Kereta yang dipandu oleh zara memasuki perkarangan rumah agam keluarganya. Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
Sejak dalam perjalanan, hatinya berdebar. Hal besar apa yang bakal menanti dia sehingga keluarganya mahu dia pulang dengan segera.
"Assalamualaikum." Laung Zara. Kaki di langkah menuju ke ruang tamu rumah. Senyuman diukir apabila melihat Puan Sri Huda. Tangan tua itu dikucup penuh hormat.
"Waalaikumussalam. Sampai pun. Dorang dah tunggu dekat gazebo. Marilah." Puan sri Huda menarik tangan anak gadis tunggalnya menuju ke gazebo.
"Sampai pun kamu." Ucap Tan sri Zaid. Tersenyum dia melihat wajah anak gadisnya yang tidak tumpah seperti isterinya.
Zara menyalam tangan tan sri zaid tidak lupa juga tangan abang kembarnya, Zariel Huzair.
"Mana Isha dengan zayyan?" Soal Zara kepada abangnya apabila tidak melihat kelibat isteri Zariel dan anak saudara kesayangannya itu.
"Ada dekat atas, tengah rehat. Isha kan tak larat sangat sekarang ni. Zayyan pula kejap lagi bangun la tu." Tutur Zariel. Zara hanya mengangguk faham.
Kakak iparnya itu memang tidak larat kerana sarat mengandung anak kedua Zariel.
"Kenapa papa dengan mama suruh Zara balik ni? Macam urgent sangat?" Soal Zara terus ke isi pembicaraan. Dia tidak mahu berlengah.
"Zara, tak fikir nak kahwin? Yalah, umur zara sekarang pun dah capai usia yang sepatutnya berumah tangga." Tutur Puan Sri Huda lembut.
Berkerut dahi Zara. Berkali-kali dia menegaskan kepada keluarganya untuk tidak menyebut soal perkahwinan.
"Zara tak sedia lagi. Jodoh belum sampai. Nanti lah fikir benda ni. Zara kan sibuk kerja. Mana sempat nak fikir pasal kahwin." Zara memberi alasan yang dirasakannya sesuai untuk menjawab persoalan keluarganya.
"Yalah, tapi sampai bila zara nak macam ni. Tak terfikir ke nak kahwin? Ada keluarga sendiri. Kami pun nak juga merasa menantu lelaki. Cucu dari anak perempuan kami." Sahut Tan Sri Zaid pula.
Zara mengeluh. Wajah orang tuanya di pandang. Bukan mereka tidak tahu apa yang berlaku 2 tahun lalu. Kenapa hal ini masih di persoalkan.
"Bukan kita dah bincang ke untuk tak keluarkan isu ni lagi?" Soal Zara. Dia tidak mahu sejarah kembali berulang. Cukuplah 2 tahun lalu dia menjadi saksi pengkhianatan sahabat dan tunangnya.
"Ya, papa tahu. Memang kita dah bincang tak akan cakap soal ni lagi. Tapi sampai bila Zara nak jadi macam ni? Sampai bila Zara nak kenang sejarah lama tu?" Soal Tan Sri Zaid.
Bukan dia tidak tahu apa yang bermain di kepala anak gadis tunggalnya itu. Tapi kali ini dia tidak boleh berdiam diri. Dia tidak boleh membiarkan Zara terus dibelenggu kenangan silam.
Zara terdiam. Ya, dia masih dibelenggu kenangan silamnya. Tapi dia sendiri pun tidak tahu sampai bila dia mahu terus berada di kenangan silam itu. Kenangan yang mengukirkan luka di hatinya.
"Zara tak fikir lagi nak kahwin. Zara minta maaf. Zara nak balik." Dia berura ura mahu pergi namun lengannya pantas di genggam Zariel.
"Bagi Ariel masa dengan Zara." Tutur Zariel. Orang tua mereka hanya mengangguk. Mereka faham sangat dengan pasangan kembar itu.
Mungkin Zariel boleh membuka hati dan melembutkan hati Zara. Dia menarik adiknya menuju ke ruang dapur rumah.
"Ariel nak cakap apa ni?" Soal Zara. Tangan memeluk tubuh. Badannya bersandar pada kabinet dapur rumah.
Bahu adiknya dipegang. Mata hazel itu ditatap penuh kasih sayang. Melihat wajah Zara, turut mengingatkan dia keadaan adiknya itu sewaktu mengetahui tunangnya mengkhianatinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tetap Memilihmu
RomancePerkahwinan atas dasar penyatuan keluarga? Klise sangat. Tetapi itulah yang dihadapi oleh ZARA HUMAIRA dan TENGKU ZAFRAN ANAQI. Mereka disatukan oleh keluarga tanpa kerelaan. Zara Humaira yang masih dibelenggu dengan kisah silam, Tengku Zafran Anaqi...
