𝐑𝐀𝐉𝐀𝐈𝐄 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 11

87 8 2
                                    


𝓑𝓲𝓼𝓶𝓲𝓵𝓵𝓪𝓱....


"K-KAHWINN!!?" tempik Afeena Maisara

Semua yang berada di situ menangguk tanda betul la apa yang disebut Afeena Maisara itu , tiba-tiba dunia yang Afeena Maisara lihat terasa makin gelap...gelap sehingga la matanya tertutup....

Afeena Maisara membuka matanya perlahan-lahan kornea matanya mula dihiasi dengan lampu putih yang menyilaukan matanya

"A-air" pinta Afeena Maisara selepas sedar dari pengsan

Afiyah Mikayla yang berada disebelah menghulurkan air seperti yang dipinta oleh kakaknya

Afeena Maisara meneguk air perlahan tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar

"Sara... Are you okay anak babah ?" Soal Tuan Aafiyat Mustaqeem prihatin lalu memegang tangan anaknya

Afeena Maisara hanya menangguk otak nya masih lagi sedang memproses apa yang terjadi tadi

"Ha bangun pun , kamu buat apa berdua hah dalam rumah! " bentak Puan Alyanah Medina ketika melihat Afeena Maisara sudah sedar dari pengsan

"Kahwin " sebut Afeena Maisara lalu memandang wajah Tuan Aafiyat Mustaqeem

Tuan Aafiyat Mustaqeem menayangkan senyum segaris lalu berkata
"Kenapa ni , Sara tak nak kahwin ke ?" Soal Tuan Aafiyat Mustaqeem dia tahu apa yang terjadi tadi semuanya telah diceritakan oleh ahli Pejabat Agama tadi

"B-bukan babah , t-tapii sara kena tangkap khalwat maafkan Sara " ujar Afeena Maisara lalu mencium tapak tangan Tuan Aafiyat Mustaqeem dia menangis teresak-esak pasti jatuh maruah babahnya nanti

"Shh tak apa , babah tak marah lagipun persiapan kahwin kamu semua dah siap tinggal nak tunggu majlis je kan? " Pujuk Tuan Aafiyat Mustaqeem

"Alah manja , yang kamu duduk berdua dengan dia tu kenapa " marah Puan Alyanah Medina

Afeena Maisara hanya menghiraukan suara Puan Alyanah Medina yang menusuk ke gegendang telinganya... sibuk nak tunding jari aje bukan di ada pun time tu

"Maafkan Sara babah , Sara dah jatuhkan maruah keluarga kita " tangisnya semakin esak lalu dia memeluk babahnya

"Shh.... tak apa kamu kahwin dengan Faqeeh ya " pujuk Tuan Aafiyat Mustaqeem dia tak nak mendesak anaknya jika anaknya tak mahu

Afeena Maisara diam sejenak Rajaie Faqeeh di manakah dia sekarang... Ada hal yang perlu di bincang sekarang

"Qué has hecho ? " soal Dato Rajaie Fadlan kepada Rajaie Faqeeh terkejut dia apabila menerima panggilan dari pejabat agama mengenai anaknya yang berdua-duaan serumah

"Nothing daddy , Along tak buat apa pun lepas cari barang tadi rumah Sara tak ada orang lepas tu bunyi barang pecah dekat dapur...jadi Faqeeh masuk la nak check keadaan rupanya ada kucing yang pecahkan pinggan...bila kita orang duduk dalam rumah tu tiba-tiba ada orang ketuk pintu...Sumpah Along tak sedar pun pintu tu tertutup " Jelas Rajaie Faqeeh dia tak mahu di fitnah oleh daddy nya sendiri cukuplah orang kain fitnahnya jangan lah darah dagingnya sendiri

Dato Rajaie Fadlan menikam anak mata anaknya yang sedang melulut itu ingin mencari kebenaran dalam setiap bait kata yang dikeluarkan tadi

Dia menangguk lalu tersenyum segaris

"Its okay , esok kamu akan berkahwin dengan Sara daddy dah urus semua " ujar Dato Rajaie Fadlan

Terkejut Rajaie.Faqeeh mendengar apa yang disampaikan oleh Dato Rajaie Fadlan dia menoleh ke arah daddy nya, riak Dato Rajaie Fadlan serius seperti tidak main-main dengan katanya tadi

OG | 𝐑𝐀𝐉𝐀𝐈𝐄 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 𝐓𝐇𝐄 𝐃𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑𝐎𝐔𝐒 𝐌𝐀𝐍Where stories live. Discover now