Selepas ketibaan Richard, Amata segera menyusul. Dia membantu anak perempuannya mengemaskan meja dan mengeluarkan Phad Thai yang telah disediakannya kerana mengetahui keenakan Phai Thai dengan Pizza yang dibuat oleh anak perempuannya untuk semua orang. Gabungan makanan barat dan tempatan menjadi sering menjadi pilihan keluarga itu memandangkan ibubapa Becky adalah perkahwinan campuran British-Thai. "Good job sayang." Dia memuji memberi Becky ciuman di pipi.
"Ini saja yang saya sediakan, mama. Semua dari resepi yang mama ajarkan saya." Becky membalas dengan senyuman. Amata membalas dengan senyuman sambil berjalan beriringan menuju ke ruang makan.
"Makanan sudah siap!" jerit Becky sambil tersenyum lebar.
"Akhirnya." Richard menghela nafas dengan kuat menyebabkan dia menerima tamparan di belakang kepalanya daripada isterinya. Apabila dia melihat isterinya meminta untuk simpati, isterinya tidak memberi apa-apa respon. Dia memuncungkan bibirnya dan tersengih-sengih seperti kanak-kanak apabila Amata memberi sekilas ciuman dibibirnya.
"Aku harap kau menyukainya." Kata Becky malu-malu sambil menyenduk makanab ke pinggan Freen.
"Aku sukakannya. Mama aku selalu buat ini." Freen menjawab perlahan supaya hanya Becky yang dapat mendengarnya.
"Well, i'm glad." Becky tersenyum merenung mata Freen. Mereka seperti hanyut seketika didunia mereka sehinggalah Irin mengganggu momen kecil itu.
"Babe." Irin memanggil Becky untuk menarik perhatian Becky dan Freen. Dia mengerutkan keningnya dan melemparkan jelingan maut ke arah Freen tanpa disedari oleh tunangnya. Dia langsung tidak menyukai Freen tetapi terpaksa melakukan yang terbaik untuk mengambil hati Becky.
Kedua-dua Becky dan Freen tersentak dan kembali ke dunia realiti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka berharap tiada siapa yang perasan tentang momen mereka tadi, tetapi Amata dan Richard sempat menyedarinya dan memandang antara satu sama lain dengan senyuman di wajah mereka. Sedangkan Irin masih kelihatan cemberut di wajahnya.
Freen berdehem dan memandang ke arah pinggannya. Matanya terbeliak apabila melihat betapa besarnya kepingan pizza yang telah dipotong oleh Becky untuknya. Secara spontan, dia menjilat bibirnya. Sebelum menyuap suapan pertama, dia menghidu aroma itu untuk memenuhi derianya. Dia membawa dirinya kembali ke masa ibunya akan menghidangkan makanan yang sama. Bibirnya menguntum senyuman sambil mendekatkan pinggan ke hidung membiarkan ingatan itu bermain di fikirannya.
"Si pelik." Irin mendengus dalam nafasnya tidak dapat menahan dirinya. Dia fikir tiada siapa yang mendengarnya tetapi dia salah sangka.
Tiba-tiba, Freen bangun dari kerusinya membuatkan semua orang terkejut. "Apa yang kau panggil aku tadi?" Dia mendengus sambil mencengkam kolar Irin dan menariknya dari kerusi sambil menolaknya ke dinding. Dia selalu benci setiap kali seseorang memanggilnya pelik. Dia merapatkan mukanya ke muka Irin menuntut jawapan.
Membesar dengan mempunyai zakar di antara kedua kakinya menjadikannya seorang yang berbeza dan ada segelintir orang yang mengetahui rahsia dirinya sering menjadikan perkara itu sebagai bahan ejekkan dan merujuknya sebagai orang pelik. Freen tidak pernah mengambil pusing apabila orang mengatakan dia begitu sehingga hari ini orang memanggilnya begitu..
"Freen bertenang." Richard mengarahkan dengan berhati-hati meletakkan tangannya pada Freen supaya dia melepaskan Irin.
"Lepaskan aku la bodoh!" Irin merengus meronta melawan genggaman Freen.
"Aku tanya kau panggil aku apa?" geram Freen sambil mengetap gigi..
"Mana ada aku cakap apa-apa. Lepaskan aku." Irin berpura-pura tidak bersalah masih bergelut untuk melepaskan diri.
YOU ARE READING
FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)
FanfictionFreen, seorang gadis gelendangan yang tiada arah tujuan, suatu hari telah menyelamatkan seorang gadis dari serangan dari lelaki, bermula pada hari itu, kehidupan mulai berubah. Untuk mengetahui kisah lanjut..jomlah baca DELULU i ni..hehehe~~~
Part 5
Start from the beginning
