghabiskan makanan yang sedap yang Becky sediakan untuk kamu." Amata tersengih memaut lengan Freen semasa mereka berjalan semula ke ruang makan.
Serta-merta, Richard memandang ke arah isterinya ingin memastikan semuanya baik-baik saja. Dia menerima anggukan dan senyuman daripada isterinya meyakinkannya bahawa dia telah menyelesaikan segala-galanya.
Walaupun Freen tidak menyenangi apa yang Irin katakan kepadanya, dia memutuskan untuk menjadi orang yang lebih besar sambil mendekati Irin yang dirawat oleh Becky. Dia menghulurkan tangannya untuk menunjukkan dia datang dengan aman. "Aku minta maaf." Dia menyatakan kekesalannya terhadap Irin sambil bertentang mata dengan Becky yang merenungnya tanpa menilai. Becky menyiku Irin supaya dia menjawab.
Irin memandang Becky dan dia seolah-olah boleh membaca fikiran Becky yang berkata 'jika kau tidak meminta maaf, maka malam ni tak ada layanan seks untuk kau!' dan dia tahu dia akan rugi. Irin menoleh menghadap Freen, lalu dia menghulurkan tangannya menerima permohonan maaf Freen. Becky berdehem menjeling ke arah tunangnya.
"Aku minta maaf." Irin berkata lemah. Irin degil dan Becky tahu itu adalah yang terbaik yang dia akan dapat daripada tunangnya.
Freen mengangguk dan kembali ke tempat duduknya. Dia tidak pasti apa yang perlu dibuat mengenai permohonan maaf Irin. Tetapi dia tak nak memikirkan perkara itu kerana dia menumpukan perhatiannya pada hidangan lazat yang ada di hadapannya. Dia berdoa dengan cepat sebelum dia mula makan dan dalam beberapa minit pinggannya sudah bersih. "Boleh saya minta lagi tuan." Dia berkata dengan malu-malu sambil menghulurkan pinggannya ke arah Richard.
"Sudah tentu." Richard tersenyum lebar kerana Freen telah menemui seleranya. Dia mahu gadis itu makan sebanyak mana yang dia mahukan kerana Richard ingin melihat berat badan Freen bertambah kerana dia kelihatan sangat kurus, dan dia yakin sekiranya Freen tinggal dirumahnya sekurang-kurangnya Freen dapat makanan yang sihat dan berzat.
"Terima kasih, tuan." Freen membalas dengan senyuman yang teruja bertukar menjadi senyuman malu-malu.
"Sama-sama. Dan panggil saya uncle Richie." Richard membalas dengan kenyitan mata yang mengusiknya.
Sekali lagi, Freen menghabiskan makanan didalam pinggannya dalam masa yang singkat sambil cepat-cepat menyumbat pizza ke mulutnya. Pizza buatan Becky benar-benar lazat. Malah dia bagi Freen, Pizza Becky lebih sedap daripada ibunya. Tetapi itu mungkin kerana dia tidak mempunyai hidangan lazat yang baik dalam beberapa ketika, jadi ianya sedikit menjejaskan ingatan pada masakan ibunya.
"Terima kasih Becky, untuk masakan ini. Ia sangat sedap." Dia memuji menjilat bibirnya.
"Aku gembira kau menyukainya Freen. Kau boleh tambah lagi kalau kau mahu." Becky mencadangkan sambil bersedia untuk mengisi pinggan Freen.
"Serius? berapa banyak yang dia nak makan?!" bisik Irin separuh menjerit.
"Dia boleh makan seberapa banyak yang dia mahu." Richard berkata sambil mengangguk kepada Freen untuk makan lagi jika dia mahu.
"Terima kasih Uncle, tapi saya rasa saya sudah kenyang." Freen tersenyum sopan. Dia hendak berdiri untuk mencucikan pinggannya apabila dia merasakan tangan lembut di tangannya. Tanpa menoleh, dia tahu sekarang tangan siapa itu. "Hanya ini saja yang aku mampu lakukan Becky. Tolong benarkan aku melakukan ini." Dia memandang Becky dengan mata memohon.
"Okay." Balas Becky serta merta melepaskan tangannya dari terus mengenggaman tangan Freen, segera Freen merindui kehangatan yang menjalar ke seluruh tubuhnya apabila kulit mereka bersentuhan.
ANDA SEDANG MEMBACA
FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)
FanfictionFreen, seorang gadis gelendangan yang tiada arah tujuan, suatu hari telah menyelamatkan seorang gadis dari serangan dari lelaki, bermula pada hari itu, kehidupan mulai berubah. Untuk mengetahui kisah lanjut..jomlah baca DELULU i ni..hehehe~~~
Part 5
Mula dari awal
