𝐑𝐀𝐉𝐀𝐈𝐄 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 14

55 1 0
                                    

𝓑𝓲𝓼𝓶𝓲𝓵𝓵𝓪𝓱.....


"Alhamdulillah .. bismillah.." setelah mengucap syukur para tetamu menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca lalu Rajaie Faqeeh menunaikan solat sunat nikah


happy Afeena Maisara akhirnya dia menjadi milik orang yang dia cintai walaupun baru berkenalan tak mengapa bak kata orang tua-tua bercinta selepas kahwin kan best


Usai itu Rajaie Faqeeh memulakan langkah merapati Afeena Maisara lalu dia mengeluarkan cincin untuk disarung ke jari manis sara

"Assalamualaikum , mí alma "

terkejut Afeena Maisara mendengar suara lembut Rajaie Faqeeh menyapa gegendang telinga nya


"W-walaikumussalam" jawap Afeena Maisara gugup


"Sara hulur la tangan Faqeeh nak sarung cincin tu " kata Tuan Aafiyat Mustaqeem apabila melihat anaknya seperti tiada tanda-tanda ingin bergerak


"Erk ha ye ye " jawap Afeena Maisara


usai menyarung cincin mereka sekeluarga bergambar , para tetamu mula beredar dari masjid itu untuk memulakan perjalanan ke majlis bersanding pihak lelaki di Kuala Lumpur


"Sara , kamu ikut suami kamu ke Kuala Lumpur ya nanti kami menyusul dari belakang " kata Tuan Aafiyat Mustaqeem dia mahu memberi masa kepada pengantin baru ni


"Erk kene pergi dengan Faqeeh ke babah ?" Soal Afeena Maisara lalu menoleh ke arah Rajaie Faqeeh yang berada tidak jauh darinya yang ralit berbual-bual bersama tetamu


takut dia ingin berdua kerana masih belum biasa


"Kalau kamu tak nak pergi dengan Faqeeh , biar umi teman dia " bisik Puan Alyanah Medina di sebelah Afeena Maisara


Afeena Maisara menjeling ke arah Puan Alyanah Medina , dasar orang tua tak sedar diri


tiba-tiba Rajaie Faqeeh muncul dari belakang Afeena Maisara lalu memegang tangannya menghulurkan kesabaran kepada Afeena Maisara dia tahu Puan Alyanah Medina sengaja ingin menaikkan api amarah Afeena Maisara


"Ya , kamu kena biasakan diri dengan Faqeeh dan tukar panggilan tu sara biar nampak hormat Faqeeh sebagai suami , babah bukan selalu ade dengan kamu nak ingatkan semuanya , babah pergi dulu " kata Tuan Aafiyat Mustaqeem lalu pamit ke keretanya apabila melihatnya ISTERI KESAYANGAN nya bermasam muka


Afeena Maisara hanya akur dengan permintaan babahnya dia perlu mengenali antara satu sama lain buat seketika


"Jom sayang , panas dekat sini " kata Rajaie Faqeeh lalu membawa sara masuk ke dalam Lamborghini Veneno nya


perjalanan mereka mengambil masa 3 jam sahaja kerana mereka menaiki Lamborghini Veneno laju mat hp dia


Rajaie Faqeeh menghentikan keretanya di tepi jalan lalu menoleh ke sebelah, wajah seseorang yang telah sah bergelar isterinya di tilik


' tidur pun cantik ' getus hatinya lalu tersenyum sendiri


"eemm " rengek Afeena Maisara lalu membuka matanya , tanpa sedar mata mereka bersambung lama


"berapa lama lagi awak nak tenung saya ?" Soal Afeena Maisara menginginkan kepastian sudah lima minit mata mereka bersambung


meletus ketawa macho Rajaie Faqeeh malu sendiri dia dengan dirinya ...


"Isteri abang ni comel sangatttt " di cubit-cubit pipi Afeena Maisara yang lembut seperti mochi itu


"Hmmp awak lemas la , tak mo kawan " kata Afeena Maisara lalu berpaling menghadap ke sebelah tingkap memerhati pemandangan luar.... merajuk dengan Rajaie Faqeeh


OG | 𝐑𝐀𝐉𝐀𝐈𝐄 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 𝐓𝐇𝐄 𝐃𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑𝐎𝐔𝐒 𝐌𝐀𝐍Where stories live. Discover now