BAB 29

20 6 0
                                    

Akhirnya aku akur. Ikut cakap dia. Balik semula ke rumah ayah. Dia upah Leena untuk hantar aku balik setelah aku menghubungi Leena memberitahunya aku tak jadi nak bermalam di hotel bajet.

"Kau tahu tak tunang kau tu sayang sangat dekat kau." Aku angguk saja mendengar kata-kata Leena yang duduk di atas katil dengan aku tengahari ini. Sebaik sampai di rumah subuh tadi terus aku dimarahi ayah dan Leena tolong back up aku. 

Tak jadi ayah nak terus menerus marah aku apabila Leena bersuara. Nampak ayah menikus apabila suara Leena yang lembut menyuruh ayah aku bersabar. Ayah nampak segan dengan Leena lalu turun ke bawah meneruskan kerjanya membaiki barang elektrik yang ditinggalkan pelanggan.

"Aku langsung tak sangka orang yang tolong kau kat jalan raya dulu itulah yang jadi tunang kau. Orang famous pula tu. Bertuah hidup."

Aku hanya senyum. Bertuah. Memang bertuah tetapi banyak ujian yang datang bersama. Jadi aku kena kuatkan semangat. Kena terus bertahan demi dia.

"Nanti aku bawa kau round bandar sebelum kau balik kilang semula." Aku malas dah nak dengar dia cakap pasal aku. Terus aku berjanji. 

"Aku dah berhenti," balas Leena.

Aku terkejut. 

Leena buka gallery dalam telefon dan tunjuk satu screenshot pada aku. Ternganga aku melihat tawaran menjadi guru pelatih KPLI. Lagi aku ternganga sebab dia dapat dekat dengan rumah dia di Perak sana. Bertuah betul badan dia.

"Tahniah Lee!" Aku peluk dia erat tetapi muka aku sedih.

"Alah kau ni… yang nak sedih bagai kenapa. Keluar iklan nanti kau mintaklah sekali lagi. Jangan putus asa. Adalah rezeki kau tu nanti."

Aku angguk selepas meleraikan pelukanmya. Mata kerling telefon mengharapkan Had telefon aku. Waltham dia sudah berpesan jangan menunggu sebab dia tak akan mesej atau call aku lagi. 

Rasa sedih sangat. Dia tak akan telefon aku lagi macam dulu. Demi keselamatan aku katanya. Hendak tak hendak aku kena ikut juga. Tapi satu yang payah sangat aku nak ikut. Kalau dah datang degil aku tak payah nak lembutkan. Kalau kak long cakap nak keluar berjalan-jalan maka aku akan keluar juga. Jangan nak halang aku.

Sekarang aku rasa bosan. Tambah bosan bila dia tak mahu lagi hubungi aku. Jadi untuk hilangkan rasa bosan aku ajak Leena ke pekan.

“Jom, aku rasa nak makan cendol lah.” Aku bangkit. Sarung tudung lalu keluar dari bilik. Terkebil-kebil Leena pandang aku dan dengan cepat ekori aku yang sudah tercegat depan TV.

“Kau tak letih ke, As? Dalam bas semalam kau tak tidur. Sampai subuh tadi pun kau tak tidur lagi. Kau tak rasa letih ke?”

Aku geleng kepala.

“Jomlah.” Aku tarik tangan dia. 

“Nak ke mana?” Tiba-tiba ayah muncul sambil mengesat tangannya dengan tuala.

“Nak cari cendol ayah. Dah lama tak makan. Cendol Abe Li tu buka tak hari ni ayah?”

Ayah mengangguk.

“Ayah temankan.” Pantas saja ayah masuk ke dalam biliknya. Aku mengiyakan saja. Tentu ayah risaukan aku jadi dia tak akan biarkan aku pergi tanpa peneman lelaki. Aku tak kisah. Kalau ayah sudi temankan aku, lagi cantik.

“Alang-alang nak keluar kita makan tengahari kat kedai teruslah. Lagipun adik-adik semua kat sekolah. Nanti kita bungkus bawa balik makanan yang dah siap. Tak payah susah-susah nak masak.”

Setuju! 

Lagi aku suka bila tak payah masak. Happy semalam. Dengan rasa gembira aku pun melangkah ke kereta. Ketika itu ayah sudah masuk ke dalam kereta.

“Ayah kau ni smart gila. Betul ke dia ayah kau. Bukan abang, eh?”

Aku terjegil. Biar betul si Leena ni. Ayah aku yang dah beruban tu dia cakap muda dan segak. Rabun ke apa. 

“Kau ni minum air ketum ke. Lalok semacam. Lepas tu tengok ayah aku macam tengok artis.” Aku jeling Leena yang tersungging senyum ke arah ayah. Ayah pula buat-buat tidak tahu. Leena hanya senyum. Masuk ke dalam kereta dan duduk di belakang. Aku duduk di sebelah ayah di depan. Buka cermin solek di depan dan pandang Leena di belakang. Perempuan tu  macam mabuk. Dia asyik renung ayah aku.

Eh, minah ni dah kenapa. Jatuh cinta dekat ayah aku pula ke? 

Tapi aku cakap betul. Ayah aku memang segak lagi walaupun uban sudah memutih di tepi telinga. Segaknya ayah mengalahkan orang muda ditambah pula dengan badannya yang tegap dan nampak gagah bila mengangkat mesin-mesin dalam stor rumah. Dan… tak mustahil Leena dah terjatuh suka dekat ayah.

Oh, no!

Aku tak nak kau jadi emak tiri aku. Agak-agaklah Leena ooii.

Aku hulurkan tangan ke belakang dan cubit paha Leena.

“Kau jangan nak macam-macam. Aku bunuh kau nanti?” Amaran aku buat Leena ketawa kecil. Di akhirnya dia angkat kening dan tujukan mata pada ayah.

Alamak, mati aku macam ni!!!

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Where stories live. Discover now