Prolog

4 0 0
                                        

"Mak, orang dah -"

Barang-barang yang dipegang oleh perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terlepas dari pegangannya.

Terkejut apabila ada dua lelaki yang dia kenal sedang berdiri di sebelah kiri dan kanan maknya yang duduk di atas kerusi dalam keadaan tidak sedar.

Pintu rumah di tutup dan Jasmine ditahan oleh dua lelaki yang muncul dari belakangnya. Jasmine meronta, cuba untuk meleraikan tahanan itu.

"Hello Jasmine, it has been so long. Pandai kau sembunyi. Enam bulan aku tak dapat jumpa kau."

Lelaki yang berada di sebelah kanan ibunya itu bersuara.

"Apa lagi yang kau nak Farhan! Aku dah takde kena mengena lagi kan dengan kumpulan kau!"

Jasmine melarikan pandangannya dari lelaki itu dan maknya. Takut lelaki itu apa apakan maknya.

"Woah chill Jasmine. Ye betul, kau dah lepas dari kumpulan aku,"

Farhan berjalan ke Jasmine. Jari telunjuknya ditekankan ke dahi Jasmine.

"But you are still stuck with me."

Farhan mengeluh dan menggeleng kepalanya. Tangannya menolak kepala Jasmine lalu diturunkan.

"To be very honest, aku sedikit kecewa dengan kau Jasmine. Dulu, sebelum dua laki aku ni dapat tangkap kau, mereka dah jumpa malaikat maut dulu. Tapi sekarang..."

Kepalanya didekatkan lagi ke telinga Jasmine. Terlalu dekat. Hingga pipinya dapat rasa haba nafas lelaki itu.

"Kau dah jadi lemah."

Farhan mengundur setapak. Senyuman yang sangat sinis diberikan kepada Jasmine.

"Apa. Kau. Nak"

Satu persatu ayat keluar dari mulut Jasmine. Takyah ah nak main kepala. Dah cukup bodoh pun kerana join kumpulan kau. Takyah nak tambahkan kebodohan aku lak.

"Straight to business eh kau ni. Lek lek ah dah enam bulan kot kita tak jumpa."

Farhan mendepankan kedua tangannya, gaya ingin memeluk seseorang. Nampak panahan mata Jasmine yang penuh dengan benci itu, tangannya diturunkan. Farhan membelingkas matanya.

"Ugh, tak fun lah kau ni."

Farhan mengangkat dan menggamit tangannya ke arah lelaki yang berdiri di sebelah kiri ibunya. Lelaki tersebut mendekati Farhan. Sampul surat berwarna coklat itu bertukar tangan. Farhan mengeluarkan satu gambar dari sampul surat itu sebelum ditunjukkan kepada Jasmine.

"Bunuh detektif ni."

"WHAT!? Kau gila ke? Aku cuma bunuh orang kau yang nak kena tangkap dengan polis bukan polis."

Jasmine bagai tidak percaya dengan arahan yang diberi oleh Farhan. Dah gila ke mamat ni? Tak pernah pun kita cuba libatkan diri dengan anggota polis. Apahal sekarang? Ini boleh dikirakan suicide mission tahu tak?

"Sejak kau hilang, dua orang aku ditangkap dan aku rasa yang detektif ini dah syak aku. Angap je ini sebagai job terakhir kau sebelum aku bebaskan kau sepenuhnya."

Kening Farhan dijongketkan, cuba untuk meyakinkan Jasmine untuk terima job ini. Jasmine menutup matanya. Nafas berat dihela.

"Okay, easy. Just kill and done."

Farhan menundukkan kepala. Ketawa dilepaskan. Kepala diangkat dan matanya mencerlung dalam ke iris Jasmine.

"Tak semudah itu Jasmine. Dia dah syak aku. Kalau kau bunuh terus, lagilah diorang sangsi dengan aku. Tak ke gitu?"

Farhan diam sekejap. Memberi Jasmine masa untuk menjawab soalan reotoriknya itu sebelum dia bersambung,

"Jadi, aku nak kau tengok pergerakan dia dan dapatkan apa-apa maklumat yang dia ada tentang aku dan organisasi aku, baru kau bunuh."

"Aku ni assassin bukan spy. Aku tak pandai buat tu semua lah."

Gila. Ni semua kerja gila. Suruh bunuh anggota polis satu. Ni suruh spy pula and dapatkan maklumat penting. Baru nak dekat dengan mamat tu, rasanya tangan dah digari. Memang tak lah jawapannya.

"Aku rasa kau just need motivation."

Farhan menuju ke mak Jasmine yang masih tidak sedar. Kepala mak Jasmine ditarik ke belakang. Pistol dikeluarkan dari poket belakang dan dihala ke kepala mak Jasmine. Terbeliak mata Jasmine melihat pandangan itu. Tangan cuba direntap untuk melepas dari pegangan dua lelaki yang masih mengurungnya.

"Fine aku buat. Just jangan libatkan mak aku."

"Ini jawapan yang aku nak. Kan senang kalau kau jawab macam gini dari tadi."

Farhan senyum. Pistol dikemaskan balik di poket belakang dan kepala mak Jasmine dilepaskan.

Jantung Jasmine berdegup dengan kencang. Mata ditutupkan dan nafas cuba dikawal. Dia tak nak fikir akan apa jadi kalau maknya dibunuh depan matanya.

"Deadline?"

"Takde deadline. Aku tak nak rush kau. Lagipun ni sudden kan? Tapi kalau kau lambat, aku akan send backup. One way or another. Get all the details about us and then kill."

"Goodluck Jasmine. Jangan risau, aku letak ubat tidur je. Sekejap lagi bangun lah tu."

Farhan menepuk bahu Jasmine sebelum beredar dari rumah itu dengan kuncu-kuncunya.

Jasmine terus mengunci pintu rumahnya sebelum mengangkat maknya masuk ke dalam bilik. Badan maknya diperiksa untuk sebarang kecederaan.

"Maafkan orang mak. Pasal orang, hidup mak dalam bahaya. Orang janji lepas kerja ni, orang bawa mak jauh dari sini. Kita mula hidup baru."

Jasmine membelai rambut maknya yang sedang lena. Airmata cuba ditahan namun bendungan air matanya pecah jua. Jasmine menangis sehingga terlena sebelah maknya.


jasMINEWhere stories live. Discover now