"Aku kata jangan sentuh dia, bangsat!" jerit Freen sambil menolak Nop supaya dia dapat melepaskan gadis kecil yang cantik itu dari genggamannya.

"Lebih baik kau blah Freen atau kau akan menyesal?" Nop menawarkan kata dua ketika dia dan rakan-rakannya berkumpul di sekeliling Freen dan wanita itu.

Freen tidak mengendahkan Nop kerana dia telah membongkok di sebelah gadis kecil ingin memastikan dia baik-baik saja. "Hei kau selamat. Aku takkan cederakan kau." Dia berkata dengan suara yang lembut. "Nah..ambil ni." Dia tersenyum, menyerahkan beg tangan gadis kecil itu.

"Terima kasih." gadis kecil menjawab hampir tidak melebihi bisikan yang enggan bertentang mata dengan wiranya.

"Kau-" Freen tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana belakangnya dipukul dengan sebatang kayu, yang menyebabkan badannya terjatuh diatas gadis kecil itu. Jarak muka mereka seinci antara satu sama lain.

"Nooooo!" gadis kecil itu menjerit ketakutan, takut dengan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Aku akan pastikan kau selamat." pujuk Freen sambil meletakkan tangannya pada kedua-dua belah pipi gadis yang badannya dalam kedudukan merengkok seperti bayi didalam rahim. Dia melindungi gadis itu dengan tubuhnya ketika Nop dan rakan-rakannya bergilir-gilir memukulnya dengan sekuat tenaga. Dia tersentak dengan setiap pukulan tetapi tidak menjerit kesakitan. Jika dia menjerit kesakitan, dia tahu gadis itu akan menyedari mereka tidak akan dapat keluar hidup-hidup. Jadi dia menggigit bahagian dalam pipinya cuba menahan tangisannya yang sakit. Sekuat mana pun dia mahu melawan pukulan itu, dia tahu sebaik sahaja dia meninggalkan gadis itu tanpa perlindungan, tidak tahu apa yang Nop dan kumpulannya akan lakukan.

Setelah beberapa seketika Nop dan kawan-kawannya telah memukul Freen, akhirnya mereka berhenti. Yang menghairankan, tiada satu pun tulangnya patah walaupun jumlah pukulan tadi amatlah kuat dan tidak terkira tetapi dia tahu dia pasti mengalami kecederaan dalaman.

Bagaimanapun, dia tidak memberi tumpuan kepada kecederaannya kerana dia mahu memastikan gadis itu selamat dan tidak cedera walaupun dia tidak mengenali atau mempunyai hubungan dengan gadis.

"Hoii!! Berambus dari dia!" jerit Noey, setelah melihat sekilas apa yang berlaku.

Rakan-rakan Nop bersurai apabila mendengar suara Noey mengetahui dia seorang pegawai polis yang mampu menghantar mereka ke penjara. Namun Nop sempat membuat satu tendangan terakhir ke arah kepala Freen.

Percikan darah keluar dari mulut Freen. Tetapi sejurus sebelum Nop dapat melarikan diri, Freen mencengkam buku lalinya dan menyebabkan mukanya terjatuh ke tanah terlebih dahulu.

"F*ck," dengus Nop dalam nafasnya. Dia tahu sudah terlambat untuk melarikan diri bersama rakan-rakannya.

"Kau rasa kau nak pergi mana?" Tanya Noey secara retorik sambil menyadungkan kakinya juga kepada Nop apabila dia cuba melarikan diri lagi.

"Bagus Freen. Tapi lain kali tolong jaga diri kau jugak." Noey memberi tepukan kecil di belakang Freen berhati-hati dengan kecederaannya. "Dan jangan lupa pergi dapatkan rawatan." Dia menambah sebelum berlalu pergi bersama Nop.

"Aku harap kau akan mendakwa dia dengan apa yang dia layak. Nikmati masa dipenjara motherf*cker!" Freen meludah ke arah Nop yang sedang diheret keluar menuju ke kereta peronda Anya.

"Hati-hati cik. Saya akan uruskan semuanya." Noey tersenyum sopan kepada gadis kecil itu. Walaupunbagaimanapun, dia masih memerlukan kenyataan daripada Freen dan gadis itu untuk sokongan laporannya nanti, walaupun dia mampu menjatuhkan beberapa jenis pertuduhan terhadap Nop untuk menahannya di penjara sebelum gadis kecil itu dan Freen memberikan kenyataan mereka. Gadis itu hanya mampu mengangguk.

"Kau selamat sekarang." Freen berkata sambil tersenyum, cuba menyembunyikan kesakitan yang datang dari kecederaannya. Bibir yang sudah pecah, belakangnya lebam dan mungkin juga paru-paru yang tercucuk tetapi dia masih berjaya mengukir senyuman di wajahnya. Dia membantu gadis itu berdiri. Dan sebelum dia sedar, gadis kecil itu telah melancarkan dirinya ke arahnya yang melingkarkan tangannya di lehernya.

"auchh!!." Dia tersentak apabila pelukan itu menyebabkan rusuknya terhimpit menyebabkan Freen berasa lebih sakit. Dia cuba sedaya upaya untuk memeluk wanita itu kembali tetapi dia berasa terlalu lemah untuk mengangkat tangannya. Dengan sekuat tenaga dia mengangkat tangannya dan meletakkannya di belakang wanita itu tepat di atas punggungnya. Percikan api berterbangan apabila tangannya menyentuh kulit wanita itu, menyedari di bahagian belakang pakaian gadis itu terdedah.

"Terima kasih." gadis itu tersenyum buat kali pertama sejak dia bertemu dengan Freen. Pengalaman buruknya dilupakan apabila dia merenung mata Freen. Serta-merta, dia berasa selamat apabila dibaluti dalam pelukan Freen. Dia dapat tahu bahawa Freen sudah beberapa hari tidak makan dengan pipi yang cengkung tetapi dia masih kelihatan cantik seperti biasa. Bau campuran air kencing, peluh dan tembakau yang datang dari Freen langsung tidak mengganggunya. Dia tahu mungkin sudah lama Freen tidak mandi, jadi dia tidak membiarkan itu mengalihkan perhatiannya daripada merenung mata heronya.

Nafas Freen tercungap-cungap apabila melihat betapa dekatnya gadis cantik itu dengannya. Senyuman lebarnya membuatkan dia kelihatan lebih menawan berbanding sebelum ini. Dia tidak pernah bertemu pemandangan yang begitu indah sebelum ini. Heidinya pun tidak dapat dibandingkan dengan betapa menakjubkannya gadis itu yang berdiri di hadapannya. Tidak mahu menakutkan gadis itu, dia melepaskan tangannya dari pinggangnya dan berundur selangkah. Disebabkan tindakannya yang pantas, ia menyebabkan dia mengaduh kesakitan lagi dan kali ini dia tidak dapat menyembunyikan kesakitannya.

"hey..tahan sikit ye." gadis itu meletakkan tangannya di pinggang Freen untuk membantunya berdiri tegak. "Jom ikut aku, aku akan periksa kecederaan kau. Kereta aku dekat sini." Dia tersenyum lagi. Freen sanggup membayar apa sahaja untuk melihat senyuman itu berjuta kali ganda. Ia adalah senyuman berseri yang mampu menceriakan mood sesiapa sahaja. Tiba-tiba, dia mendapati bibirnya turut tersenyum apabila si gadis itu tidak henti-henti tersenyum kepadanya.

"Kau doktor ke?" Soal Freen yang masih menahan kesakitan yang dialaminya dan dia panik lalu segera ingin keluar dari kereta gadis itu.

"Mama aku." Balas gadis itu sambil tergelak kecil. "Nama aku Becky." Dia menambah dengan senyuman berseri lagi.

" Dia menambah dengan senyuman berseri lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku Freen." Balas Freen sambil tersenyum seperti orang bodoh.

"Aku tahu." Becky tergelak lagi, membuka pintu untuk Freen. Hati Freen berdebar-debar dengan perasaan yang tidak diketahui mendengar tawa Becky. Dia sangka senyumannya berseri-seri tetapi kini dia terpesona dengan ketawanya. Ia seperti muzik di telinganya. Dia tidak mahu Becky berhenti. Dia duduk di tempat duduk penumpang dan menunggu Becky mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.

Sebaik sahaja Becky duduk di tempat duduknya dengan tangan di atas steereng, hati Freen hancur. Berlian besar berkilauan di tangan kiri Becky bersinar lebih terang dari sebelumnya. Dia pun tidak tahu bagaimana dia tidak perasan sebelum ini. Yang dia tahu, kemungkinan Becky telah bertunang atau berkahwin. Sungguh gila betapa dia rasakan tarikan terhadap Becky dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Apa yang dia mahu lakukan hanyalah untuk menyelamatkan Becky daripada Nop dan samseng-samsengnya tetapi berakhir pula dengan munculnya perasaan terhadap Becky yang sejelasnya dia tidak sepadan kerana jurang taraf statusnya.

"Dah berapa lama kau berkahwin?" Freen bertanya.

"Aku belum kahwin. Tapi kami akan berkahwin bulan depan." Becky membalas dengan senyuman lebar, memikirkan tentang tunangnya.

"Cool." Jawab Freen sambil menoleh ke arah jalan. Dia tahu jika dia merenung cincin itu sekali lagi, ia hanya akan melukakan hatinya sendiri .

FINALLY, I'M HOME! (FREEN G!P)Where stories live. Discover now