"This is where life leads you..."
❤❤❤
DIA tersedar dari tidur panjangnya. Matanya terpisat-pisat dibuka, cuba beradaptasi dengan amaun cahaya yang begitu menyilaukan kornea mata. Keningnya bertaut.
Tempat apakah ini?
Hanya itu yang bermain dalam fikirannya sekarang. Anak matanya melilau cuba mengecam setiap sudut ruang lapang yang sedang menempatkan dia sekarang ini.
Aku di mana sekarang?
Hatinya masih lagi bermain dengan tanda tanya. Sejak bila dia tertidur di sini? Siapa yang menghantarnya di sini? Apakah yang membuatkannya terdampar di sini? Setiap persoalan itu berlegar-legar dalam ruang mindanya. Perasaan resah mulai menghurung jiwa.
Dia mahu keluar dari situ segera. Di manakah jalan keluar? Bagaimanakah dia mahu mencari jalan keluar?
Adrenalin gemuruh lantas terembes ke seluruh pembuluh darah sebaik sahaja dia bangkit dari padang berumput itu. Matanya terbelalak. Rahangnya jatuh.
Sekali lagi, dia beristighfar panjang...
Where on Earth am I right now?
Dia baru terssedar bahawa tempat itu bak padang jarak padang terkukur. Sebuah padang berumput yang entah berapa batu jaraknya. Cuacanya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Keadaan sekelilingnya begitu luas mata memandang. Tiada manusia, tiada haiwan atau binatang liar, tiada sebatang pokok atau tumbuhan sekalipun. Ibarat di padang pasir yang berumput. Bezanya hanya kelembapan di sini.
Dia mulai mengorak langkah, cuba mencari secebis harapan. Entah ada ataupun tidak pertolongan yang bakal sampai kepadanya di tengah-tengah padang terbuka ini, dia hanya tawakal. Berserah.
Tetapi sebulat-bulat harapannya, jiwanya bagai meronta-ronta untuk meraung dan menjerit kala ini. Dia tidak pernah berada di tempat seperti ini. Janganlah ada bahaya yang menanti. Dia tidak mahu. Dia tidak akan mampu.
'Balqis... jangan kau putus harapan. Kau masih ada masa. Cari dahulu jalan keluar. Tahan. Tahan. Kau boleh. Jangan menangis. Dia ada. Dia ada,' pujuk hatinya perlahan sambil mengulang-ulang ayat terakhirnya sebagai tanda keyakinan pada satu-satunya Tuhan yang sedia membantu hambanya yang sedang dalam kesusahan.
Dia melajukan langkah. Lehernya dipanjangkan. Ke kiri dan ke kanan dia menoleh, cuba mencari kelibat sesiapa yang mungkin terdampar di padang ini bersama-samanya sejak beberapa hari lalu. Tetapi hampa.
Dia terduduk. Keluhan berat dilepaskan. Lemah.
'Tuhan... bantu aku...' lirih hatinya.
Buliran jernih yang ditahan-tahan sejak awal tadi sudahpun berjaya dirembeskan. Riak hampa jelas tercetak di wajahnya. Rumput di tanah itu dicengkam kuat, seperti mahu sahaja dicabut-cabut dan dilemparkan jauh-jauh dari situ bagi melepaskan amarah yang semakin meluap. Namun, sabar tetap dipupuk.
Dia menarik nafas dalam-dalam. Lalu, dilepaskan dengan sekali hembus.
"HAH!!"
Seperti baru mendapat semangat baru, dia terus meloncat dari cangkungannya dan terus berlari dengan sepenuh tenaga.
"Arghhhhhhh!!!" Dia menjerit dengan sekuat hati, kerana yakin tiada sesiapa yang bakal mendengar suaranya di sini.
Seperti yang disangka, ya. Suaranya bergema di seluruh pelosok alam. Dia tersenyum puas.
Entah kenapa... Dia mulai berasa selesa di situ. Dia sukakan kesendirian itu. Dia mahukan ketenangan itu. Bahkan, dia mulai menyimpan angan untuk terus menetap di situ. Sehinggalah...
ESTÁS LEYENDO
𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕠𝕟: 𝔽𝕚𝕟𝕕𝕚𝕟𝕘 𝕐𝕠𝕦 | OG
Misterio / Suspenso"Engkau yang kusebut di sepertiga malamku, semoga jodoh mempertemukan kita..." ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Jika dahulu, Nur Irdina Safiya dan Muhamad Zariff Arrazin ialah watak utamanya, tetapi kini, saya akan mengangkat watak Zulfan Hakimi dan Risteena Ba...
