Dia terjaga dari tidurnya pada hari kelima.
Satu cahaya asing terus menerjah penglihatannya. Pupil matanya automatik mengecil.
Dia meringis.
Setelah beberapa ketika, barulah dia tersedar, bahawa cahaya itu datang dari satu arah yang tidak jauh dari tempat dia terbaring saat ini. Dia mengecilkan bukaan matanya untuk lebih fokus.
Tidak berpuas hati dengan jarak penglihatannya yang terhad, dia mengangkat punggung dan terus bergerak merapati cahaya tersebut.
Kini, pandangannya benar-benar tertumpu pada sebatang sungai yang entah bila 'diletakkan' di situ. Ya. Setelah berhari-hari dia mengembara di situ sampai tertidur-tidur kepenatan, belum pernah lagi dia melalui sebatang sungai itu. Apa yang lebih menakjubkan lagi, perutnya langsung tidak terasa lapar. Sudah persis sebuah robot, dialah satu-satunya manusia atau boleh juga dikatakan 'benda hidup yang dihidupkan' di situ.
Balqis tergemap. Patutkah dia meneruskan langkah?
Dalam pada hatinya masih lagi tertanya-tanya, cahaya asing tadi mulai muncul dan mengganggu pemandangannnya semula. Dia semakin kehairanan. Kembang... Kuncup... Besar... Kecil...
"Cahaya itu! Bergerak! Cahaya itu bergerak-gerak!" Balqis meloncat keterujaan sambil tangannya ditepuk-tepuk menunjuk ke arah yang dilihatnya itu. Dia seperti orang yang kurang siuman saat ini setelah mendapati ada 'benda hidup' yang lain di situ bersamanya walaupun hakikatnya benda hidup itu ialah sebuah ca-ha-ya. Ridiculous!
Balqis ketawa. Lalu menggeleng. Lalu tersenyum kembali.
Benar.
Mungkin... dia sudah gila.
Barangkali.
Tetapi dia tidak kisah. Dia boleh jadi lebih 'gila' jika dibiarkan sendirian di situ buat beberapa hari lagi kedepannya. Dia mulai menyesali harapannya untuk tinggal lebih lama di situ pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Kerana hakikatnya, ketenangan yang dirasakannya akhirnya menghimpit jiwa. Orang yang mahu dilupakannya semakin galak 'menyinggah' di kepalanya. Orang itu. Orang yang sudah jauh dari hidupnya. Orang yang memilih untuk pergi. Juga yang tidak pernah berhenti menambah pusing di kepalanya.
Otaknya ligat berfikir, bagaimana cahaya itu boleh bergerak-gerak? Dia mengambil keputusan untuk mengekori dengan lebih rapat lagi. Sehinggalah kakinya betul-betul berada di tebing sungai itu.
A deer!
Balqis menjerit dalam hati. Dia tersenyum girang.
Tidak lama kemudian, keningnya bertaut. Huh. A... deer?
Seperti baru dapat menyelesaikan kepingan puzzle, dia mulai menyedari akan sesuatu. Tubuhnya automatik terpusing untuk melihat sekeliling.
Fikirannya melayang pada hari kedua dia di situ. Dia pernah termimpi bentuk haiwan yang sama. Tetapi.. dalam mimpi?
Sekarang, ialah nyata. Dia yakin. Ini bukan mimpi. Atau mungkin, cahaya yang sama yang menyinggah tempoh hari itu juga bukan mimpi?
Sleepwalking? Tidak. Dia tidak pernah ada sindrom itu.
Kecuali...
Kecuali jika dia benar-benar tidak bermimpi!
Balqis menjadi tekad. Dia mahu mengejar rusa bercahaya itu. Dia mesti! Dia pasti punyai semua jawapan yang diinginkannya.
"Tunggu!" jeritnya dari kejauhan. Tetapi cahaya itu tetap menjauhinya. Semakin lama semakin mengecil.
"Tunggu saya!" jeritnya lagi. Kali ini, lebih kuat dan lebih nyaring.
YOU ARE READING
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕠𝕟: 𝔽𝕚𝕟𝕕𝕚𝕟𝕘 𝕐𝕠𝕦 | OG
Mystery / Thriller"Engkau yang kusebut di sepertiga malamku, semoga jodoh mempertemukan kita..." ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Jika dahulu, Nur Irdina Safiya dan Muhamad Zariff Arrazin ialah watak utamanya, tetapi kini, saya akan mengangkat watak Zulfan Hakimi dan Risteena Ba...
• PROLOG •
Start from the beginning
